Farhan menghela nafas berat. Anggukan diberikan sebagai jawapan. Dia sudah tidak mampu lagi hendak membalas. Dia hanyalah orang biasa tanpa sebarang pangkat. Aleena pula anak sultan.

"Saya minta maaf, Farhan. Saya terpaksa pergi. Ayahanda saya betul. Tempat ini bukan tempat saya. Saya degil tak dengar cakap ayahanda bahawa tempat ini adalah tempat paling berbahaya pada saya. Saya tak patut percayakan awak. Mungkin dan boleh jadi... awak adalah seangkatan dengan mereka." Kata-kata Aleena membuatkan kening Farhan bertaut.

"Saya yang patut minta maaf," kata Farhan tanpa memandang wajah Aleena. Terlalu perit untuk menerima kenyataan sebenarnya.

Mindanya makin berbelit hendak mencerna apa yang Aleena cuba sampaikan. Aleena melangkah meninggalkan Farhan yang masih sedang mencerna kata-katanya.

Baru sahaja dia hendak melintasi segerompolan pelajar yang baru hendak keluar dari kawasan sekolah, Farhan terlebih dahulu menarik tangannya. Aleena tergamam seketika.

Farhan menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan nota kecil kepunyaan Aleena yang sudah lama patut dia pulangkan. Kertas itu diletak diatas tapak tangan Farhan. Senyuman pahit dihadiahkan kepada Aleena sebelum dia beredar dari tempat Aleena berdiri.

Aleena menilik nota kecilnya itu. Ada contengan yang pasti bukan tulisan tangannya.

Pertemuan kita adalah suatu ketentuan :)

Saya pasti kita akan bertemu kembali.

- FR

Aleena mendongak semula untuk mencari Farhan. Namun, kelibat Farhan tidak kelihatan. Nafas berat dihela.

Semoga kita tak bertemu lagi, Farhan. Saya taknak awak terlibat sama. Hati Aleena sudah bertekad. Dia pasti dia dan lelaki itu takkan bertemu lagi.

Takkan sesekali.

FARHAN segera masuk kedalam kereta ibunya dengan wajah yang suram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FARHAN segera masuk kedalam kereta ibunya dengan wajah yang suram. Medina dan Louis saling berpandangan antara satu sama lain. Bahu Farhan dipegangnya untuk salurkan semangat.

"Hm... bunga bukan sekuntum kan?" Louis tiba-tiba bersuara. Medina menjeling tajam kearah Louis. Apa bendalah tiba-tiba je mamat ni. Setelah tersedar yang dia tersalah cakap, pantas dia tayang sengih.

"Farhan? Okay tak tu?" Eira pula menyoal. Dia hanya melihat anak-anaknya melalui cermin pandang belakang sahaja memandangkan dia sedang memandu pulang kerumah. Dia dapat lihat dengan jelas wajah Farhan yang suram.

"Okay," balas Farhan sepatah. Pandangannya dibuang keluar jendela. Pegangan kakaknya pun ditepisnya. Sekali lagi, Medina dan Louis saling berpandangan. Buntu hendak buat apa. Lagipun, mereka tak tahu apa yang terjadi.

Sampai sahaja dirumah, tak menyempat ibunya mahu matikan enjin, Farhan terlebih dahulu keluar dari kereta. Medina sudah sedia membuka langkah besar namun cepat ditahan oleh Louis.

"He need space," tegur Louis. Tangan yang berada dalam genggaman Louis dipandang Medina lama. Tangannya kemas berada dalam pegangan Louis.

"Ehem." Deheman dari Eira membuatkan Medina pantas merentap tangannya. Dia juga berlari masuk kedalam rumah.

"I need space too!" jerit Medina dan mengundang tawa Eira dan Louis.

"Kau need space apanya oi?!"

"Biarlah dia, Louis. Nampaknya kamulah yang kena tolong umi masak tengahari."

Baru sahaja Louis hendak lari naik keatas, Eira terlebih dahulu menarik bajunya. Ditariknya baju Louis sehingga ke dapur. Louis tak boleh membantah atau lari lagi kerana Eira telah meletakkan segala barangan dapur dihadapan Louis.

"Umi... Louis nak mandi dulu." Dia cuba mencari alasan.

"Takpa. Mandi tu kejap lagi boleh."

"Tapi umi..." Louis terdiam apabila mendapat jelingan dari uminya. Liur ditelan. "Haa, takpalah umi. Biar Louis tolong umi. Umi nak masak apa?" Louis menyoal dalam tidak rela.

"Umi nak masak asam pedas. Kegemaran Louis kan tu?"

Mata Louis sudah bersinar apabila mendengar lauk kegemarannya disebut. Dia telan air liur. "Upah Louis sebab tolong umi ke?" soal Louis seraya tersenyum.

"Hm, yelah. Kalau nak, tolong umi cepat," arah Eira.

"Aye, aye, captain!" Louis menabik gaya polis.

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC.

Argh! Idea saya dah start merapu, dahlah merapu, sikit pula tu! Nak nanesssssssssss 😭

p/s: Saya update 2 jam awal, takpakan? Hehehe. Lagi satu, scene Farhan dan Aleena macam tergantung, siapa nak saya buat story pasal dorang pula lepas CMH tamat?

( Ya! atau Tidak! )

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now