Taehyung's
"Kim Taehyung , aku nak kau terangkan sekarang apabenda ni ?"
Tiga keping gambar dilemparkan di atas meja di hadapan aku.
Aku hanya mendiamkan diri.
Tatkala mata aku melihat gambar gambar aku dan Ji Eun pada malam semalam.
Entah macam mana paparazzi boleh jumpa gambar ni aku pun tak tahu. Tapi sumpah , habislah aku.
"Kenapa kau tak boleh bersuara ? Apa masalah kau sebenarnya ni Kim Taehyung ?" Bang PD-nim meninggikan suaranya kepada aku.
Aku hanya mampu berdiam diri.
Jadi ini lah sebabnya Bang PD-nim panggil aku datang ke pejabatnya pada awal pagi sedangkan harini merupakan hari cuti kami.
"Baik kau jujur dengan aku , kau ada teman wanita rahsia ke hm ?"
Perlahan lahan kepala aku didongak bagi memandang wajah Bang PD-nim. Aku ketap bibir rapat.
"Mi-mianhaeyo..."
"KAU FIKIR DENGAN MAAF KAU TU BOLEH SETTLE KAN MASALAH KE ?!"
Aku hanya diam.
Bang PD-nim sudah bangkit dari tempat duduknya. Matanya mencerlung tajam ke arah aku.
"Berita ni dah tersebar dekat Internet kau tahu tak ? Sekarang ni semua orang tengah heboh cakap pasal kau ada girlfriend. Kau ni dah kenapa sebenarnya ?"
Aku masih mendiamkan diri.
"Kau bukan sahaja jatuhkan nama kau sendiri tapi kau dengan perangai bodoh kau tu menjejaskan nama baik Bangtan dan Bighit kau tau tak ?!"
Aku ketap gigi kuat. Rahang aku mula mengeras.
"Aku nak kau settle sendiri benda ni"
"Ta-tapi macam mana..."
"KAU JANGAN TANYA AKU BOLEH TAK ?! KAU YANG BUAT TAIK JADI PANDAI PANDAI LAH KAU BERSIHKAN SENDIRI !!!"
Aku terus bangkit dari tempat duduk aku. Wajah Bang PD-nim dipandang sekilas sebelum aku melangkah keluar.
YOU ARE READING
𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kth
FanfictionRight before youre going to kill yourself , theres your guardian angel give you an opportunity to make your wish come true. You choose to be Kim Taehyung's girlfriend. The most famous guy in a kpop idol group. Your only ideal type of man. Your only...