sebelas

1K 141 15
                                    

Perlahan lahan mata aku terbuka kerana terganggu dengan cahaya matahari yang masuk menerobos melalui tingkap besar ini.

Bukak sahaja mata , aku terkedu apabila wajah Taehyung berada betul betul di hadapan aku.

Terlalu dekat.

Rasa bagaikan masa sedang berhenti dan memberikan peluang kepada aku untuk menatap wajah kacak milik Taehyung ini dengan sangat lama.

Sudah lah dia sedang lena dibuai mimpi.

Susah tau nak tengok muka dia secara live dalam keadaan macam ni. Paling tak pun aku dapat tengok dia tidur dalam video kat youtube je dulu.

Aku jatuh hati kepada dia sejak aku mengenali BTS kerana dia merupakan seorang yang periang. A bright child.

Dengan senyuman petaknya yang kelihatan sangat ikhlas dan ceria.

Aku suka melihatnya.

"Bangun bangun pagi terus usha muka kacak orang ke , hm ?"

Terkebil kebil aku memandang Taehyung yang tiba tiba sahaja membuka matanya. Tangannya diangkat dan dagunya direhatkan di atas telapak tangannya.

Matanya laju sahaja menatap ke dalam anak mata aku membuatkan aku menelan liurku gugup. Alamak kantoi !

"Ma-mana ade !" aku terus alihkan pandangan.

Aku ni dah lah tak reti nak menipu. Kalau pandang muka dia lama lama memang aku akan tercakap benda betul lah macam tu.

"Elelele ye lah tu" bahu aku dicucuk cucuk dengan jari telunjuknya.

Aku terus jeling dia tajam sebelum menepis tangannya kasar. Pantas sahaja aku mengubah posisi baring kepada duduk.

Dia hanya memandang aku tanpa mengeluarkan sebarang suara. Aku berdehem perlahan.

"A-aku nak pergi mandi dulu"

Baru sahaja aku nak bangun untuk melangkah pergi tiba tiba dia menarik lengan aku membuatkan langkah aku terhenti.

Aku terus memusingkan kepala ke arahnya dan menundukkan kelala bagi memandang wajahnya.

Senyuman petaknya ditayang.

"Jom , kita mandi sama sama !"

𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑵𝒊𝒈𝒉𝒕 • kthWhere stories live. Discover now