Akhirnya, Sharifah membuka matanya. Dan bila melihat Dheo yang dekat dengannya, Sharifah mula panik. Nampak dia cuba menjerit sebelum aku memanggil namanya. Dia menoleh ke arahku. Wajahnya penuh kelegaan. Sebaik sahaja Dheo melepaskannya, terus dia peluk aku.

"Rissa! Aku takut!" Sharifah menangis pula.

Dari hujung mata, aku melihat Dheo menapak keluar. Pasti memberi ruang kepada kami.

"Shh.. kau selamat. Takde apa-apa jadi. Aku ada dengan kau," pujukku bagaikan dia anak kecil. Secuba mungkin untuk tidak menyebut nama si bedebah Henry itu. Aku takut Sharifah kembali trauma.

Aku usap-usap rambut perang Sharifah itu untuk menenangkannya. Beberapa minit aku memujuknya, memberi kepastian yang dia dah selamat, akhirnya mata Sharifah kembali layu. Perlahan-lahan dia dibuai lena. Pasti penat selepas tenaga habis gara-gara meronta tadi. Aku betulkan selimutnya sebelum melihat dada Sharifah yang turun naik secara perlahan itu.

Aku mengatur langkah ke luar bilik. Mahu mencari Dheo. Mahu berterima kasih kepadanya serta meminta maaf sebab dah menganggu tidurnya. Aku tahu dia belum balik lagi. Betul tekaanku bila nampak dia berdiri di ruang tamu rumah. Dan bagaikan dapat mengesan kehadiranku, Dheo menoleh ke arahku.

"Sherry macam mana?" soal Dheo.

"Dia tidur balik. Tapi saya risau. Macam mana kalau dia jadi macam tadi?" Rungsing aku dibuatnya. Tak berdaya aku nak berperang dengan Sharifah sekali lagi. Ini pun nasib baik bukan berada di rumah. Kalau tak? Mahu kecoh satu taman. Sebab jeritan Sharifah boleh tahan kuat juga. Silap-silap orang ingat tengah shooting cerita thriller!

"Then you should worry your pretty face first, bella."

"Huh?" Aku blur.

Kelihatan Dheo tegakkan tubuhnya sebelum berjalan ke arahku. Sempat lagi dia tarik sehelai tisu yang berada di atas meja kecil di tengah ruang itu. Dan sebaik sahaja dia terpacak di depanku, tisu itu dibawa ke hidungku lalu ditekannya. Aku mendesis kesakitan bila rasa macam kena sengat.

"Auch!" Tapi Dheo terus tekan bahagian tulang hidungku tanpa mempedulikanku. Rasa perit. Beberapa saat juga sebelum Dheo angkat tangannya.

Aku tunduk untuk melihat tisu yang dah bertukar warna merah itu. Darah. Bulat anak mataku dibuatnya. Baru teringat yang muka lawa aku ni dah makan penumbuk sulung Sharifah. Tapi sebab panik punya pasal, neurotransmitter saraf sakit pun tak berfungsi. Aku pula langsung tak sedar. Tak sangka pula sampai berdarah hidungku. Mungkin dah berhenti.

Kepala didongak untuk memandang Dheo. Tak tahu nak cakap apa. Bila dah macam ni, tiba-tiba hidung mula berdenyut. Aku haraplah tak patah! Habis hidung mancungku nanti.

"Duduk, Rose!" arah Dheo. Suaranya memang begitu. Nada biasa-biasa. Tapi cukup untuk buatkan lututku mendengar kata. Terus bengkok dan duduk di atas sofa di ruang tamu itu.

Dheo mengarahkan aku supaya duduk sambil condongkan tubuh ke depan sikit dan menekan bahagian tulang hidungku menggunakan jari seperti dilakukannya tadi. Lepas tu, entah ke mana dia menghilang, aku sendiri pun tak tahu. Aku cuma mengikut arahannya. Bila dengar pintu peti ais dibuka dan ditutup, aku tahu dia berada di dapur.

Beberapa minit setelah itu, Dheo kembali muncul. Ambil tempat bersebelahan denganku. Ada satu kantung kalis air kecil berada dalam tangannya. Ice bag. Dah diisi dengan ketulan ais. Mana dia dapat, aku pun tak tahu. Dia mengarahkanku supaya aku jatuhkan tangan. Sekali lagi aku hanya jadi pak turut.

Kemudian perlahan-lahan ice bag itu dibawa ke hidungku. Dituam perlahan-lahan. Rasa sejuk mencucuk-cucuk dan berdenyut-denyut, sehingga memaksaku memejam mata menahannya. Kedua-dua tangan dikepal kuat di atas paha. Maklumlah tak pernah kena tumbuk hidung. Tak sangka sakitnya sampai sebegini. Waa.. nak nangis!

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now