"I want to meet Lydia's parent."Balas Ben sambil menghela nafas. "You made me do this,babe."Kata Ben lagi sambil memandang ke arah Lydia.
Ucapannya berbaur nada mengeluh. "Of course you should,Ben.They are dying to meet you."Lydia membalas sambil membetulkan posisi duduknya.

Tidak dapat Iman nafikan kecantikan gadis kacukan Melayu-Cina ini.Namun,Iman sedikit gelisah melihat pakaian yang dikenakannya yang membuatkan tubuhnya kelihatan sangat terdedah.

"So,I asked Syad to come to the airport for picking me up but he called you instead."Ben melunjurkan kakinya,sengaja membiarkan kakinya berlaga dengan Syad.Syad tersengih. "I just want the three of us to gather again.Come on,I'am doing my best as a very nice buddy."Iman memerhati Lay bagi melihat reaksinya.

Lay,masih sahaja dengan wajah bersahajanya.Namun,Iman dapat mengagak bahawa Lay sebenarnya sangat gembira berjumpa kembali dengan rakan-rakannya."Iman,did Lay do any harm to you?"Soal Syad menerima tawa Iman.Lay kelihatan memejamkan matanya sebentar sebelum merenung tajam ke arah Syad.

"Look at how he's eyeing me.I guess he did not then."Syad mencebik kepada Lay.

"Boy,Iman dah prepare meja."Bisik Iman.Lay mengangguk sebelum mengajak rakan-rakannya ke ruang makan.Iman menghela nafas.
Mujurlah dia sempat menyiapkan hidangan sementara Lay menemani Ben untuk check in di hotel.Mereka segera ke sini bagi makan malam bersama.

"You cooked all of these?"Soal Lydia apabila dia mengambil tempat di sebelah Iman.Iman lambat-lambat mengangguk. "Yeah,I'm sorry if my cooking is not that good.I cooked it super quick."Iman tersenyum.

"I thought Lay hire a maid but I guess he don't need it anymore."Lydia mengambil tempatnya tanpa memandang ke arah Iman.

Iman menelan liur lalu cuba untuk tersenyum.Alahai,Lydia.Mengapalah dia perlu berkata sebegitu?

Iman bagaimana pun bangun bagi menuangkan jus oren kepada tetamu-tetamunya.Syad segera datang membantu Iman. "You don't have to do it,Lay's wife.You're the lady boss here and let me do it."Kata Syad yang pasti Iman terusik dengan kata-kata Lydia membuatkan Iman mengetap bibir sebentar.Dia tersenyum tawar kepada Syad.

"No,you guys are my guests so of course I should."Balas Iman semula.
Syad tersenyum lalu mengambil gelas yang sudah dituang jus oleh Iman.Dia membantu Iman menghulurkannya kepada yang lain.Lay yang muncul daripada dapur dengan sesuatu di tangannya hanya memerhati.

Suasana di meja makan sedikit sunyi sewaktu semua orang menjamu selera.Iman tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap makanannya.
Dia sedikit gelisah sekiranya rakan-rakan Lay dapat menerima masakannya.

Sewaktu Lay memberitahunya bahawa rakan-rakannya akan makan malam di sini,Iman sudah tidak keruan untuk memasak jadi dia menyoal Lay.Kata Lay,rakan-rakannya boleh menerima masakan melayu dengan baik.Namun,Iman mengambil inisiatif untuk memasak masakan dengan citarasa umum iaitu spagheti dan ayam panggang.

Lay mencuri pandang ke arah Iman.Dilihatnya pinggan Iman tidak kelihatan terjejas dengan ketara.Lay sedar bahawa Iman bimbang dengan penerimaan rakan-rakannya.Terbit rasa bersalah dalam dirinya apabila dia menyebabkan Iman terpaksa berhempas-pulas di dapur sendiri.Lay mencapai gelas Iman lalu diisinya dengan jus. "Eat up."Kata Lay sambil meletakkan gelas itu di hadapan Iman.

Syad berdehem lalu tersengih ke arah Lay yang hanya kelihatan bersahaja."I think I'm witnessing the coldest guy that I have ever known,taking care of his wife."Ben bersuara sambil memandang ke arah rakan-rakannya.

"You know what,honey?That's the power of marriage."Balas Lydia sambil tersenyum sinis. "There you go again.."Ben mengerutkan dahinya.
Iman dapat melihat riak Lydia yang ternyata terkilan dengan reaksi Ben.

Can I love you,cousin?Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt