Namun, itu bukan satu masalah bagi Medina. Dia pantas berlari kearah balai rumah sukannya. Rakan-rakannya sudah memandang Medina serong.

"Kalau ya pun nak ambil kesempatan, tak payahlah sampai lupa yang kau tu tengah bertanding. Kalau tolong budak rumah kuning takpalah juga. Sukalah tu dapat perhatian."

Medina diam.

"Alah macam tak tahu dia tu kan perempuan murah suka ambil kesempatan. Kalau abang kandung dia, takpalah juga. Ni abang tiri entah dari mana family dia kutip..."

Medina sudah tidak tahan mendengar cemuhan rakan-rakannya terhadap Louis.

"Eh korang ni takda kerja ke apa hah? Kalau korang nak kutuk aku, kutuk aku jelah. Tak payah nak babitkan Louis! Ya! Memang Louis abang angkat aku tapi itu antara aku dan dia. Yang korang sibuk jaga tepi kain orang dah kenapa?! Oh, belakang Louis kemain lagi tergedik-gedik, belakang kemain mengata! Dasar perempuan bertalam sepuluh muka!" hambur Medina geram sebelum dia berlalu ke tempat penonton.

Farhan yang menegurnya pun langsung tidak diendahkan. Tempat umi dan abinya duduk menjadi tujuan. Dia menghempas tubuhnya duduk dikerusi plastik itu dengan muka yang masa mencuka.

"Gembira hati umi tengok Dina sanggup patah balik tolong Louis. Tak kisah kamu berdua dan hampir sampai dekat penamat, Louis juga kamu utamakan." Bahu Medina diusap dengan penuh bangga oleh Eira.

"Abi bangga dengan Dina."

"Abi dengan umi banggalah. Tapi yang lain? Mulalah tu nak kutuk-kutuk Dina. Kalau ya pun nak kutuk, kutuk Dina aje. Tak payah nak kutuk Louis. Depan kemain lagi menggedik dengan Louis. Bila dekat belakang bertalam-talam muka dia! Eish, geram," luah Medina tanpa menyedari Louis sudah berada dibelakangnya.

"Sayang juga kau kat aku kan?" Louis tiba-tiba sahaja bersuara ditepi telinga Medina. Terkejut Medina dibuatnya.

"Mana ada. Aku kesian aje tengok kau. Nanti tak pasal-pasal malu sebab terjelepok," nafi Medina. Eira dan Hanif sudah saling berpandangan. Mulalah tu nak bergaduh.

"Eleh ye ye je. Umi, abi, Louis okay je kalau Dina tak tolong Louis tadi. Tapi dia yang pujuk Louis suruh lari dengan dia. Ceh."

Medina menampar bahu Louis.

"Apa ni?! Malulah aku," marah Medina. Louis hanya hamburkan tawanya.

"BAIKLAH, kita akan teruskan dengan pertandingan lompat jauh lelaki bawah 15

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"BAIKLAH, kita akan teruskan dengan pertandingan lompat jauh lelaki bawah 15." Pengumuman itu membuatkan pergaduhan Medina dan Louis terhenti. Mata mereka mula fokus pada tempat lompat jauh.

"Far nak bertanding dah," beritahu Medina tiba-tiba sahaja teruja.

"Ya aku tak buta lagi."

"Ish siapa cakap dengan kau."

"Eleh..."

"Diamlah! Far nak lompat dah tu."

Farhan dilokasi terpinga-pinga apabila namanya disebut sebagai peserta pertama. Nak taknak, dia terpaksa berdiri di tempat persediaan.

"Sedia?!" soal guru latihnya. Farhan mengangguk dan sekaligus wisel ditiup tanda Farhan boleh mula sekarang.

"Eh, eh nanti ada orang dekat depan!" Guru dan pelajar yang berada disitu tiba-tiba menahan langkah Farhan dari terus berlari kerana ada seorang pelajar perempuan berjalan dihadapan tapak lompat jauh itu. Namun, langkah Farhan yang laju itu tidak memberi kerjasama untuk berhenti.

Sebaik sahaja Farhan mula mendarat diatas tanah, sekaligus tubuhnya merempuh tubuh seorang pelajar perempuan. Terjerit pelajar perempuan yang dirempuh Farhan tadi. Keadaan jadi sunyi seketika apabila Farhan elok tertiarap diatas pelajar itu. Mata mereka bertentang.

"Farhan! Leena! Okay tak tu? Ke dah melekat? Lama nau landingnya." Salah seorang guru perempuan mereka menerpa kearah Farhan dan pelajar yang bernama Aleena itu namun lebih gemar dipanggil Leena.

Dengan segera Farhan bangun dari terus menghempap tubuh Aleena. Aleena juga pantas bangun dari terbaring di tanah yang kotor itu dengan bantuan guru itu. Huluran Farhan langsung tidak dilayannya.

"Awak okay?" soal Farhan, prihatin. Gadis itu hanya mengangguk. "Saya minta maaf. Saya tak nampak awak dekat depan saya tadi," ucap Farhan lagi.

"Takpa. Saya yang salah. Patutnya saya tak boleh lalu dekat sini. Sorry ya?" Aleena segera beredar dari situ tanpa mendengar jawapan Farhan.

Dia malu tahu tak!

Farhan sudah berteka-teki. Kenapa dia tak pernah nampak budak perempuan tu? Budak baru ke? Tanpa dia sedar, bibirnya terukir senyum.

"Leena." Tiba-tiba sahaja bibir itu menutur nama gadis yang sudah pergi jauh darinya itu.

"Ehem. Cinta pandang pertama ke Farhan oi?" Deheman dan sindiran oleh gurunya itu menyentakkan Farhan dari lamunan pendeknya. Farhan tayang sengih. "Sudah! Pergi ulang balik."

"Ulang balik?"

"Yelah! Tadi tu kamu anggap jelah sebagai reherseal."

"Baik, cikgu." Farhan kembali ke tempat permulaan. Kepalanya masih terfikir dengan gadis manis itu.

 Kepalanya masih terfikir dengan gadis manis itu

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

TBC.

Aleena as Sweetysyaf

Douple update sebab saya dah terdouble rajin HAHAHA 😂❤ Jangan lupa vote dan comment untuk chapter yang seterusnya!

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang