Dheo yang sedang senyum segaris. Di tangannya ada satu cawan plastik yang tertutup. Cawan itulah yang diletakkan pada pipiku tadi. Dia bagi isyarat supaya aku menerimanya.

Tanpa bersuara, aku mencapainya. Buka penutupnya. Kelihatan wap-wap panas keluar. Warna cecair itu bagaikan cappuccino. Lalu aku bawa ke bibir dan baca bismillah. Memang betul cappuccino.

"Saya pernah nampak awak minum cappuccino dulu. I hope it will calm you tonight." Dheo memecahkan keheningan di antara kami. Dia kini berdiri di sebelahku. Bersandar pada besi penghadang itu sambil kedua-dua tangan silang ke dada.

Entah kenapa, hatiku rasa tersentuh. Dheo ingat satu fakta kecil tentangku.

"Terima kasih," ucapku lembut.

"Awak tak minum kopi?" soalku balik bila melihatkan tangannya kosong.

"Not tonight."

"Awak suka kopi?" Aku mahu tahu. Lelaki biasanya suka kopi. Ketagih kopi sama macam ketagih rokok. Shahril juga suka kopi.

Ah, kenapa aku perlu ingat dia sekarang ini?

"Bolehlah. Saya suka black coffee. Or sometimes, caramel macchiato with doppio."

"Double shot espresso?"

"Awak tahu bahasa barista?" Dia nampak seperti kagum. Mungkin tak semua orang tahu, apatah lagi perempuan. Perempuan biasanya hanya tahu minum.

"Di Malaysia, ayah saya ada satu kafe. Namanya I's Café. Jadi saya tahu sikit-sebanyak. Saya pun pernah cuba jadi barista," ceritaku sambil pandang cappuccino di tangan. Terkenang kembali kafe kesayanganku itu.

"Wah.. kalau awak baristanya, mesti ramai lelaki beratur beli kopi nanti. Not all coffees are served by a beautiful barista." Dheo senyum mengusik.

Aku rasa wajahku sedikit membahang. Aku tahu mungkin dia selalu panggil perempuan 'cantik' tapi salur darah kat muka aku ni tetap juga nak mengembang.

"Iyalah tu. Entah-entah semua sakit perut nanti," cebikku untuk menutup malu.

Dheo ketawa perlahan. Mendengar dia ketawa, hatiku juga turut damai. Turut mengukir senyum. Lupa seketika tentang hati yang rungsing tentang Shahril tadi.

Shahril! Dan dengan itu, sekali lagi kepala dibayangi Shahril. Automatik sirna senyuman di wajah.

"Awak okey?" Prihatin suara Dheo. Mungkin perasan akan perubahan wajahku.

Sekali lagi senyum. Hambar dan terpaksa.

"Awak nampak sedih. Is there something bothering you?" selidik Dheo. Seluruh wajahku ditenung lama. Seolah-olah sedang mencari jawapan.

Aku tarik nafas perlahan-lahan sebelum kembali hirup cappuccino di tangan itu. Mengingatkan pasal Shahril, tekak pun tak lalu nak telan air sedap itu.

Aku membuang pandang ke arah pemandangan kota Nottingham di waktu malam itu. Masih berura-ura. Haruskah aku ceritakan kepada Dheo? Terlalu peribadi. Tapi dada rasa terbeban bila pendam seorang-seorang.

"Beberapa jam yang lepas, saya tanya awak kenapa lelaki susah nak setia. And then, I caught my ex cheating on me. Irony, isn't it?" Akhirnya aku buka mulut. Cukuplah setakat itu.

Ya.. sebaik sahaja aku tahu dia buat perbuatan terkutuk itu di belakangku, dia dengan rasminya dah jadi bekas aku.

Wajah Dheo sedikit terkejut sebelum cuba dineutralkan macam biasa.

"Bila? Masa parti tadi?"

Perlahan-lahan aku angguk kepala. Tak kuat aku nak pandang ke arah Dheo sekarang ini. Pasti dia tumpang simpati denganku. Atau lebih kesian, rasa aku perempuan pathetic. Hanya mampu tenung cawan kertas di tanganku itu. Dapat kurasakan genggamanku pada cawan itu sedikit erat. Menahan rasa. Cuba kuat daripada muntahkan air mata di depan Dheo.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now