Tubuh Sharifah yang separa sedar itu ditarik oleh Dheo sebelum didukungnya.

"Let's go!" ajaknya. Lucca pula heret tubuh kaku Henry itu bersamanya. Mereka keluar terlebih dulu.

Aku turut berdiri sebelum pandang Dheo. Hero aku. Hero kami. Sebab dia, Sharifah terselamat malam ini. Aku yakin mereka tak sempat apa-apakan Sharifah tadi. Aku bersyukur walaupun pada masa yang sama, hati aku pecah berderai. Terbayang kembali apa yang aku lihat tadi.

Kebenaran yang sangat perit untuk ditelan. Namun aku yakin mungkin itu juga salah satu perkara yang Allah mahu tunjukkan padaku.

-------

Aku buntu mahu melakukan apa sekarang ini. Dengan Sharifah yang masih separa sedar itu, lagilah aku mati kutu. Nak bawa balik, macam mana aku nak menyelinap masuk dengan keadaan Sharifah yang sebegini? Karang tak pasal-pasal kecoh. Aku kalau boleh taknak orang lain tahu. Sebab apa-apa keputusan harus tunggu Sharifah memandangkan semua ini melibatkan dirinya.

Sudahnya, aku hanya mengikut keputusan Dheo. Dheo memberi cadangan supaya kami menginap di mana-mana hotel. Aku hanya bersetuju. Hanya untuk malam ini.

Bila Dheo memandu ke Regina Residence, mulutku terus terlopong.

"Are you crazy? When I agreed to hotel, I mean a cheap one!" Sedikit tinggi suaraku ketika berkata.

Mahu aku tak tercekik liur bila melihat tempat yang dibawa Dheo itu? Regina Residence merupakan sebuah service apartment di tengah-tengah bandar Nottingham. Agak elite. Nak bayar satu malam silap-silap kena jual organ dulu ni! Standard orang ada-ada yang datang melancong atau berurusan business. Habislah duit biasiswa aku!

"Awak jangan risau. Saya dan Lucca memang tinggal di sini."

Jadinya? Nak heret aku dan Sharifah masuk bilik dia? Itu cari nahas namanya! Memang taklah!

Bila aku melihat staf di situ hanya angguk setuju apa yang dikata Dheo, aku baru tahu dia bukan sekadar tinggal di situ. Tapi tempat itu adalah kepunyaannya juga!

Sudahnya, aku dan Sharifah selamat berada di dalam apartment dua bilik itu. Bersebelahan dengan apartment Dheo. Katanya, aku dan Sharifah boleh berehat di sini untuk malam ini.

Sharifah kini sedang tidur. Baguslah. Pasti dia kepenatan tadi. Aku hanya menukarkan pakaiannya kepada persalinan baru yang dipinjamkan oleh Dheo. Biar dia selesa sikit. Besok pagi, awal-awal lagi aku akan balik ke rumah untuk mencari pakaian baru. Buat masa sekarang, aku rasa penat.

Mentally and physically exhausted.

Aku pejam mata. Terlayar kembali aksi panas Shahril dan perempuan asing tadi. Gara-gara sibuk uruskan Sharifah, otakku lupa untuk seketika. Dan sekarang bila keadaan dah agak tenang, suis ingatanku kembali terbuka. Terlayar kembali semuanya bagaikan wayang.

Mata dan telinga menjadi saksi adegan ghairah itu. Aku tak tahu mampu atau tak untuk aku melupakannya. Aku dapat rasakan adegan itu bakal terpahat kemas dalam memoriku. Bakal menghantui masa depanku. Mengajarku erti sebuah pengkhianatan yang sebenar.

Selalu terngiang-ngiang dalam kepalaku. Kenapa? Sejak bila? Paling aku tak sangka Shahril yang selalu mengingatkan aku tentang ilmu akhirat, tak pernah pegang tanganku, tak pernah ambil kesempatan ketika keluar denganku itu sanggup melakukan perbuatan sekutuk itu. Itulah yang paling aku terkilan sangat. Sehingga sekarang aku tak dapat nak percaya!

Rasa suam yang tiba-tiba melekap pada pipi kananku buatkan aku yang sedang mengelamun itu tersedar ke alam nyata. Kembali ke balkoni bilik dari tingkat lapan ini. Aku toleh kepala ke kanan.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now