"BAHAHAHA" Sekali lagi Asahi tergelak. Orang tengah perang pun boleh jadi kelakar.

"Aku dengar" Sebuah suara menyampuk perbualan mereka. Siapa lagi kalau bukan Kevin. Jax yang hanya diam dari tadi akhirnya meletus gelaknya mendengar perkara itu.

"Eden.. nice one HAHA" ujar Jax.

"Jawab lah soalan aku.. kau kat mana sebenarnya.." soal Axel , kemudian matanya terlihat seseorang dari jauh.

"Jap jap.. jangan jawab.. ada musuh" tuntas Axel lalu dengan selamba dia terus membuat serangan hendap tapi apa yang mengejutkan, Kemunculan Kavler yang terus menghapuskan musuh mereka dengan pantas.

Serta-merta kumpulan BlackWhite terkeluar daripada perlawanan. Eden tercengang.

Sejak bila mamat ni ada kat sini?!

Kumpulan BlackWhite mengeluh berat. Dah agak dah akan jadi macam ni. Group Kevin memang tak pernah berubah dari dulu, semua gempak.

Luke yang melihat perlawanan BlackWhite hanya tersenyum dalam diam. "Tak berubah langsung corak permainan.."ujar Luke perlahan. Memanglah Si Kevin tu dapat baca kalau dari dulu sampai sekarang sama.

"Tak rindu teammate kau ke Luke?" Soal Ace memandang Luke .

"Buat apa aku nak rindu" jawab Luke .
Ace dan Andy hanya memandang sesama sendiri. Mereka tahu bahawa BlackWhite adalah kumpulan lama Luke, tetapi mereka tidak tahu bahawa Luke ialah Vvip Students.

In game,

Kavler memandang Axel lalu berkata "mana boleh bagi kau menang kill,.."

Eden tersenyum senget. "Eleh takutlah tu.."

Tanpa mereka sedar, hanya tinggal 7 vvip students yang masih hidup dan Axel. 2 ahli kumpulan Kino telah dikalahkan oleh Asahi.

Axel berlari menuju ke atas atap bangunan. Dia memang suka pun duduk atas atap last minute ni. Sebab masa ini lah senang nak spot enemy. Bulatan safe zone mulai mengecil.

Ok ni petunjuk untuk korang(sis risau korang keliru nanti):

Kevin= Kevlar
Eden= Axel
Jax= Skull_Crusher
Asahi= Ripley
One= Abyss
Eric= Siege03
Kino= TeddyClaw
Jumin = Craniax19

Axel sudah bersedia dengan pedangnya. Senapang di tangan kiri juga dimasukkan peluru. Haa amik kau dua senjata aku pakai sekaligus.

"Kevin, mana arahannya, kita dah nak face diorang ni.. " ujar Asahi lalu menggerakkan Ripley ke tempat yang dipenuhi batu besar. Dia menyorok disebalik tempat itu.

"Use your brain" selamba Kevin memberi jawapan.

Tergelak Jax mendengarnya. "That's our great leader punya answer.." . Walaupun Kevin menjawab seperti itu, namun mereka semua tahu bahawa Kevin sudah merancang strategi dari otaknya. Dia just nak tengok team dia ada kat mana je , then dia boleh settlekan semuanya sendiri.

Eden hanya tergelak kecil mendengar hal itu. Si Kevin tu memang lah suka buat orang sakit hati.

Craniax19 dan TeddyClaw bergerak sama sekumpulan sambil meninjau keadaan sekeliling.  Jumin a.k.a Craniax19 hanya tersenyum apabila dia telah lihat seseorang di atap bangunan.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now