tiga belas

1.4K 59 5
                                    

"Ibu, Eyra pergi keluar kejap tau nak ambil angin" jerit Zafeeyra sederhana kuat kepada ibunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ibu, Eyra pergi keluar kejap tau nak ambil angin" jerit Zafeeyra sederhana kuat kepada ibunya.

"Okey balik awal ya, jangan balik lambat marah abah nanti" pesan Ibu Zafeeyra .

"Okey bu"

Zafeeyra keluar daripada rumah. Tujuan dia keluar daripada rumah kerana dia ingin melepaskan tekanan yang dia pikul selama ini. Dia tidak tahu dengan siapa lagi dia hendak cerita.

Ingin di ceritakan kepada Hadhirah teman baiknya, kawannya itu pun bukan boleh lakukan apa-apa. Ingin di ceritakan kepada ibu bapanya dia tidak mahu untuk merumitkan keadaan lagi.

Kesimpulannya, biar sahaja dia memendam perasaanya sendiri. Gadis itu lebih suka pendam perasaan. Setiap kali ada masalah, dia lebih selesa pendam dan pendam.

Tapi semakin Zafeeyra pendam, makin membuatkan hatinya sakit. Dari kecil lagi dia bersikap begin sehinggalah sekarang. Dia terlalu takut untuk meluahkan kerana tidak percaya akan apa yang gadis itu luahkan akan dapat disimpan baik oleh orang lain.

Disebabkan itu, Zafeeyra lebih memilih untuk pendam.

Sedang dia berjalan-jalan di taman seorang diri, seseorang menegurnya dengan secara tiba-tiba di belakang.

"Bah!"

"Oi mak kau hijau!" latah Zafeeyra .

"Ehhh comel je dia melatah" perli lelaki yang mengejutkan Zafeeyra itu.

"Ya Allah Aniq! Suka tau buat macam tu, buatnya orang ada sakit jantung macam mana?" marah Zafeeyra kepada lelaki yang bernama Aniq itu.

"Ehehehe, sowy la" kata Aniq meminta maaf.

"Hmmm ye lah"

"Bila awak balik? Tak bagi tahu saya pun" tanya Aniq sambil berjalan bersama Zafeeyra .

"Semalam saya balik"

"Ohhh, time dekat hospital haritu awak tak tunggu saya pun untuk hantar balik. Kenapa pergi macam tu je?" tanya Aniq lagi.

"Saya dah susahkan awak, saya tak nak la awak terbeban. Kesian awak"

"Ehhh apa cakap macam tu. Awak tak pernah susahkan saya tauu"

"Ya lah awaknya" kata Zafeeyra tersenyum manis yang boleh membuat seorang lelaki itu cair.

Aniq yang melihat Zafeeyra seperti itu automatik pipinya merah. Dup dap dup dap jantungnya.

"Macam mana kandungan awak? okey?"

"Alhamdulillah okey je. Yamyam saya sihat" jawab Zafeeyra sambil mengusap perutnya yang sedikit membuncit.

Sekali sekala dia tersenyum suka akibat perbuatan Zafeeyra yang comel itu. Tercuit hatinya.

"Ohh Yamyam, comelnya dia. Semoga awak sihat sahaja Yamyam" kata Aniq pada perut Zafeeyra.

Ruthless : Bad HusbandWhere stories live. Discover now