dua belas

1.4K 51 7
                                    

"Assalamualaikum Ibu"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum Ibu"

"Waalaikummusalam, anak Ibu. Ya Allah rindunya ibu dekat kamu" kata seorang ibu tua yang bergelar ibu itu.

"Eyra pun rindu ibu, dah lama tak jumpa" balas Zafeeyra sambil memeluk ibunya.

"Ni mana Aidan? Dia tak datang sekali ke?" tanya Ibu Zafeeyra.

Zafeeyra tersenyum.

"Aidan pergi khusus, itu yang tak datang sekali. Duduk rumah sorang-sorang tak syok juga, ini yang Eyra balik ni nak duduk dengan ibu" jawab Zafeeyra dengan berhati-hati takut kantoi dengan ibunya.

"Ohhh patutlah, ingat kamu bergaduh dengan dia. Ni tinggal sini berapa hari?" soal Ibu Zafeeyra.

"Tak tahu la duduk sini berapa lama. Kalau Eyra rasa nak balik, Eyra balik" balas Zafeeyra sambil mengeluarkan begnya daripada kereta.

"Kesian menantu ibu duduk rumah sana sorang-sorang" kata Ibu Zafeeyra lagi.

"Menantu ibu tu dah ada orang lain bu" kata Zafeeyra perlahan.

"Haaaa? Apa yang kamu cakapkan tu?"

"Ehee, tak ada apa. Ibu masak apa hari ni and abah mana bu?" kata Zafeeyra menukar topik.

"Ibu masak nasi ayam, favourite kamu. Abah, hmm faham-faham je a pergi mana. Memancing je sejak dah pencen ni" jawab Ibu Zafeeyra dengan gembira.

"Ahhh sedapnya, jom la masuk kita makan" ajak Zafeeyra.

Lalu Ibu Zafeeyra pun memasuki rumah untuk menghidangkan lauk kepada anaknya. Zafeeyra yang melihat ibunya terasa sedih.

Dia ingin menceritakan masalah rumah tangganya kepada ibunya tapi apakan daya dia tidak mampu untuk menceritakan. Nanti ibunya benci dengan menantu kesayangannya itu.

"Haihh Zafeeyra Humaira kau datang sini bukan nak sedih, nak gembira kan. Nak lupakan semuanya kejap. Happy ok happy" kata Zafeeyra sendirian.

"ZAFEEYRA! Apa yang termenung dekat luar tu? Jom masuk, luar panas" panggil Ibu Zafeeyra .

"Ya bu,masuk la ni"

Tanpa sedar, seseorang memerhatikannya sambil tersenyum manis di sebalik pokok-pokok kerana melihat karenah Zafeeyra yang comel itu.

"Sekian lama aku tak jumpa kau, akhirnya balik juga"












"Arghhh" ngeliat Aidan setelah lama tidur.

Dia meraba-raba di sebelahnya, hanya bantal sahaja yang ada. Terus dia terbangun daripada pembaringan. Kelibat isterinya dicari.

Satu rumah dia mencari tetapi tidak jumpa, dia berang. Tiba-tiba dia ternampak satu kertas di atas meja dapur. Dia mengambil lalu membaca.

'Awak, saya balik rumah ibu. Jangan risau saya tak cerita apa-apa pun dekat ibu. Saya balik ni sebab rindu ibu je. Saya harap awak izinkan'

Ruthless : Bad HusbandWhere stories live. Discover now