54

2.1K 237 141
                                    

"Makan!"

"Tanak!"

"Makan Seventeen, aku dah penat masak!"

Seventeen menggeleng untuk kesekian kali, masing-masing menolak semangkuk sup hangat yang disediakan oleh si leader sebagai sarapan pagi.

"Hyung, dulu Jeonghan hyung dengan Shua hyung. Sekarang janganlah kau pula yang nak bunuh kitaorang.." ujar Mingyu.

"Aku takde masa nak bunuh korang, dah makan!" arah S.coups. Semua menggeleng lagi.

"Apa salahnya makan masakan aku?!"

"Masalahnya mana ada orang buat sup avocado, hyung! Shua hyung pun tahu masak bacon masa sarapan, walaupun hangus." ujar Dino, ayat terakhir diucap dengan perlahan. Takut jika Joshua terdengar dan nasibnya akan menjadi seperti WonHoon semalam.

"Yah, sup dan avocado baik untuk kesihatan!" marah S.coups.

"Yelah tapi mana pernah orang gabung dua benda tu sekaligus!" balas Jun pula. Dia bangkit dan lantas mengambil sekotak cereal dan sebotol susu.

"Yah, makan masakan aku kucing gendut!"

"Tak nak!" Jeonghan melirik ke arah Joshua.

"Aku tak sangka rupanya unta ni pun fail dalam bab masak." Joshua mengangguk.

"Sama lah dia dengan kau, resepi macam nak bunuh member." ujar Joshua selamba manakala Jeonghan membesarkan matanya.

"Apa kau kata tadi, Josh?!" teriak Jeonghan, Joshua ternganga kecil setelah menyedari kesilapannya.

"A-ah tu takde pape Hannie, Shua tak cakap apa-apa!"

"Bohong! Sini aku ketuk kepala kau dengan senduk nasi!"

"Hannie hajima!!!"

Seungkwan menggelengkan kepala melihat para hyung tertuanya sedang bergaduh.

"Weh Benen, kau makan sup tu ke woi?!" teriak Seungkwan heboh tatkala melihat Vernon dengan tenang memakan sarapan tersebut.

"Kenapa? Takdelah teruk mana." ujar Vernon.

"Memang sah kau ni dah tak lama." ucap Dokyeom pula.

"Yah Dk hyung!"

Sedangkan Hoshi mengambil cereal dari genggaman Jun yang masih sibuk beradu mulut dengan S.coups.

"Abaikan diorang, kita makan dulu." ujarnya, dia menuang susu ke dalam mangkuk dan seterusnya ingin menabur cereal.

Plak!

Woozi dengan pantas menepuk tangan Hoshi yang memegang kotak cereal.

"Yah, Woozi!" marah Hoshi.

"Mana ada orang letak susu dulu, bongok!" marah Woozi pula, Hoshi menggelengkan kepala.

"Kita kena letak susu baru cereal lah!"

"Takde takde! Cereal dulu baru susu!"

"Nak gaduh?"

"Fight me!" dan akhirnya SoonHoon pula yang bergaduh hanya kerana cereal dan susu.

"Ni lah manusia yang small small don't want die, dah big trouble people." ucap Wonwoo sebelum makan cereal kepunyaan Hoshi dengan tenang.

Manakala Minghao hanya terdiam menyaksikan perbalahan secara live itu.

'Duduk zoo dengan rumah macam takde beza.' -xmh

...

"Ting tong, ada surat untuk Ryu Chaeyeon!" teriak Seungkwan dari luar rumah. Dino yang kebetulan sedang membuang sampah di luar langsung menghampiri lelaki itu.

MissionWhere stories live. Discover now