1

4.6K 404 198
                                    

Tok tok

Klek

"I'm ready!!!!!" jerit S.coups selepas membuka pintu hotelnya, muka berseri-seri betul sampai silau mata Pd-nim dibuatnya.

"Takyah beria sangat, ni ambil surat ni."

"Huh?" S.coups mengambil surat itu.

Puff!

Tiba-tiba Pd-nim baling tepung kat udara pastu lari lelaju pergi dari situ. Lagak macam ninjalah hilang lepas baling bom asap.

S.coups hanya mampu sweatdrop.

"Orang tua tu sihat lagi ke tak?" gumamnya perlahan lalu surat itu dibaca.

'Tahniah! Anda telah terpilih untuk menyertai misi ini.

Misi anda ialah mengubah pekerjaan yang sedang anda lakukan sekarang dan anda akan dihantar ke sebuah kampung pendalaman bagi menggelakkan dikejar para peminat. Untuk mengetahui pekerjaan baru anda sila pusingkan surat ini.'

Dahi S.coups berkerut, dia memusingkan surat itu.

Matanya membesar.

Mulutnya terbuka luas.

Tangan kanan diletakkan di dada kiri.

"ANDWAE!!!"

...

Hoshi mengeluh, pakaian seragam yang dipakainya dibelek sekali lagi.

"Dah susah payah aku join audition nak jadi penyanyi dengan penari, LAST-LAST ACIK SAPU JALAN JUGA KERJA KAU BAGI!!!! EIEE GERAM BENOR HATI NI!!!" Hoshi mengelus dadanya, dia menarik nafas dalam.

"Takpe Shi, kata Omma kita kena jadi penyabar.. TAPI AKU TAKLEH NAK SABAR LAGI NI! ARGHHH PD-NIM TAK GUNAAAAAA TUNGGU KAU AKU KEJAR KAU DENGAN GITAR WOOZI NANTI WUARGHHH!!!" Akhirnya setelah setengah jam dia meroyan, Hoshi akhirnya menjalankan misinya.

"Okay, kita start dari sini. Hoshi fighting!!!" Hoshi menyemangati dirinya sendiri lalu dia mula menyapu sampah.

Dia punya tekun menyapu tu sampai tak perasan orang kat jalan.

Brak!

"Yah!!" marah orang itu, Hoshi mengangkat mukanya dan siap sedia meminta maaf.

"Mian--"

"H-hoshi hyung?"

Orang itu mendadak menjadi panik, Hoshi mendonggak melihat lelaki di hadapannya.

"Pffftt.."

"Jangan gel--"

"HAHAHAHHAHAHA BANYAK-BANYAK KERJA. KERJA PAK GUARD JUGA KAU DAPAT GYU? HAHAHAH ELOK SANGATLAH TU MUKA PUN SERUPA PAKCIK GUARD SEKOLAH YANG BONCET KEDEPAN TU HAHAHAHHAHA!!!" Hoshi tertawa sambil terguling-guling kat tanah manakala Mingyu mendengus kesal.

MissionWhere stories live. Discover now