3

3.7K 348 175
                                    

"Good to me good to me ayayaya~ hey! hey! Mansae mansae mansae yeah! Moon walker walker walker walker moon walker."

"Jangan menari depan akulah, buruk benor rupanya dahlah melalut nyanyi lagu lelain." Hoshi menghentikan kegiatan menyapunya dan dia menatap tajam kearah Mingyu yang tengah makan donut pedas cecah kopi o.

"Alah biarlah, kau pak guard tutup mulut tu. Busuk sangat tahu baunya sampai kesini dapat hidu."

"Eh sedap tenuk kau je cakap macam tu, kalau tak disebabkan hyung dengan Si Dokyeom tu pergi habiskan colgate takde maknanya aku pergi kerja tak gosok gigi." balas Mingyu.

"Eleh memang tinggal sikit en."

"Boleh kongsi en."

"KEPALA TIMUN KAU KONGSI AKU DENGAN DK TU PON DAPAT LEBIH KURANG 7 MM JE KALAU BAHAGI 13 MAHU DAPAT SORANG 0.0001 MM KE?!"

"Hah? Dk?!" Mingyu dan Hoshi terdiam, mereka melihat seorang lelaki berada berdekatan dengan mereka.

"Kau siapa?" soal Hoshi.

"Aku Hwang Kangmin. Korang?" Mingyu dan Hoshi saling bertatapan.

Nak bagitahu nama sebenar ke nama tipu?

"Em kenal Seventeen?" soal Hoshi, lelaki itu mengangguk.

"Tu nombor 17 kan?" Hoshi dan Mingyu sweatdrop, manakala lelaki itu terkekeh perlahan.

"Takdelah, itu boyband yang tengah popular kat Seoul tu kan. Hak alah tengok je muka ni keras tapi aku kenal dioranglah."

"Err tu eh jap eh aku nak cakap sesuatu dengan hitam ni." Hoshi menarik tangan Mingyu menjauhi Kangmin.

"Macam mana ni hyung? Kalau gitau nama sebenar karang kecoh." ujar Mingyu cemas.

Nasib baik diorang pakai misai dengan janggut palsu, senanglah sikit kalau nak kencing Si Kangmin tu.

"Tulah pasal, nak bagi nama palsu ke?" Hoshi dan Mingyu terdiam cukup lama sebelum mereka mengangguk serentak.

Mereka kembali menemui Kangmin.

"Hai, aku err S-sanha!"

"Yoon Sanha Astro?"

"Bukanlah, adumak nampak kan muka pun jauh beza. Btw aku tak sangka pula kau ni Aroha." ujar Mingyu membuat Kangmin tersenyum malu.

"Banyak group aku minat huehuehue.."

"Em aku Park Jinyoung." air kopi yang sedang diminum Hoshi hampir tersembur keluar.

Harap yang dua ketul kat JYP entertainment tu tak terbatuk, tersedak, semput, sesak nafas, cpr-- k staph.

"Wuish umur?"

"23 tahun."

"22 tahun."

"Aku 22 tahun, salam kenal Sanha hyung dengan Jinyoung. Aku baru masuk kerja kat sini."

"Jadi apa?"

"Pak guard."

...

Loceng sekolah berbunyi menandakan tamat sesi persekolahan pada hari itu, Jeonghan yang dok duduk tenung dosa terus berdiri tegak.

Dah tiba masanya dia beraksi.

"Woah aiskrim!!"

"Hyung eskrim coklat satu!"

"Vanila!!"

"Nak aiskrim nak aiskrim!!!" senyuman Jeonghan melebar kerana ramai yang menyerbu kearahnya.

MissionWhere stories live. Discover now