49

2.5K 237 264
                                    

"Weh Benen, kau nak kita couple sampai bila?" tanya Dokyeom. Vernon mengacau airnya dengan straw sambil berfikir.

' From: semanissuga
For: Dokyeom

Wujudkan VerKyeom scene di dorm selama seminggu sampai Seungkwan jelez hekhek. '

"Misi tu kan kata sampai seminggu." balas Vernon.

Plak

Plak

Dan entah dari mana muncul, Amin dengan penuh confident melibas kepala anak buahnya dengan segulung surat khabar.

"MASYALLAH ANEP DENGAN DANIAL KORANG NI BERTAUBATLAH WOI, DAH HENSEM MACAM NI JANGANLAH JADI GHEI!" teriaknya, beberapa orang pelanggan menatap si pemilik restoran itu hairan.

"Bos ni rilek lah sikit, kitaorang cuma berlakon jelah." ujar Dokyeom.

"Ye ye je korang ni." ujar Amin tak percaya.

"Betullah bos, siapa je yang nak couple dengan kuda gila ni? Orang buta pun tak nak dengan dia tahu." ujar Vernon pula, Dokyeom membulatkan mata. Dia merampas gulungan surat khabar itu sebelum memukul kepala Vernon bertubi-tubi.

"WOI PUAKANYA MULUT, DEI CELUP MUKA AKU YANG HENSEM MACAM PUTERA RAJA NI KAU KATA MACAM KUDA GILA?! HEI, KALAU AKU KUDA KAU TU KELDAI!--NWKDJIDHSOWJW!" Amin menutup mulut Dokyeom, dia tersengih kepada para pelanggannya.

"Hehe mianhae, dia ni memang biul. Sebab tu main jerit-jerit dalam cafe." ucapnya tak sedar diri. Setelah itu dia melepaskan tangannya dari mulut Dokyeom.

"So korang berlakon couple sebab misi?" Dokyeom dan Vernon mengangguk.

"Tak takut ke kau kena fitnah macam Seungcheol dengan Joshua?" tanya Amin lagi membuat keduanya terdiam.

"Weh sumpah aku tak terpikir macam tu sekali." ucap Vernon.

"Samalah, tapi kalau kita kena macam mana?! Aku tak sanggup tengok Jeonghan hyung berdrama lagi!" Dokyeom mengusutkan rambutnya panik sedangkan Amin menatap mereka datar.

"Dasar otak cicak kobeng, benda penting macam tu pun kau takleh nak pikir ke? Ha kalau dispatch dapat tangkap korang couple acane?"

"Weh bos, takyah doa beburuk! Kalau dengan adik dia aku okay lah, ini dengan dia eiee selisih!" ucap Dokyeom. Vernon menatap Dokyeom jijik, tetiba pula nak masukkan adik dia dalam masalah ni.

"Eiee bodo, aku tanak gila tengok adik aku dapat laki macam kau."

"Korang bertiga nak berbual sampai pelanggan kau mati kebulur ke?" tanya sesorang iaitu Minghao. Ada juga Dino disampingnya yang terlihat leka bermain telefon.

"Eh korang bila masa ada kat sini?" tanya Vernon.

"Masa korang tengah berbual pasal misi tu. Dahlah cepat aku nak order asam pedas, Hoshi hyung kata benda tu sedap." jawab Minghao.

"Huehue tengok ar siapa yabg masak." Amin mengangkat angkatkan kening, riak mula menguasai dirinya.

"Bruh, tak baik riak masuk neraka nanti tahu." ucap Minghao, Amin lantas memegang dada.

"Bapak ah, sentap tetan."

"Kau budak nak order apa?" tanya Dokyeom kepada Dino pula.

"Jentik-jentik masak air."

"Uhuk! Pale otak kau makan menatang tu, kau nak berak keluar nyamuk aedes ke?!" tanya Vernon, sakit tekaknya lepas dia tersedak air. Manakala Dino memuncungkan bibir.

MissionWhere stories live. Discover now