"Dialah Qaseh Mikayla, kembar arwah Qaira," jelas Puan Marina walaupun dirinya kuat mengatakan Adam telah tahu identiti Qaseh. Sangkaan Puan Marina tepat apabila Adam mengangguk kecil.

"Mak Cik, Adam dah tak boleh tunggu lagi." Demi Qaira, Mak Cik Marina perlu pujuk Qaseh untuk berkahwin dengan Adam pada tarikh yang sama Adam dan Qaira patut berkahwin. Adam juga telah memberitahu perihal wasiat ini kepada kedua-dua orang tuanya.

"Kenapa Adam tetap nak berkahwin dengan Qaseh walaupun Adam tahu Adam tak boleh cintakan Qaseh sama seperti Adam cinta dan sayang arwah Qaira?" tembak Puan Marina. Hatinya merintih duka. Demi ketenangan Qaira, dia perlu korbankan kebahagiaan dan perasaan Qaseh. Tapi, apa yang mampu dia lakukan? Wasiat tetap wasiat, perlu ditunaikan cepat atau lambat. Sekarang, dia hanya mampu berdoa agar ada sinar kebahagiaan buat Qaseh bersama Adam. Jauh di sudut hati Puan Marina, dia berdoa agar cinta Adam akan berputik kembali. Kali ini, buat Qaseh pula.

"Demi Qaira! Adam akan jelaskan perasaan Adam pada Qaseh nanti. Mak Cik boleh percayakan Adam," bicara Adam dengan penuh yakin. Sejujurnya, setelah Qaira pergi, Adam telah menutup hatinya daripada menerima mana-mana perempuan selain daripada Qaira di dalam hidupnya.

Di dalam bilik, Qaseh mengintai Puan Marina dan Adam melalui jendela kaca di dalam biliknya, perbualan mereka kelihatan serius. Qaseh tidak tahu apa yang dibualkan, hanya gerak bibir yang Qaseh dapat lihat. Siapa lelaki itu? Macam mana Puan Marina boleh kenal? Pelbagai persoalan berlegar-legar di benak Qaseh.

"Qaseh intai apa tu?!" sergah Zahrah daripada belakang. Matanya turut dihalakan ke bawah, memerhatikan perkara yang sama seperti Qaseh.

"Kalau Qaseh nak tahu, Mak Embun cakap itulah tunang arwah Qaira. Nama dia Adam Hazim . Dia merupakan CEO Mentari Holding, menggantikan papanya, Tan Sri Hamid yang kini bersara daripada dunia perniagaan." Sebaik sahaja terlihat Adam, Zahrah terus bertanya kepada Mak Embun yang berada di dapur.

Tanpa isyarat, mata Qaseh terus bergenang dan mutiara jernih dari mata Qaseh menitis ke bawah. Zahrah yang melihat air mata itu dilanda kehairanan. Kenapa dengan tiba-tiba Qaseh menangis? Apa yang Qaseh rasakan?

"Mesti Adam sangat sedih kehilangan Kak Qaira. Lebih-lebih lagi, Kak Qaira meninggal di hadapan matanya sendiri hanya kerana ingin selamatkan nyawa orang yang dicintai." Qaseh dapat rasakan bukan mudah untuk merelakan orang yang telah pergi selamanya daripada hidup kita, terutamanya orang yang kita sayang. Dia pasti merasakan sangat kehilangan. Mata Qaseh tidak beralih daripada tadi. Air mata di tubir mata dibiarkan kering dengan sendiri.

"Itulah takdir,..." Hanya itu yang mampu Zahrah katakan. Dia meninggalkan Qaseh sendirian di situ. Baru beberapa langkah, Zahrah berpaling dan memandang Qaseh yang berdiri membelakanginya. Lantas, satu keluhan lemah dilepaskan.

 Lantas, satu keluhan lemah dilepaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(outfit Qaseh)

(outfit Qaseh)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Terbit) Where stories live. Discover now