(outfit Qaseh)

(outfit Zahrah)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(outfit Zahrah)

********************************************************************************************************

Di halaman bawah di tepi kolam, Zahrah mengambil angin pagi sendirian. Dia ada mengajak Qaseh untuk menemaninya, tetapi Qaseh menolak disebabkan perlu mengemas pakaian. Sedang Zahrah ralit berfikir apa yang perlu dia lakukan untuk menghilangkan kebosanan, telinga Zahrah menangkap bunyi enjin kereta. Zahrah berpaling dan mengamati kereta yang mula memasuki perkarangan rumah banglo itu. Dengan sekelip mata sahaja, Zahrah telah mengetahui siapa gerangan pemandu BMW itu. Siapa lagi kalau bukan Syafiq Haikal!

Dia mai dah! Gerutu Zahrah di dalam hati. Dia berpaling apabila mata hazel Syafiq memanah matanya. Tidak sanggup menatap mata itu!

"Assalamualaikum, apa khabar orang London?" Syafiq menyapa. Tanpa dijemput, dia mengambil tempat di hadapan Zahrah. Tali leher yang dipakai dilonggarkan dan diletakkan ke atas meja. Lengan kemeja berwarna biru yang melekat pada tubuh sasanya Syafiq lipat hingga ke siku. Dia kepanasan! Sebaik sahaja seminarnya di Melaka tamat, Syafiq terus memandu pulang kerana tidak sabar untuk bertemu dengan Qaseh. Tetapi memandangkan dia ternampak Zahrah, Syafiq rasa tidak ada salahnya jikalau dia menegur Zahrah terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam! Alhamdulillah, sihat," balas Zahrah. Dia mengerling Syafiq dengan ekor mata. Zahrah perasan lelaki yang seusia dengannya itu tidak banyak berubah. Masih menjengkelkannya sama seperi dahulu. Tetapi, satu fakta yang tak dapat ditolak oleh Zahrah, Syafiq masih kacak! Lebih kacak daripada Syafiq Kyle!

Apa yang aku fikir ni? Zahrah memarahi diri sendiri. Kepalanya digelengkan beberapa kali tanpa memikirkan pandangan Syafiq yang melekat di wajahnya.

Senyuman nipis terukir di wajah Syafiq melihat keletah Zahrah. Matanya meneliti wajah Zahrah yang disimbah dengan cahaya matahari. Cantik! Zahrah memiliki kulit yang putih kemerahan sama seperti Qaseh. Mata yang sedikit sepet, muka yang tidak terlalu bujur dan bibir yang terhias indah. Rambut hitam Zahrah yang separas leher dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang hiasan.

"Urm...aku masuk dulu." Zahrah ingin melarikan diri. Dia tidak selesa berduaan dengan Syafiq di situ walaupun di tempat terbuka. Dia tahu Syafiq meneliti wajahnya dan disebabkan itulah Zahrah fikir dia patut pergi meninggalkan Syafiq di situ secepat yang mungkin.

"Kejap!!" Syafiq menghalang Zahrah dengan laju.

"Qaseh mana?" tanya Syafiq apabila Zahrah berhenti di hadapannya.

"Dalam bilik. dia kata nak kemas baju tadi," jawab Zahrah perlahan sebelum kembali berjalan ke arah pintu. Tanpa disengaja, Zahrah dan Syafiq berjalan beriringan namun berpisah apabila mereka menuju tempat yang berbeza. Syafiq mendaki tangga untuk ke tingkat atas manakala Zahrah ke dapur.

"Adik!!!"

Syafiq menerjah masuk ke dalam bilik Qaseh tanpa memberi salam. Qaseh yang terkejut dengan tindakan abang sulungnya itu mengurut dada. Walaupun begitu, Qaseh tetap bangun mendekati Syafiq dan menyambut huluran tangan Syafiq untuk bersalam. Syafiq mengusap perlahan kepala Qaseh.

"Abang ni, nasib baiklah Qaseh tak ada sakit jantung. Kalau tak, tak pasal-pasal kena masuk hospital," gerutu Qaseh. Dia dan Syafiq duduk di birai katil untuk berbual lebih panjang.

"Yelah, abang salah. Qaseh sihat?" Syafiq ambil berat.

"Qaseh sihat! Abang?"

"Sihat, alhamdulillah," jawab Syafiq laju. Matanya dilarikan ke seluruh bilik Qaseh. Akhirnya, bilik yang lama ditinggalkan kembali berpenghuni. Semasa Qaseh di London, Syafiq akan melawat Puan Marina pada hujung minggu. Syafiq tidak tinggal di rumah itu memandangkan dia sudah pun membeli kondominium sendiri di Bangsar, lebih dekat dengan klinik miliknya.

"Amboi, banyak Qaseh bawa balik baju! Dah tak nak balik London ker?" Persoalan itu tercetus dengan sendirinya tatkala melihat beberapa buah bagasi milik Qaseh di belakang pintu.

"Betul! Qaseh dah tak nak balik ke London. Dah lama Qaseh tinggal kat sana dan Qaseh rasa inilah waktu yang sesuai untuk Qaseh terus tinggal di Malaysia. Qaseh nak jaga mama. Qaseh tahu mama kesunyian selepas Kak Qaira meninggal," lontar Qaseh. Qaseh fikir sudah tiba waktunya untuk dia menjaga Puan Marina.

"Abang faham, habis tu macam mana kerja? Qaseh berhenti?" Syafiq cuba meneka.

"Betul!"

"Ooo, baguslah kalau macam tu. Qaseh boleh tolong tengokkan mama. Oh ya! Memandangkan Qaseh dah jadi penganggur terhormat sekarang, apa kata Qaseh kerja dengan abang. Tolong abang dekat klinik, abang tak menang tanganlah. Sejak kebelakangan ni, ramai sangat pesakit." Syafiq membuat tawaran. Perkataan penganggur terhormat ditekan sedikit dan menyebabkan Qaseh mengerutkan kening. Syafiq percaya akan kebolehan Qaseh sebagai seorang doktor walaupun Qaseh baru sahaja berumur 25 tahun. Masih dalam kategori doktor muda.

"Urmmm tawaran yang menarik. Abang nak bayar adik berapa?" Qaseh mengangkat kening. Masih tawar-menawar dengan abang sendiri.

"Abang tak mampulah nak bayar semahal yang hospital bayar. Tapi, lumayanlah untuk Qaseh." Syafiq cuba menyakinkan Qaseh. Syafiq memerlukan khidmat Qaseh di Klinik Haikal yang ditubuhkan dengan hasil usahanya sendiri sekitar dua tahun yang lalu.

"Abang, Qaseh tak kisahlah pasal gaji." Qaseh tersenyum apabila gurauannya diambil serius oleh Syafiq. Qaseh mendekati Syafiq dan melentokkan kepalanya ke atas bahu Syafiq. Syafiq yang kehairanan tetap mengusap penuh kasih sayang kepala Qaseh.

"Terima kasih sebab abang masih ada di sisi Qaseh untuk Qaseh berkongsi apa yang Qaseh rasakan. Abang janji yang abang tak akan tinggalkan Qaseh sama macam Kak Qaira?" Qaseh mendongak dan memandang Syafiq dengan mata yang berkaca. Hatinya hancur apabila mengetahui Qaira telah pergi buat selamanya.

"Abang janji yang abang tak akan sesekali tinggalkan Qaseh. Qaseh jangan risau,.. abang ada dengan Qaseh dan tak akan ke mana-mana. Hanya datang kepada abang kalau Qaseh perlukan abang," ujar Syafiq. Matanya merenung gambar Qaseh bersama Qaira yang terletak di atas meja kecil di tepi katil Qaseh. Syafiq tahu apa yang dirasakan oleh Qaseh. Bukan mudah untuk kuat setelah kehilangan adik-beradik yang kita sayang. Lebih-lebih lagi, kembar sendiri. Dalam diam, hati Syafiq juga menangis. Dia hanya berpura-pura kuat kerana menyedari Qaseh dan Puan Marina memerlukannya. Ya! Dia perlu kuat.

(bilik tidur Qaseh)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(bilik tidur Qaseh)

APA PANDANGAN KORANG TENTANG SYAFIQ DAN ZAHRAH?HMMM,,,

TAKDIRKU MENCINTAIMU (Akan Terbit) Where stories live. Discover now