Eden kemudiannya mencari pula di dalam Gaming Center iaitu tempat para pelajar biasa lepak. Juga tiada?

Cafe menjadi tempat singgahan yang seterusnya. Kelibat Kevin dicari berulang kali namun tetap tidak dijumpai olehnya. Eden mengeluh lalu melihat borang di tangannya.
Wahai kertas, manalah aku nak cari tuan kau ni.. Penat dah aku merayau satu sekolah ni.. batang hidung dia pun aku tak nampak.

Eden menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu tetap meneruskan proses pencariannya.

Langkah Eden terhenti apabila dia menjejakkan kaki di tingkat 7 Gamer Academy.  Dia tidak pernah pergi ke sini sebelum ini. Wah tempat apa ni. Mata Eden melihat sekeliling tempat yang tidak berpenghuni itu.

Tempat ni lawa, tapi kenapa tiada seorang pelajar pun ada di sini?Eden perlahan-lahan masuk ke tempat itu tanpa rasa bersalah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tempat ni lawa, tapi kenapa tiada seorang pelajar pun ada di sini?
Eden perlahan-lahan masuk ke tempat itu tanpa rasa bersalah.

Matanya hanya memerhatikan sekeliling kawasan itu sambil mencari Kevin. Mana tahu kalau dia ada kat sini kan. Tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki sedang tidur di atas sofa.

Eden mendekati lelaki itu

Haa jumpa pun mamat ni! Penat aku pusing satu dewan semata-mata nak bagi kau borang ni!

Eden memandangnya. Kesian pula tengok mamat ni . Macam penat je. Nak kejut ke tak eh? Eden menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Akhirnya dia mengambil keputusan meletakkan borang itu di atas meja yang berada di hadapan sofa. Malas pula dia menggangu lelaki itu.

Baru je hendak berlalu pergi, tangannya dipegang. Eden terhenti lalu memandang belakang. Kelihatan Kevin sedang merenungnya sambil memegang tanganya. Eden terkedu.

Kevin membetulkan kedudukannya dari baring ke duduk lalu menarik Eden duduk di tepinya. Eden pula tak sempat nak melawan terus terduduk di atas sofa yang bersebelahan dengannya. Berkelip-kelip mata Eden memandang Kevin.

Kevin membela-bela rambutnya. Wajahnya diraup seketika. Muka bangun tidurnya jelas kelihatan.
Eden hanya memandangnya .

"Macam mana kau masuk kat tempat ni?" Soal Kevin lalu merenung Mata Eden.

Eden dengan takut-takut menjawab "err aku naik lift, then tekan tingkat 7, sampailah"

Kevin memandang Eden dengan poker face lalu mencapai botol air mineral di atas meja dan menuangkannya ke dalam cawan kaca. Kemudian meneguknya.

"Tak baca buku peraturan Academy ke?" Soal Kevin serious dan seteguk lagi air diminumnya.

Eden terdiam. Entah kenapa dia rasa bahawa yang si BUKU ini kelihatan sedang kusut. Seperti orang tidak cukup tidur. Ibarat ada sesuaty yang menggangu diri lelaki itu.

Kevin memandang Eden dengan mata kuyunya. "Aku tanya ni"

Eden tersedar lalu menjawab "tak.."

Kevin mengeluh lalu dia meraup rambutnya. Maygashh hot gila bila dia buat macam tu. Eden hampir cair melihatnya tadi.

GAMER ✓  - PREVIEW -Where stories live. Discover now