tiga

2.1K 312 75
                                    

"Kau kenal tak nombor ni , Kei ?" aku menyoal rakan karibku merangkap deskmate aku sendiri.

"Nombor apa ?"

Aku terus halakan smartphone aku kepadanya supaya dia dapat baca nombor yang aku katakan di skrin itu dengan jelas.

Dahi Kei berkerut membaca nombor itu. Dia memandang aku semula dengan pandangan yang pelik.

"Takde tunjuk ke nombor dia dari group mana mana ke ?"

Aku geleng perlahan.

"Sebab tulah aku tanya kau mana tau kau ada save nombor dia ke apa"

Sekali lagi Kei geleng laju. "Aku takdelah haf nombor orang tapi aku hafal lah jugak diorang punya dp sekurang-kurangnya. And ni first time aku tengok dp tu so aku rasa aku tak kenal lah"

Aku mengeluh berat. Payah lah macam ni. Tu nasib baik malam semalam aku seen je tau dia tu. Memang aku ignore dia terus lah.

Kau bayangkan jela dia tu dah la aku tak kenal lepastu tetiba bagi gamba dia yang macam tu. Aku bukan nak kata dia sexy ke apa tapi TU MEMANG HAKIKATNYA !

Mahunya nanti dia bagi aku gambar tak senonoh pulak macam mana ? Aigoo Kwon Sia please lah come to your sense.

Aku geleng kepala perlahan dan pejam mata aku rapat. Aku tarik nafas dalam dalam dan menghembusnya perlahan sebelum membuka mata aku semula.

Buka sahaja mata , pandangan aku tertancap pada seorang pelajar lelaki berkaca mata bulat tebal yang duduk di bahagian hadapan sekali. Budak kelas aku sendiri.

Tapi tulah , aku lupa nama dia apa.

Aku ni bukannya jenis friendly sangat dengan semua orang tu yang classmate sendiri pun aku tak kenal. Omputeh kata anti-social.

"By the way Sia , kenapa dengan nombor tu ?" soalan Kei buatkan aku terus tolehkan kepala memandang ke arahnya.

"Takde apa apa pun cuma dia kacau aku semalam"

"Kacau kau ? Dia buat apa dekat kau ?"

"Takde ape pun lah" aku geleng perlahan dan senyum nipis.

Aku tak nak lah Kei risau sangat sebab dia ni kalau risau memang risau betul. Mahunya nanti dia mintak aku nombor budak tu and serang budak tu nanti macam mana ?

Naya je aku nanti ha sudah.

Tapi entah kenapa aku rasa tak sedap hati je bila budak tu chat aku semalam. Yelah , dia tahu nama aku kot maknanya dia kenal aku lah kan ?

Yang creepy nya aku tak kenal dia tau masalahnya. Pastu dia tak nak bagitahu pulak dia tu siapa.

Chat aku dan lelaki itu aku bukak semula dan gambar profile lelaki itu aku tekan untuk melihat gambar lelaki itu.

Chat aku dan lelaki itu aku bukak semula dan gambar profile lelaki itu aku tekan untuk melihat gambar lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ada ke lelaki yang gaya macam ni aku kenal ?

Aku geleng kepala perlahan dan mula menghembus nafas perlahan. Daripada aku fikir pasal benda tak berfaedah ni baik aku fokus dekat cikgu yang tengah ajar Sejarah ni.

Ting !

Terkejut aku dengar bunyi notification masuk daripada smartphone aku sendiri. Nasib cikgu tak dengar kalau tak memang aku kena denda sebab main phone dalam kelas.

Smartphone aku bukak semula dan lihat notification yang aku terima sebentar tadi. Mata aku mula membulat membaca mesej itu.

unknown : fokus lah

unknown : main fon je kerja

[ 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲𝑼𝑲𝑨𝑵 ] 𝑭𝒍𝒊𝒓𝒕𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now