"People believe the ladies were his mistresses," bisik Dheo perlahan bila melihat arah mataku. Seperti aku, Dheo juga sedang menilai lukisan-lukisan di situ.

"Oh, ya?" Aku baru tahu. Mistress nama lainnya adalah perempuan simpanan. Kalau perempuan simpanan maksudnya seperti melakukan sesuatu yang dilarang. Ataupun hubungan cinta yang disorokkan angkara terhalang.

"Mistress? Pada masa yang sama ke?" Aku soal dia macam dia tahu semuanya.

Dheo hanya jongket bahu. Tak tahu. Atau mungkin tak pasti.

"Kenapalah lelaki susah nak setia?" Aku mengeluh.

Kemudian jeling orang sebelah. Mungkin dia ada jawapannya.

"Commitment sucks. Enjoy your life while it lasts. Terutama sekali bila masih muda." Mudah jawapannya.

Mengapa aku tak terkejut dengan jawapannya itu?

"Komitmen itu datang bersama tanggungjawab. And people who run away from responsibilities are coward," komenku.

Mata Dheo sekali lagi terbias sesuatu lepas aku cakap macam tu.

"Tak juga. Kadang-kadang tanggungjawab itu terlalu berat. Lari itu tak semestinya kerana takut. Tapi mungkin kerana sedang belajar untuk menerimanya." Dia berfalsafah denganku.

Amboi, perkataan carut tadi dia tak tahu tapi bila berfalsafah taknak kalah!

"I know that we cannot escape the responsibility of tomorrow by evading it today. Especially when the reponsiblity is shoved to your face and accepting it is the only choice you have. But, with great power, comes great responsibility. You must be ready enough to carry it because thousands' lifes are at stakes," hujahnya lagi.

Terkelu lidah bila dia petah berdebat. Aku pun tak pasti sama ada kami sedang berbicara tentang komitmen yang sama atau bukan. Pada masa yang sama, aku faham akan maksud Dheo itu. Lelaki itu memang ada betulnya. Mungkin komitmen dia terlalu berat.

"Okay.. you win, Mr. Billionnaire!" Aku angkat bendera putih. Tak guna panjangkan lagi isu ini kalau apa yang dikatakannya itu memang betul.

Dheo diam. Ketika itu, kami pun dah selesai melihat kesemua karya da Vinci itu. Kami keluar dari bilik itu dan masuk ke bilik sebelah.

"Saya setia." Tiba-tiba orang sebelah berbunyi.

Automatik sebelah kening terangkat ketika memandangnya. Sangat tiba-tiba.

"Awak tanya soalan tu tadi. Kenapa lelaki susah nak setia? Well.. saya seorang yang setia."

Oh, baru aku faham!

Tapi, dia setia? Nak gelak, takut kena lempang. Sebab rasa macam tak percaya. Dia yang aku pernah tengok ber-vertical CPR, pernah tengok dia miang macam tertelan ulat bulu dengan perempuan, dikatakan seorang yang setia?

"Loyalty is not something to claim but to prove," balasku akhirnya. Mungkin aku juga tak boleh menghukum. Aku tak kenal dia yang sebenarnya. Siapa tahu hakikatnya dia lebih setia daripada semua lelaki yang claim diri mereka setia, kan? Lagipun, manusia boleh berubah.

"Saya tahu awak tak percaya, bella. But wait till I found the one. My loyalty is as rare as astantine. Only my queen deserves it," balasnya lagi bersama senyum nakal. Kemudian dikenyitkan sebelah matanya ke arahku.

Entah kenapa, hati perempuanku rasa cair. Bukan sebab kena kenyit mata, tapi gara-gara ungkapannya itu yang bagaikan satu janji. Logik akal yang waras pasti rasa dia berbohong. Tapi entah kenapa hati dapat mengesan keikhlasannya. Malah, siap percaya lagi. Dan apa yang terlintas dalam diriku adalah, untungnya bakal surinya itu!

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now