Ya ke? Dah tu nak buat macam mana? Takkan nak ugut putus pula semata-mata nak berkepit dengan dia? Tak matang langsung! Shahril punya tanggungjawab besar yang lain. Dan aku harus biarkan dia membuat keputusan untuk hidupnya sendiri.

Tapi, tak pula aku cakap macam tu. Aku hanya senyum kepadanya.

"Awak pulak, macam mana? Jadi ke pergi London?" soal Shahril. Topik kini bertukar. Pasal aku pula.

Hari Jumaat nanti aku akan ke London untuk kelas seni. Nasib baik pihak universiti dah sediakan pengangkutan untuk ke sana. Tapi, satu jelah masalahnya. Kena bangun awal-awal pagi untuk menaiki bas. Entah-entah sebelum subuh dah kena bertolak.

"Jadi. Seharianlah di London nanti," jawabku. Teruja nak pergi, tapi malas nak menghadap perjalanan yang panjang. Dan aku tahu memang aku membuta sepanjang perjalanan nanti. Haraplah tak berdengkur.

"Dah dapat partner?" soal Shahril lagi.

"Dah. Ingat tak lelaki Itali yang selamatkan saya dulu? Dialah partner saya," jawabku. Kisah macam mana Dheo boleh jadi partner aku tu, tak pula aku ceritakan kepada Shahril. Takpelah, bukannya penting pun.

"Oh.. what's his name again?" Shahril berminat untuk tahu.

Aku pernah bagitahu nama Dheo ke? Rasanya tak pernah. Takpelah.. aku bagitahu kali ni.

"Dheo. Dheo Han."

Aku melihat tangan Shahril yang sedang menggoncang-goncang sisa lattenya itu terkaku. Kepalanya ditolehkan ke arahku.

"Dheo Han?"

Aku angguk mengiakan. Tapi panahan mata Shahril ketika itu, tak dapat aku rungkaikan maksudnya. Nama Dheo itu bagaikan memetik sesuatu dalam diri Shahril.

"Awak kenal?" Aku mahu tahu.

"Siapa tak kenal dia? He's famous. Dia senior saya. Sepatutnya dah lama grad. Tapi tiap tahun kena re-sit paper," cerita Shahril.

Aku agak terkejut mendengarnya. Maksudnya, mungkin usia Dheo adalah sebaya Shahril atau lebih tua. Kalau senior Shahril, maksudnya Dheo juga adalah pelajar jurusan Finance Accounting And Management.

"Tak guna handsome tapi malas nak belajar. Bayangkan dia dah dua kali repeat setiap tahun. Ini kalau lagi sekali repeat, memang dah kena tendang keluar. Padah banyak sangat main, itu yang jadi bengap." Sesedap anak tekak dia je mengutuk.

"Awak.. tak baik cakap macam tu!" tegurku. Tak suka dia kutuk Dheo.

Pada masa yang sama, aku rasa tak percaya. Dheo dah banyak kali gagal? Tapi, kenapa? Tengokkan gayanya, aku dapat rasakan dia seorang yang bijak. Malah, untuk masuk ke universiti pun memerlukan kelulusan tertentu. Takkanlah dia gunakan pengaruh keluarganya untuk masuk? Tak mungkinlah!

Adakah sebab macam yang Shahril cakap itu? Sebab banyak main? Terlalu ikutkan sangat keseronokan dunia?

Shahril mencebik.

"I'm talking about facts. Tengok yang short course. Ini dah kali kedua dia repeat, awak tahu?" cerita Shahril lagi.

Oh, ya ke? Aku tak tahu. Patutlah Mrs. Hartson dulu pun dah macam familiar sangat dengannya.

Dan si Shahril ni pula, banyak betul dia tahu pasal Dheo. Nampaknya Dheo memang seorang yang terkenal.

"Takpelah.. janji dia tak kacau hidup kita!" jawabku mudah.

Betul apa? Dia belajar pun takde susahkan kerajaan Malaysia. Malah, kalau dia kena repeat paper pun aku rasa takde bagi kesan pun pada harga minyak dunia. Jadi, hidup dia, suka hati dia. Kalau dia nak habiskan duit pun, duit keluarga dia. Entah-entah tak pernah luak pun.

"Kacaulah. Sebab nanti dia jadi partner awak. Saya tak suka awak partner dengan dia!" rengek Shahril dengan muka masam.

"Laa.. sebab jealous rupanya," usikku.

"Mestilah. Semua orang nak dia kut!" Macam budak-budak dia berkata.

Buatkan aku ketawa perlahan. Kelakar.

"Awak jangan risau. Dia dah ada girlfriend. Dia cakap awak tak perlu cemburu," kataku lagi. Meyakinkan Shahril. Lagipun, aku tak menipu. Hanya sampaikan pesan.

Shahril kelihatan sedikit terkejut.

"Dia tahu pasal saya?"

"Of course. Dia tahu saya dah ada boyfriend. Dan dia pun dah ada girlfriend."

Shahril mendengus perlahan selepas mendengar kata-kataku itu.

"Girlfriend my foot!" gumam Shahril perlahan. Tapi aku tetap dapat tangkap.

"Jadi awak tak perlu cemburu. Kami hanya jadi partner untuk final project je. Hanya rakan sekelas. Mustahil akan jadi apa-apa." Aku cuba yakinkan dia lagi. Buat tak dengar dengan sesi mengutuk dia tadi.

Walaupun Dheo punya aura yang mampu menarik perhatian semua, tapi tak bermaksud aku akan punya perasaan padanya. Aku hanya kagum macam seorang perempuan yang lepas tengok lelaki kacak dan hebat. Biasalah.. akukan perempuan normal. Tapi, hanya setakat itu. Tak lebih pun.

Kena sedar diri. Dheo tak pandang aku sebelah mata pun. Aku ni memang jauh langit dari bumi kalau nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan yang bersama Dheo. Aku tak punya rambut blonde dan mata biru. Memang kontra seratus lapan puluh darjah. Lagipun, hidup kami berdua sangat berbeza. Shahril pun dah cukup bagus untuk aku.

"Cakap saya je. Awak tu nanti nak pergi jauh. Entah-entah dah tak ingat saya," Aku jeling dia. Kenakan dia balik.

Shahril ketawa pendek.

"Don't worry. Saya setia. Jasad saya mungkin jauh, tapi hati saya tetap di sini." Dia cuba meyakinkan aku.

Aku mencebik. Yalah tu!


Selamat membaca dan maaf atas segala kekurangan.

1/3/2020

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now