Aku mencebik. Tapi bibir tetap senyum. Yay.. dapat bunga! Perempuan mana tak suka bunga? Aku memang suka bunga. Kecuali bunga ros! Dua sebab kenapa aku tak suka bunga rose. Pertama, sebab nama aku Rose. Dia macam.. pelik. Rose suka ros? Sebab kedua adalah bunga ros selalu disimbolikkan dengan perempuan. Feminin. Lemah-lembut. So cliché! Entahlah, aku tak suka!

"Terima kasih untuk bunga dan kopi ni." Aku tetap hargai usahanya itu.

Kami sama-sama hirup cawan kertas itu. Sementara masih hangat.

"Awak lukis apa?" Shahril jeling lukisanku yang separuh siap itu.

Aku tak menjawab. Hanya tunjuk lukisanku itu kepadanya. Lukisanku tiada apa-apa yang istimewa. Hanya pemandangan musim luruh di depanku.

"Cantik. Awak memang berbakat, Rissa," puji Shahril. Gaya macam pakar penganalisis seni.

Aku julingkan mata ke atas.

"Tak siap lagi. Tak payah nak menipu," cebikku.

Shahril lepaskan tawa perlahan.

"Saya tahu memang akan jadi cantik. Sebab awak yang lukis." Shahril saja nak kembangkan ego aku.

Aku cebik bibir lagi. Selalu cakap macam tu. Dah basi la!

Terus lipat kembali buku lukisanku itu. Tamat sesi lukisanku untuk hari ini. Masaku kini harus diberikan khas untuk Shahril pula. Lukisan itu boleh disiapkan nanti bila aku punya masa lapang.

"Awak macam mana? Dah jumpa tempat intern?" Aku bertanya Shahril. Sejak akhir-akhir ni dia selalu sibuk dengan keluar interviu sana sini. Itulah salah satu sebab kami jarang berjumpa walaupun duduk dekat. Aku selalu berdoa supaya urusannya dipermudahkan.

Wajah kacak Shahril terus bercahaya sebaik sahaja mendengar soalanku itu.

"Dah. Saya diterima di syarikat Everything Everywhere." Penuh teruja suaranya.

Alhamdulillah. Gembira aku mendengarnya.

"Everything Everywhere? Syarikat apa tu?" soalku sambil hirup cappuccino. Tak pernah dengar.

"New telecom company. Di bawah BT Group tapi masih baru lagi," cerita Shahril lagi.

BT Group? Siapa tak kenal BT Group di sini? Salah satu syarikat gergasi yang menguasai bahagian telekomunikasi di United Kingdom. Maksudnya syarikat yang dinyatakan Shahril itu berpeluang sangat besar untuk berjaya pada masa akan datang. Untung Shahril dapat menimba pengalaman di syarikat baru itu.

Alhamdulillah, rezeki dia.

"Wah, tahniah! Saya bersyukur untuk awak," ujarku ikhlas.

Shahril hanya senyum.

"Tapi, itulah. Syarikat tu di Hatfield. Saya terpaksa pindah ke sana nanti." Dia jeling aku dari hujung mata. Menanti reaksiku.

Aku terdiam. Maksudnya, kami bakal berpisah jauh. Aku tak pernah pergi ke Hatfield tapi aku tahu jarak dari sini ke Hatfield boleh tahan jauh juga. Memakan masa dua jam lebih. Tapi, apa boleh buat kalau dah Shahril memilih untuk membuat internship di situ, siapa aku untuk menghalang?

Mungkin sedih juga untuk berpisah dengannya nanti. Tapi, lama-kelamaan, mesti dah biasa. Lagipun, bukannya jauh sangat. Intership pun beberapa bulan saja. Walaupun aku tahu, kemungkinan besar kalau Shahril suka kerjanya itu dan syarikat itu pula berpuas hati untuk menarik Shahril menjadi staf tetap, Sharil takkan teragak-agak untuk terus menetap di sana.

"Kalau itu yang terbaik untuk awak, saya cuma sokong," jawabku pula.

"Terima kasih, sayang. Untung saya sebab dapat awak yang memahami saya."

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now