Guys, guys, guyssssssss...!!!😆😆😆
I can't believe that we actually hit 1k reads!!😭 Whoever who read this shitty ff, I thank you a lot for cherishing my day🤧 I love you so much. Even though only some of you who voted, I'm still very thankful. I'm very happy for that😭
Thank you so much❤✨
---------------------------------------------------------
[ Hyera POV ]
"I love you"
Jantungku bagai terhenti buat seketika tatkala perkataan yang tidak ku sangka terucap daripada orang yang tidak juga aku sangka. Mataku bergetaran akibat gelora perasaan yang membelenggu diri. Mulutku ternganga ingin mengucapkan sesuatu namun tidak juga terungkap di bibirku.
Kedua belah tanganku yang mula berpeluh sejuk itu diraihnya. Dibelainya lembut sebelum digenggam erat. Menghangatkan sedikit tanganku yang dingin itu. Anak matanya masih setia menatapku dengan tatapan yang lembut. Disampingi pula dengan senyuman yang tersirat seribu makna.
"I said I love you, Min Hyera" ulangnya lagi.
Mataku mula berkaca. Rasa sebak semakin menebal di hati. Ini membuatkan perasaanku semakin bercelaru.
"No" kataku perlahan seraya meleraikan gengaman erat Taehyung daripada kedua-dua belah tanganku. Aku merenung anak mata sayu milik Taehyung dengan mataku yang berkaca itu. Aku perasan yang riak wajahnya menunjukkan yang dia sedikit terkejut.
"What do you mean no?" soalnya hairan.
"Saya tak cintakan awak" jawabku dingin. Pandanganku dilemparkan ke arah yang bertentangan. Mengelakkan anak mata kami dari bertembung. Pada masa yang sama, empangan air mataku mula pecah. Bercucuran membasahi pipiku.
Taehyung terkedu seketika sebelum mengeluh perlahan. Aku tidak dapat mengagak reaksinya kerana aku sedang membelakangi nya. "Tak mengapa. Aku cuma...nak kau tahu, yang perasaan aku terhadap kau...tak pernah berubah. Aku tahu, mungkin hati kau dah berubah, mencintai orang yang lebih layak daripada aku. Tapi aku...entahlah. Aku masih cintakan kau, Hyera" jelasnya sebelum pipiku disentuhnya lembut. Membuatkan aku tertoleh memandangnya.
Dia tersenyum hambar. "Izinkan aku, untuk mencintai kau sampai ke akhir hayat aku. Walaupun aku tahu, cinta itu hanyalah sekadar bertepuk sebelah tangan. Tidak mungkin berbunyi" ujarnya dengan nada sayu. Hatiku remuk bak dipukul sesuatu yang teramat keras. Sehingga hatiku berasa tersiat-siat. Pedih.
"NO!" jeritku lantas menolak kuat tubuhnya. Taehyung sedikit terkebelakang dengan tolakanku yang agak lemah berbanding kudratnya. Wajahnya kelihatan tergamam namun dapat ku lihat air wajah sayu dan pilu di wajahnya.
"Awak tak boleh...hikk cintakan saya!!" Tangisan ku meletus akhirnya. Bahu bidang Taehyung ku pukul sekuat mungkin berkali-kali. Namun langsung tidak memberi kesan kepada Taehyung.
"Hyera, kenapa--"
"Tak!! Hikk awak tak boleh!! Hikk" raungku lagi. Pukulanku terhenti tatkala tubuh genitku ditarik ke dalam dakapan hangat Taehyung. Didakapnya aku erat sehingga aku tidak mampu bergerak. Aku membiarkan diriku kaku di dalam pelukannya.
"Stop it, Hyera. Please" bisiknya perlahan di telingaku dengan nada merayu. Tangisan nyaring ku kini diganti dengan sedu akibat tangisan. Tubuhku yang menggigil di dalam dakapannya itu mula terhinjut-hinjut menahan sedu.
~~***~~
[ Author POV ]
"Are you okay now, big boy?" soal Yoongi. Membuatkan lamunan Taehyung terjeda. Ditolehnya wajah pucat milik Yoongi sebelum menghadiahkan senyuman hambar kepadanya.
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfiction"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana
![[C] Move On + KTH](https://img.wattpad.com/cover/114300281-64-k256015.jpg)