"Maaf," kata Aira lalu masuk ke dalam rumah sambil menarik bagasinya.

Kasha memandang Aira untuk seketika, satu tangannya mengosok dagu sambil berfikir sesuatu.

"Ok, dalam rumah ni ada empat bilik. So, kau akan tinggal sebilik dengan aku," kata Kasha. Suka hati dia sahaja membuat keputusan.

Eh, peduli apa. Kasha Amir suami bukan Nurin Aira pun. Relaks sudah jangan kabut!

"Saya tak setuju, kan ada empat bilik? so, saya nak tinggal di bilik yang kedua," jawab Aira tidak berpuas hati.

Amboi Aira baru seminggu kau kahwin dah berani lawan suami nampak. Erk? kisah apa saya!

"No," sepatah yang dijawab oleh Kasha.

Kedua mata milik Kasha mengecil.

"Siapa suami sekarang?" soal Kasha. Keningnya dijongketkan. Senyuman sinis terukir.

Nurin Aira menjeling. Menyampah!

"Awak," jawab Aira perlahan.

Kepala Nurin Aira digosok seakan budak-budak. Senyuman mengejek diberi. Kepala ditundukkan sedikit memandang wajah sang isteri yang cemberut.

"Bagus! sebab aku suami, kau kena ikut cakap aku." Ujar Kasha lagi.

"Gila kuasa," kata Nurin Aira lagi.

Benci!

"Whatever! dah sekarang bawak bagasi aku dengan kau pergi bilik, cepat Aira jangan lembab sangat boleh tak SAYANGKU?" perkataan sayangku itu sengaja ditekankan supaya isterinya itu sedar diri.

Nurin Aira mendengus geram. Wajah Kasha dipandang kesal.

"Sabarlah! Tak reti sabar ke apa," bebel Nurin Aira geram.

Tak gentleman langsung. Semua isteri kena lakukan. Habis dia sebagai lelaki buat apa? buat anak sahajalah tahu? Huh!

"Cepatlah!" jerkah Kasha.

"Ye Kasha Amir sabar."

🍁🍁🍁

Kasha memandang Nurin Aira yang sedang bersiap untuk keluar bersama-sama dia. Maklum sahaja dahulu Kasha tinggal sendirian bukan berdua. Jadi tiada barang-barang basah atau kering untuk dimasak. Lainlah sekarang dia punya isteri.

"Dah jom," kata Nurin Aira sambil membetulkan shawl yang dipakai.

Kasha tersentak.

"J-jom," aik? Kenapa gagap ni. Takkan sebab Nurin Aira cantik?

'Ingat dendam kau tu Kasha.' Desis hati kecilnya.

Kasha mengangguk lalu masuk ke dalam perut kereta.

Apabila akal dan hati tidak seiring. Perasaan yang menjalan kian dihiraukan.

🍁🍁🍁

Dari jauh Kasha memerhati pergerakan Nurin Aira. Manakan tidak Nurin Aira yang mencari barang serta menolak troli. Dia hanya mengikut sahaja langkah isterinya dari belakang.

"Aira!" jerit suara garau yang berada di hadapannya. Tangan kanan dilambai ke arah gadis itu.

Nurin Aira memandang ke arah suara itu. Senyumam lebar diberi lalu langkah kaki dipercepat ke arah lelaki itu. Kasha hanya menurut sahaja.

"Lama tak jumpa kau Aiman, sihat?" soal Nurin Aira bersama senyuman.

Aiman gelak kecil.

"Sihat, kau pulak? makin cantik eh sekarang," seloroh Aiman.

Aira gelak lapang.

"Sihat je man, but the way aku nak kenalkan ni abang aku," bicara Nurin Aira sambil menunjuk Kasha yang berada di belakangnya.

Aiman mengerutkan dahi. Abang?

"Kasha," kata Kasha sambil senyum.

Tidak selesa dengan jawapan yang diberi oleh Nurin Aira. Kenapa abang?

"Sejak bila kau ada abang? bukan kau cuma ada kakak kembar ke?" soal Aiman bertubi-tubi.

Aira senyum kekok. Kepalanya digaru. Walaupun tidak gatal. Kantoi!

"A-abang aku ni belajar dekat oversea, dia jarang balik, sekarang baru balik sebab dah habis study kan," kelentong Nurin Aira. Bedal sahajalah!

"Haah, betul kata Aira tu. Aku baru je balik Malaysia. Apa namaa kau tadi, Aimana eh?" soal Kasha pula.

Aiman mengangguk.

"Oh, kau suka adik aku ke?" soal Kasha lagi. Serius.

Aiman gelak kecil. Muka Aira dipandang.

"Aku bukan suka dia tapi cinta dia sangat-sangat," jujur Aiman.

Kasha terdiam.

Begitu juga Nurin Aira.

Wajah Aimaan dipadang tanpa lepas.

"Jom balik!" keras suara Kasha lalu menarik Nurin Aira kasar.

Barang dapur yang dibeli. Dibiarkan sahaja.

Nurin Aira pelik.

'Jealous ke?.'

TBC..

Hai semua!
Abaikan segala typo
Dan vote jika best serta komen
Bila perlu tau!

So bab 2 ok? Sis update hari-hari
Cuma gilir-gilir lah!

Jangan lupa support cinta untuk Zara juga tau!

Ok lah selamat membaca.
ADIOS!

ISTERI YANG TIDAK DIANGGAPWhere stories live. Discover now