Bahagian 1 Puteri Tujuh

423 15 2
                                        


Darah merah mengalir keluar di tepi bibirnya. Menitik membasahi baju sutera kuning yang dipakainya. Baju yang cantik dan mewah dengan rekabentuk tradisional itu dicemari dengan darah dan kotoran tanah. Menunjukkan telah berlaku perkelahian seru antaranya dengan musuh. Musuh yang belum dikenalpasti akan identiti mahupun niat mereka.

Dia lantas menyapu darah itu dengan selendang nipis yang ada di tangannya.

Nafasnya mengah turun naik.

Bertentangan dengannya tiga lembaga dengan kayu di tangan. Pakaian seragam hitam mereka melambangkan status soldadu atau panglima perang. Berbulu nipis warna kelabu di tepian muka serta berbauk. Saling tak tumpah seekor beruk.

Sedari tadi dia bertanya sebab mereka menyerang, namun hanya dibalas dengan sengihan dan ketawa.

Dasar beruk.

Puteri Satu memerhatikan sekeliling. Dia menjangkakan berada tidak jauh dari pantai. Lautan adalah kawasannya. Dia adalah kacukan keturunan Taefah  Binn dengan Jin. Jika di dalam laut maka peluang untuk melepaskan diri adalah lebih tinggi.

Dia berkira-kira empat atau lima lonjakan yang kuat dia akan berada di tepi pantai. Namun untuk melepasi tiga soldadu terlatih adalah hampir mustahil. Pertempuran tadi membuktikan kehebatan mereka bertiga.

Dia merencanakan sesuatu.
Namun dia mesti sampai di tepi pantai dahulu.
Untung nasibnya ibarat telur di hujung tanduk.

Dia memegang erat dua hujung selendang sambil meregangkan.

Nekad.

Dia melonjak sekuat hati, begitu tinggi sehingga melepasi pepohonan sambil berputar melihat sekeliling.

Tepat. Ada lautan berdekatan.

Tiba-tiba 3 soldadu itu juga muncul dari pepohonan di bawah dan berada di antaranya dan lautan.

Perlahan dia menjejakkan kakinya di pucuk pokok berhampiran.
Namun tidak lama kerana hayunan kayu hampir menghentam kepalanya jika dia tidak mengelak pantas.

Segera dia melayang turun membiarkan ranting-ranting mengait bajunya sehingga koyak. Kakinya menendang sebatang dahan pokok dan dia melayang menuju ke arah laut. Dia meliang-liuk badan mengelak dahan dan ranting. Gerakannya amat pantas.

Di belakangnya kedengaran bunyi kejaran.
Dia terlupa hutan dan pokok-pokok ialah sekutu beruk. Sepantas kilat mereka sudah berada di belakangnya.

Sebatang tangan mencengkam kakinya manakala kayu menghentam kepalanya dengan dentuman yang dahsyat.
Dia melayang jatuh tanpa halangan. Mukanya tersembab ke tanah dengan kesakitan yang tidak terperi. Darah yang keluar dari mulutnya menandakan kecederaan yang sangat parah.

Tiga soldadu mendarat rapat di kakinya. Mereka sangat yakin puteri itu sudah tewas. Terkekeh-kekeh mereka ketawa. Sehinggalah sehelai selendang melayang dan membaluti mereka bertiga, lantas mengikat mereka ke pokok berhampiran. Rupanya sebelum jatuh ke tanah tadi Puteri  Satu sudah menduga Soldadu itu akan terleka kerana terlebih yakin dan dia sempat menyediakan perangkap.

Peluang melepaskan diri.

Puteri Satu bangun. Kesakitan menyebabkan dia hampir jatuh kerana hilang keseimbangan. Namun dia gagahi juga melayangkan badan di celah-celah pepohonan. Dia tahu ikatan yang dilakukannya itu tidak dapat bertahan lama.
Jika mereka mengejar pasti akan menjadi pengakhiran hidupnya.

Dia harus berhelah.

Puteri Satu berhenti di beberapa batang pokok sambil membaca mantera lantas terus kembali melayang.

Hairan.
Mengapa soldadu tidak mula mengejar. Ikatan tersebut tidak kukuh dan amat mudah untuk dileraikan. Namun mereka seolah-olah sedang berlengah.

Rafik 2 Sulur BidarWhere stories live. Discover now