"Are you Asian?" tanyanya.

"Yes, I am."

Senyum lelaki itu makin lebar mendengar jawapanku.

"I'm Raymond, from Singapore. You?"

Singapura? Aku ingat China.

"Nurissa. I'm Malaysian." Aku turut gembira bila bertemu dengan rakan-rakan dari negara serumpun. Bukan senang nak jumpa di negara asing ini. Dalam kelas aku pun hanya aku dan Sharifah.

"Wah, I jumpa kawan Malaysia di sini! I'm so excited. You dari program apa?" soalnya lagi. Bahasa Melayunya lancar.

Itulah ironinya. Kalau di Malaysia, semua sibuk nak berbahasa Inggeris. Dan di sini pula, bila hari-hari berabuk cakap Inggeris, rasa rindu untuk berbahasa Melayu pula. Mungkin salah satu sebab juga adalah selesa berbicara tanpa ada yang faham. Nak mengumpat pun senang. Haha.

"Business Economics And Management. You?"

"Psychology."

"Oh, Psychology juga perlukan short course? Dan kenapa you pilih seni lukis? You suka melukis?"

"Bolehlah tapi takdelah bagus sangat. I rasa I nak jadikan lukisan sebagai terapi, jadi I perlu dalami bidang ni," jelasnya.

"You? Mesti hebat melukis, kan?" Soalan itu berbalik padaku.

Hebatkah aku?

"Eh, mana ada! Biasa-biasa saja," jawabku pula. Bagi aku lukisanku hanya biasa-biasa. Bakat yang diwarisi dari arwah ibu.

Perbualan kami terbantut di situ bila kedengaran pintu studio ini dibuka. Kelihatan seorang wanita tinggi berambut ginger red yang diikat kemas melangkah masuk. Usianya macam dalam lingkungan empat puluhan. Pakaiannya agak santai. Aku rasa itulah Ms. Hartson, tenaga pengajar kami.

Semua pelajar pun nampaknya dah bertukar mod serius. Raymond sendiri pun dah pusingkan tubuhnya untuk menghadap depan. Aku pula keluarkan telefonku. Mahu memastikan sudah bertukar ke mod senyap.

"Good morning everyone." Aku dengar suara Ms. Hartson yang pekat dengan esen Britishnya itu menegur kami. Kedengaran juga suara menggumam 'good morning' dari semua pelajar.

Kemudian Ms. Hartson menerangkan tentang jadual kami. Memandangkan subjek ini lebih kepada kerja kursus, kelas hanya diadakan beberapa kali. Selebihnya adalah masa untuk siapkan kerja kursus itu. Kadang-kadang itu pula kena hadiri pelbagai pameran lukisan yang dianjurkan sebagai syarat untuk lengkapkan jam kredit. Dan penilaian pula diberikan tiap kali kerja kursus dihantar.

Setelah Ms. Hartson tamat memberi penerangan ringkas itu, dia memulakan kelasnya. Memandangan ini kelas pertama kami, dia meminta kami semua untuk memperkenalkan diri. Ice breaking. Seorang demi seorang memperkenalkan diri.

Lima belas minit kelas berlalu, tiba-tiba kedengaran pintu masuk terkuak luas. Perhatian semua orang terus tertumpu ke arah itu. Mahu tahu siapa yang tak cukup adab merempuh masuk kelas orang tanpa salam itu. Namun, apa yang menjamah pandanganku itu buatkan mataku terus meluas.

Ilusikah?

Lalu aku kelip-kelip mata beberapa kali. Mana tahu tersalah tengok.

"I'm sorry, Ms. Hartson." Suara masih sama, mengesahkannya.

"Mr. Han!" Dan suara tegas Ms. Hartson itu membuktikannya lagi dengan jelas.

Dheo Han!

"Told you. He's in this class!"

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now