"Hmm.. bodoh jugak aku tanya! Of course kau ambil seni lukis." Sharifah julingkan matanya ke atas. Dia tanya, dia jawab. Mengundang ketawaku.

Tapi, memang betul pun. Dah tentu aku pilih melukis. Buat apa aku sesak-sesak kepala nak pilih benda yang susah-susah? Ini adalah pilihan yang diberikan oleh pihak universiti untuk membaiki kedudukan markah. Maka, gunakanlah sebaiknya.

"Fine Arts- Painting. Kau?" Aku tetap jawab juga sebelum kembali melontarkan soalan.

"Aku mula-mula macam nak ambik modelling. Tapi kenalah sedar diri sebab tak cukup inci. Lainlah macam kau." Sharifah ketawa dengan lawak sendiri.

Aku mencebik. Mentang-mentang aku tinggi. Aku nak jadi model? Kirim salam awal-awallah.

Mujurlah kalau dia tak ambil modelling. Entah apa-apa pakaian yang diperagakan nanti. Sharifah ni bukannya boleh percaya sangat. Terlalu ikutkan budaya sini. Nama pun dah jadi Sherry tapi aku hentam je panggil Sharifah. Kalau mood aku tengah tak elok, aku pendekkan jadi Pah je. Peduli apa aku.

Berbanding aku, dia agak bebas dan lebih terbuka. Tengok sajalah, baru beberapa bulan di sini rambut dah macam lepas kena celup lumpur. Lepas tu dapat pakwe omputih sorang. Hebat betul.

Kadang-kadang aku tegur juga. Tapi tegur sebagai kawan, macam tu ajelah. Aku pun taknak rosakkan hubungan persahabatan kami. Bagi aku, selagi belum keterlaluan, aku anggap Sharifah masih boleh berfikir baik dan buruk. Walaupun kadang-kadang aku risau juga sebab kami masih muda. Takut pendek akal bila berfikir. Tapi buat masa sekarang, otak Sharifah masih rasional lagi.

"Lepas tu?" tanyaku sambil menggantungkan blaus-blausku ke dalam almari.

Nampak Sharifah macam sedang berfikir.

"Aku rasa aku nak ambil Theatre."

Aku hanya diam. Sharifah memang minat bidang-bidang macam tu. Okeylah tu. Lagipun masa zaman sekolah dulu pun Sharifah memang selalu masuk persembahan yang berkaitan dengan seni dan kebudayaan ni.

"Baguslah tu. Kaukan memang drama queen," gurauku.

Sharifah hambur ketawa.

Aku kemas segala jenis pakaianku melainkan sepasang seluar jeans coklat muda, baju t-shirt putih beserta dengan kardigan berwarna nude. Kemudian aku selongkar laci yang menempatkan segala jenis tudung dan selendangku. Tarik keluar satu selendang setona warna seluarku.

"Kau nak keluar ke?" soal Sharifah.

"Haah. Nak jumpa Shahril."

"Datinglah tu. Tak menyempat," cebik Sharifah.

Aku cuma sengih. Tak menafikannya. Biasalah. Berkurun tak jumpa. Shahril juga sama macam Sharifah. Dia pun tak balik Malaysia. Ambil peluang untuk kumpul duit masa cuti ini. Sambil-sambil tu mencari pengalaman bekerja.

"Jaga diri. Jangan sesat pulak! Dah takde Mr. Sexy Beast nak selamatkan kau." Sempat dia mengusik.

Laju tangan campak anak patung beruang ke arahnya. Tepat kena mukanya. Padan muka. Aku cuma gelak bila dengar dia mengaduh kesakitan. Siapa suruh sindir aku? Sejak kejadian di Sicily dulu, itulah modalnya bila aku nak keluar.

Dan selalu buatkan aku teringatkan balik Mr. Sexy Beast yang dah selamatkan aku dulu. Di manakah dia sekarang ini?

--------

Sekeliling kawasan itu aku pandang. Masih tiada apa yang berubah. Hirup cappuccino di dalam cawan putih itu pula. Hmm.. tetap sedap rasanya! Semasa berada di Malaysia, kafe inilah yang paling aku rindui.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now