Lama

67 2 0
                                    

sudah terlalu lama

aku menyepi pada ruang sesak dengan keegoan

sudah terlalu lama

membiar diri di asak dengan pelbagai rasa

sudah terlalu lama

cuba memangkin jiwa untuk melontar suara

yang tinggal cuma aksara dalam buku biru ini


di telan waktu 

di rangsangkan dengan tekanan

cuba-cuba untuk meletakkan harapan pada dunia

namun sama sahaja seperti menempah neraka

terkabur di mata tak bermakna tiada kanta yang kau boleh guna

tunaknya seakan kau lupa

masih ada alat untuk kau cekal bahagia


tapi itulah

memainkan rasa yang sering terumbang ambing

membuat kau terlupa tentang segalanya

kau diam dan kaku

menyerah sebelum berpayah

bersama dengan jiwa-jiwa yang mati tanpa rasa


kemudian lagi kau bertanya

apakah bisa kau punya bahagia?

Hei!

pandai ya mahu bahagia?

bukan pernah di bilang tadi

sudah lelah menjadi barua manusia?


Puisi Buku BiruWhere stories live. Discover now