🕵7

604 97 5
                                    

🌘

Aku dan Yunho berdiri di bahagian depan kapal memandang laut sambil berpegangan tangan.

Aku tidak henti-henti tersenyum apabila memikirkan orang di sebelah aku sudah menjadi namchin aku.

Jangan main-main dengan namchin aku tau..

Namchin aku lanun tau. Bukan calang-calang orang.😎

Yunho memandang aku pelik.

"Kenapa awak asyik senyum-senyum je?" Soal Yunho yang masih menatap wajahku.

Auwww😋 janganlah pandang aku macam tu...

Aku malulah...🙈

"Saya senyum sebab saya gembira. Saya gembira yang awak jadi namchin saya" beritahuku sambil menyandarkan kepalaku di lengannya.

Nak sandarkan dekat bahu dia  tak sampai pulak.

Dia terlalu tinggi.

Jari-jari dia pun panjang-panjang.

Kalau dia pegang tangan aku, habis semua tanganku di genggamnya.

"Saya gembira awak bahagia" kata Yunho sambil melemparkan senyuman padaku.

"Ahh...mengantuknya..."

Aku mengosok-gosok mataku.

"Mengantuk? Pergilah masuk tidur" kata Yunho sambil mengusap kepalaku.

"Tapi...sebelum saya masuk tidur...-"

Aku menjengketkan kaki lalu mencium pipi Yunho.

Aku tersenyun melihat telingannya yang kemerahan.

Aku pergi dari situ dan biarkan Yunho yang sedang menahan malu itu.

Baru sahaja aku nak melangkah masuk ke dalam bilik, ada tangan yang menarik aku.

Tubuhku berpusing 180 darjah lalu bibirku dikucup perlahan.

Aku menjadi beku dengan apa yang berlaku secara tiba-tiba.

Kali ni wajah aku pulak kemerahan.

---

"Selamat pagi" sapaku pada Yunho yang sedang memandang peta.

Dia melemparkan senyuman padaku sambil mengusap kepalaku.

"Selamat pagi." Balas Yunho lalu kembali memandang petanya.

Aku hanya memandang wajahnya yang kacak itu.

Dia memandang aku apabila aku tidak henti-henti merenungnya.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Soal Yunho.

"Sebab awak kacak sangat. Kalau awak ada dekat dunia saya mesti awak jadi model." Beritahuku.

"Model? Apa tu?"

"Emm...awak lupakan je la."

"Yunho!" Panggil San yang berada di bahagian atas tiang kapal.

Kami berdua mendonggakkan kepala memandang San yang berada di atas.

"Tengok ni" kata San sambil membaling teropong pada Yunho.

Yunho meneropong ke arah lautan di depannya.

Kelihatan ada sebuah kapal menuju ke arah mereka.

Yunho melihat logo pada bendera yang dikibarkan di atas kapal itu.

"Kumpulan lanun DarkLand" gumam Yunho.

Aku memandangnya pelik.

Kumpulanan lanun DarkLand ?

"Jieun, saya nak awak dengan orang-orang awak sembunyi dekat dalam bilik sekarang" arah Yunho.

Walaupun aku ada banyak soalan nak tanya dia, tapi aku terus turuti arahannya.

Tanpa membuang masa, aku dan orang-orang aku masuk ke dalam bilik.

ATEEZ side.

Semua ahli ATEEZ berdiri di bahagian depan kapal menanti kedatangan kumpulan lanun DarkLand itu.

Kapal milik kumpulan lanun DarkLand di berhentikan di tepi kapal milik ATEEZ.

"Woah! Pirate King! Lama kita tak jumpa" kata Baek Ah iaitu salah seorang ahli kumpulan lanun DarkLand.

"Betul tu. Dah lama kita tak jumpa" balas Yunho sambil melemparkan senyuman kecil.

"Jadi...macam mana dengan ganjaran Raja Oh dari kerajaan wonderland tu? Kau akan lakukannya?" Soal Baek Ah sambil meletakkan tangannya di belakang.

"Huh. Aku tak perlukan ganjaran tu" bohong Yunho sambil menyilangkan tangannya.

"Ouh yeke. Aku dengar...Dutchman tengah cari Puteri Jieun. Nampaknya ada orang lain dah selamatkan Puteri Jieun untuk dapatkan ganjaran dari Raja Oh." Kata Baek Ah sambil melihat sekeliling Kapal ATEEZ.

Yunho hanya berdiam diri.

Nampaknya...ramai lanun yang inginkan Jieun untuk dapatkan ganjaran.





TBC

TBC

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.
PIRATE KING : THE BEGINNINGWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu