🕵3

747 105 4
                                    

Mereka yang berpakaian serba hitam itu membawa kami semua ke kapal mereka.

"Semua naik kapal ni" arah salah seorang dari mereka.

Aku nak pergi tapi tak boleh sebab lelaki tadi masih memegang tanganku.

"Awak. Tangan awak" kataku padanya.

"Oh! Maaf" dia melepaskan tanganku perlahan.

Pagawai-pegawaiku mengiring aku naik ke dalam kapal besar itu.

Aku hanya memerhati mereka yang sibuk menguruskan kapal mereka.

🎯

Terhincut bahuku apabila ada anak panah terbang melepasi aku.

Semakin lama semakin banyak anak panah yang di panahkan di dalam kapal itu.

"Lepaskan peluru!" Jerit salah seorang dari mereka.

Selepas mendapat arahan dari lelaki berpakaian hitan itu, beberapa orang turun ke bawah dan melepaskan peluru.

BOOM!💥

BOOM!💥

BOOM!💥

Kapal yang kami naiki bergoyang sedikit semasa mereka melepaskan peluru ke arah angkatan tentera kerajaan Dutchman itu.

Kapal perlahan-lahan bergerak pergi.

---

Aku duduk di tepi kapal sambil memandang ke arah laut.

Aku mula rasa loya dengan ayunan kapal itu.

Aku sebenarnya tak pernah naik kenderaan atas air ni. Jadi kemungkinan BESAR aku akan mabuk laut.

"Tuan Puteri okey?" Soal Yeona padaku.

Aku tidak mampu untuk bersuara. Aku hanya menganggukan kepala aku.

Aku terasa ingin muntah apabila kapal bergoyang lebih kuat apabila merempuh ombak yang sangat besar.

Aku terus muntah tanpa menghiraukan sekeliling aku.

Yeona tolong mengurut belakang aku.

Aku memegang kepala aku pening.

"Tuan Puteri rasa lebih selesa sekarang?" Soal Yeona risau.

"N-Nae..." jawabku lalu kembali duduk di tempat aku.

Huhh...😥

Aku berasa sedikit selesa selepas muntah.

"Nah minum air ni. Air ni boleh hilangkan rasa mabuk"

Lelaki sama yang membuka ikatan aku, memberi sebotol air kecil kepadaku.

"Go-Gomawo" ucapku lalu minum air yang di berinya.

Dia masih di hadapan aku memerhatikan aku minum air yang diberinya.

Aku rasa tidak selesa. Kenapa dia masih ada dekat sini?

Selesai sahaja aku habiskan air itu, aku memandangnya takut-takut.

"Ikut saya" arahnya tiba-tiba.

Mataku terkelip-kelip.

Tiba-tiba je...

Aku bangun lalu ikutnya masuk ke dalam biliknya.

Aku memandang sekeliling biliknya.

Penuh dengan buku dan peta.

"Duduk" arahnya.

Aku duduk di kerusi yang ada di situ dengan teragak-agak.

Aku memandangnya yang sedang mengambil sesuatu di laci mejanya.

Dia memegang satu kotak kecil lalu duduk di kerusi depan aku.

Dia menanggalkan topinya dan di letakkan di atas meja.

Aku terpegun dengan keseluruhan wajahnya.

Kacak.

Aku hanya pandang wajahnya.

Dia membuka kotak kecil itu.

Dia mengambil daun yang ada di dalam kotak kecil itu lalu menumbuknya sehingga lunyai.

Dia tarik kerusinya dekat dengan aku.

Jantungku berdegup dengan laju apabila lututnya menyentuh lututku.

Dia juga dekatkan badannya dengan aku dan letakkan daun yang ditumbuk itu di luka yang terdapat di kepala aku.

"Argh!"

"Mianhae." Ucapnya lembut.

Uwuu...suara dia...😍

Aku pandang wajahnya dari dekat semasa dia letak daun itu.

Aku memandang matanya yang menawan itu.

Selesai sahaja dia meletakkan daun itu, dia memandang aku dengan jarak yang dekat.

Aku bagaikan tidak boleh bernafas dengan pandangan itu.

Lelaki itu mengelip-gelipkan matanya lalu menjarakkan dirinya dariku.

Dia bangun dan kembali memakai topinya.

"Awak tukarlah baju. Baju ada dalam almari tu" kata Lelaki itu sambil berjalan menuju ke arah pintu.

"Awak jakkaman!" Panggilku.

Dia menghentikan langkahnya lalu memandang aku.

Aku berjalan mendekatinya.

"Apa nama awak?" Soalku ingin tahu.

Dia seperti teragak-agak untuk memberitahu namanya.

"Yunho. Jeong Yunho" beritahunya.

Aku menganggukan kepala aku.

"Uwu. Sedap nama awak. Nama saya Oh Jieun. Panggil saya Jieun je"

"Saya tahu" ujarnya dan berlalu pergi dari bilik itu.

Dia dah tahu nama aku?😮

Tapi...

Macam mana?

TBC

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PIRATE KING : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now