🕵5

664 100 9
                                    

Aku membuka mataku apabila ada sinaran matahari menyinari wajahku.

Aku keluar dari bilik itu.

Kapal tidak bergerak.

Aku pergi ke tepi kapal.

Kapal di berhentikan di sebuah Pulau kecil.

Kenapa diaorang berhenti dekat sini?

"Jongho!" Panggilku pada salah seorang member Yunho.

Aku berlari ke arahnya.

"Kenapa kita berhenti dekat sini?" Soalku padanya.

"Kitaorang nak cari makanan untuk buat simpanan dekat kapal ni" beritahu Jongho.

Aku menganggukan kepalaku tanda faham.

Aku melihat Jongho yang sedang bawa turun sampan kecil.

"Awak nak pergi pulau tu ke?" Soalku pada Jongho lagi.

"Haah. Kenapa?"

"Nak ikut"

-

🏝

Jongho membantu aku turun dari sampan.

Disitu juga terdapat beberapa sampan lain.

Nampaknya semua ahli ATEEZ ke sini.

Aku mengikuti Jongho dari belakang masuk ke dalam hutan.

Dari jauh aku nampak member ATEEZ sedang membawa pelbagai buah seperti pisang, betik, kelapa dan banyak lagi.

Aku berlari ke arah Yunho dengan sengihan.

"Yunho. Biar saya tolong awak" kataku lalu mengambil buah betik di tangannya.

Wajahnya menunjukkan dia terkejut dengan kewujudan aku di situ.

"Apa awak buat dekat sini?" Soal Yunho.

"Tolong awaklah. Apa lagi" jawabku bersahaja.

Aku berjalan menyebelahi dengannya sehingga di sampan.

"Argh! Argh!" Aku menjerit-jerit apabila ada ketam besar berjalan melepasi aku.

Tanpa aku sedang aku memeluk Yunho dari belakang.

"Yunho! Yunho! Dekat sana pun ada!" Beritahuku sambil menyembunyikan diri di belakang Yunho.

"Argh! Argh! Yunho! Ada ketam sentuh saya!" Aku melompat-lompat sambil memegang belakang baju Yunho.

Yunho mengeluh lalu mencangkung di hadapan aku.

"Naik belakang saya" arahnya.

Tanpa berfikir panjang, aku terus naik di belakangnya.

Dia memegang kaki aku di tepi lalu bangun.

"Woo...tingginya.." kataku gayat.

Aku melilit tanganku di lehernya dengan kuat.

Kalau jatuh ni, mesti sakit.

Rasa macam naik bangunan 4 tingkat.

Aku meletakkan wajahku di bahu kanannya.

Pipi kami berdua saling bersentuhan.

Walaupun sentuhan pipi ke pipi itu membuat jantungku berdegup dengan laju, aku tetap tidak mahu mengalihkan wajah aku.

Ia membuatkan aku rasa gembira.

Yunho meletakkan aku di dalam sampan yang dia naiki.

Aku duduk di depannya manakala Yunho duduk di belakang aku.

Dia mendayungkan sampan hingga ke kapalnya.

-

Aku mendekati Yunho yang sedang melihat peta.

"Hai Yunho" sapaku dengan senyuman.

Dia memandang aku sekilas lalu kembali memandang petanya.

"Kita dah nak dekat dengan kerajaan saya ke?" Soalku padanya.

"Hm."

Aku mencebik.

"Boleh tak kalau saya tinggal dengan awak je dekat kapal ni. Saya tak kenallah Appa saya tu."

Yunho memandangku dengan dahi berkerut.

"Awak betul-betul sukakan saya ke?" Soal Yunho dengan wajah yang serious.

Aku tersenyum lebar.

"Nae! Saya suka awak sangat-sangat" jawabku.

Yunho berdiri menghadap aku lalu menyilangkan tangannya.

"Kenapa awak suka saya? Saya seorang lanun. Ramai lagi putera kacak dekat luar sana. Kenapa awak pilih saya?"

"Saya suka awak sebab...awak dah selamatkan saya"

"Sebab tu je? Habis tu, kalau Dutchman yang selamatkan awak, awak suka dia. Macam tu"

"Eh- bukan macam tu. Tak naklah saya dengan Dutchman tu. Emm...saya suka awak sebab awak kacak, baik, kacak, baik, kacak, baik, ka--"

Yunho menutup mulutku.

"Sampai bila nak ulang perkataan tu. Dah pergi masuk bilik sana"

"Sekejap. Saya masih ada satu lagi nak cakap dengan awak. Saya suka awak sebab...awak comel" aku mencucuk pipinya lalu berlari masuk ke dalam bilik.

Yunho tercengang.

Dia menyentuh pipinya di mana aku cucuk.

Jantungnya berdegup dengan laju.








TBC

TBC

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.
PIRATE KING : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now