🕵1

1.6K 127 9
                                    

CAST

Jeong Yunho asJeong Yunho

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Jeong Yunho as
Jeong Yunho

Jeong Yunho asJeong Yunho

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Oh Jieun as
Readers

Oh Jieun asReaders

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

ATEEZ Member

▪▪▪■■■▪▪▪

"Jieun kau nak aku hantar kau tak?" Soal Yena iaitu rakan baikku.

"Tak payahlah. Aku boleh jalan kaki. Rumah aku bukan jauh sangat" tolakku.

"Betul ni? Dah malam ni. Bahaya kalau kau jalan seorang-seorang" kata Yena risau.

"Jangan risaulah. Aku boleh jaga diri aku sendiri"

"Yela. Kalau ada apa-apa call je aku"

"Okey. Dah pergilah balik sana"

"Hm."

Aku memandang Yena yang masuk ke dalam keretanya.

"Bye!! Jumpa esok!"

"Nae!"

Apabila bayangan Yena hilang dari pandangan aku, aku mula melangkah dari situ.

-

Aku berjalan di bahu jalan sambil memandang bulan yang menyinari malam itu.

"Cantik" itu sahaja yang boleh aku katakan terhadap pandangan itu.

PINNNN!!!!

Aku mengalihkan pandangan aku di tengah-tengah jalan dimana bunyi itu berada.

Kelihatan seorang nenek tua sedang melintas jalan.

Sebuah kereta tidak henti-henti membunyikan hon yang sedang memecut laju ke arah nenek itu.

Aku memandang kereta dan nenek itu bersilir ganti.

Dahiku mula berpeluh.

Hanya aku seorang sahaja yang berada di situ.

Aku mengeluh berat lalu mencampakkan beg aku ke tepi.

Aku berlari ke arah nenek itu.

Aku menolak nenek itu ke tepi.

Hanya sekelip mata, tubuhku sudah terpelanting jatuh di atas kereta itu.

Pandangan aku menjadi gelap.

Seluruh badanku menjadi sakit.

"Cik! Cik tak apa-apa?"

"Telefon ambulands sekarang!"

"Cik! Cik!"

Suara mereka tidak dapat aku dengari dan juga pandangan menjadi gelap sepenuhnya.

---

"Tolong lepaskan saya!"

"Kau diam!"

"Tolong jangan bunuh saya."

"Lepaskan kami!"

Aku membuka mataku perlahan apabila terdengar bunyi pelbagai rungutan di sekeliling aku.

Semakin aku cuba untuk membuka mataku, semakin teruk sakit di kepala aku.

Walaupun ia amat menyakitkan, aku cuba juga untuk membuka mataku untuk melihat persekitaran di sekeliling aku.

Aku membuka mataku luas.

Kelihatan ada palang besi di sekeliling aku.

Tangan aku diikat ketat.

"Aku dekat mana ni?" Gumamku.

Selalunya jika orang tersedar dari pengsan, mereka akan berada di hospital.

Tapi aku bukan berada di Hospital!

Aku dekat mana ni?!

Kenapa ramai orang yang diikat disini?

Siapa mereka?

"Tuan Puteri! Tuan Puteri dah sedar!" Seorang yeoja yang juga turut di ikat di tangan menghampiri aku.

"Tuan Puteri tidak apa-apa?" Soalnya yang teruja melihatku sedar.

Tuan puteri?

"Aku dekat mana ni? Kau siapa?" Soalku resah.

"Tuan puteri, saya Yeona pembantu Tuan puteri. Tuan Puteri tidak ingat saya ke?" Yeoja itu kelihatan resah melihatku tidak mengenalinya.

Maafkan aku. Aku betul-betul tidak mengenalinya.

"Adakah Tuan Puteri sudah hilang ingatan selepas kepala Tuan Puteri terhantuk ketika berlawan Dutchman? Tuan Puteri rasa sakit kepala ke?"

Hilang ingatan?

Berlawan?

Dutchman?

Siapa tu?

TBC

-SHORT STORY-

IG: hxrxsixm

IG: hxrxsixm

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.
PIRATE KING : THE BEGINNINGOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz