🕵2

877 110 8
                                    

"Dutchman? Siapa dia?" Soalku.

"Nampaknya Tuan Puteri betul-betul dah hilang ingatan selepas kepala Tuan Puteri cedera. Jikalau begitu, biar saya terangkan pada Tuan Puteri.

Tuan Puteri anak kepada Raja Oh di Kerajaan Wonderland. Tuan Puteri bersama dengan beberapa pegawai istana termasuk saya pergi berlayar mengelilingi dunia untuk melihat dunia baru.

Tetapi, Dutchman dari kerajaan Aqualand telah menawan kapal kita.

Tuan Puteri berlawan dengannya lalu kepala Tuan Puteri cedera apabila Dutchman menolak Tuan Puteri.

Kini kita berada di Aqualand menjadi tawanan mereka untuk mendapatkan duit dari ayahanda Tuan Puteri. Sekarang Tuan Puteri sudah ingat?"

Wow. Sungguh menarik ceritanya.

Apa yang di ceritakan olehnya tidak dapat aku ingat.

Tapi, aku faham sepenuhnya apa yang terjadi.

Sekejap.

Macam mana aku boleh berada di sini?

Bukan ke aku dilanggar dengan kereta semasa aku cuba selamatkan nenek tu?

Aku betul-betul tak faham sekarang ni.

Kenapa.aku.ada.dekat.sini?

Pandangan kami berdua teralih ke arah lelaki yang sedang membuka kunci pintu penjara kami.

"BANGUN!"

Lelaki itu menarik kami berdua dengan kasar dan di bawa keluar dari penjara itu.

Pegawai-pegawai kerajaan aku juga turut di bawa keluar.

Eh? Senang betul aku menyesuaikan diri dengan dunia ni.

---

Kami di letakkan di depan orang ramai.

Di setiap depan kami terdapat tali yang digantung.

"BUNUH! BUNUH! BUNUH!"

Aku berasa ketakutan melihat penduduk di situ mahu kami semua dibunuh.

Sekejap!

Jadi...

Tali yang di gantung ni....

😱

AKU TAK NAK MATI DEKAT SINI!!

"Tuan Puteri maafkan kami sebab tidak dapat nak selamatkan Tuan Puteri." Ucap salah seorang pegawai aku yang ada di sebelah aku.

Janganlah cakap macam tuuu!!!😣

Selamatlah akuuu!!

Aku nak hiduppp!!!

Bagilah aku merasai bercinta duluuu!!!

"SEMUA ELAK! ADA PELURU NAK JATUH!!"

Aku berhenti merenget dalam hati aku apabila salah seorang penduduk mereka berlari ke tepi.

Kami semua memandang ke langit.

Terdapat peluru yang sangat besar terbang ke arah kami.

Eh- Eh- Eh-

Aku betul-betul akan mati ke ni?!😨

Aku menutup mataku apabila peluru itu semakin dekat dengan kami.

3

2

1

BOOM!💥

Tanah yang aku pijak bergegar sangat kuat.

Aku membuka mataku apabila merasakan diri aku masih hidup.

Terbeliak mataku apabila melihat peluru itu mendarat betul-betul di depan aku.

Dadaku naik turun naik turun kerana cuak.

"Tuan Puteri tak apa-apa?" Soal pegawai aku.

Aku menganggukan kepalaku.

"Lanun Serang kerajaan kita!"

"Sediakan semua peralatan dan askar kita!"

Aku memandang beberapa orang yang sedang berbincang di tepi kami.

Penduduk yang berada di depan kami tadi sudah tiada.

Mereka berlari ke tepi pantai untuk berlawan dengan lanun.

Lanun?

Wow.

Sungguh unik dunia ini.

Semasa aku sedang bertungkus lumus untuk membuka ikatan di tangan aku, ada beberapa orang lelaki berpakain serba hitam dan topi hitam di kepalanya datang ke arah kami.

Mereka membuka ikatan kami.

Aku cuba melihat wajahnya dari bawah.

Wow. Kacak.

"Kajja" dia memegang tanganku lalu membawa aku pergi.

"Sekejap" aku menghentikan langkahku.

Pegawai-pegawai aku yang sudah di bebes turut berhenti di belakang aku.

"Siapa awak?" Soalku ragu-ragu.

"Aku datang nak selamat kau dengan orang-orang kau" beritahunya.

Walaupun dia cakap dia ingin menyelamatkan aku, tapi aku masih ragu-ragu dengannya.

"Patut ke saya percayakan awak?" Soalku lagi.

Aku mendengar dia melepaskan keluhan.

"Kalau kau nak selamat, kau ikut aku" ujarnya.

Aku memandang pegawai-pegawai aku.

Memandangkan aku Puteri mereka, aku perlu membuat keputusan.

Hm...

"Baiklah. Saya akan percayakan awak" kataku.

Wajahnya menunjukkan dia bersyukur yang aku mempercayainya.

TBC

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PIRATE KING : THE BEGINNINGWhere stories live. Discover now