Aku pula hanya senyum dan tadah telinga. Sebab baru jejak kasih di tengah-tengah alam ini, aku rasa bebelan Sharifah itu sangat indah. Tak pernah-pernah aku rasa bersyukur sebegini sebab masih berpeluang untuk mendengar suara Sharifah membebel.

Sedang kami jejak kasih, mata Sharifah melirik ke sebelahku. Mungkin baru sedar dengan kehadiran lelaki asing itu. Dheo pula sedari tadi hanya berdiam diri. Hanya menonton sesi jejak kasih kami dengan wajah tak beremosinya.

"Siapa ni?" soal Sharifah kepadaku.

"Oh, this is Dheo. He saved me last night." Aku memperkenalkan heroku itu.

"Hye, Dheo. I'm Sherry. And this is Alicia. Thank you for helping our hopeless friend." Sharifah tegur Dheo. Hulur tangan untuk bersalam dengan Dheo. Sempat aku cucuk rusuk Sharifah sebab dah panggil aku 'hopeless'.

"Hye, too." Hanya itu Dheo balas sebelum bersalaman dengan Sharifah dan Alicia.

"You look somewhat familiar." Aku dengar Sharifah komen. Nampak dia seakan berfikir. Susuk Dheo diusyar dari hujung rambut ke hujung kaki.

Aku pula rasa nak juling mata ke atas. Tak tahu Sharifah memang maksudkannya atau itu sekadar ayat nak mengurat. Maklumlah.. Sharifah dia ni, miang dia kadang-kadang mengalahkan baru lepas bergesel dengan buluh betong. Nak-nak pula jumpa yang elok macam Dheo ni. Boyfriend sendiri pun dia boleh amnesia kejap.

Dheo tak komen apa-apa. Hanya senyum sesaat.

"Our train will be arriving soon. We must hurry up." Alicia mengingatkan kami. Jarinya dihalakan pada skrin besar yang memaparkan status-status kereta api terkini. Alicia betul. Hanya tinggal dua minit sebelum kereta api kami tiba.

Aku dan Sharifah hanya angguk. Sedar yang kami perlu berlalu menuju ke platform. Kelihatan beberapa insan lain yang turut berpusu-pusu ke landasan kereta api. Dheo masih mengikutku. Siap tolong tolakkan bagasiku lagi.

Dia nak hantar aku sampai aku berlepas ke?

Kereta api yang dioperasikan oleh Trenitalia itu dah pun tiba. Masih punya beberapa minit untuk dipenuhi oleh penumpang sebelum berlepas ke Palermo. Kaki berhenti di depan pintu masuk. Aku menyuruh Sharifah dan Alicia untuk masuk dulu. Sebab aku mahu bertemu dengan Dheo buat kali terakhir. Mereka cuma akur.

Aku pusing pandang Dheo yang masih setia menanti. Entah kenapa, hati tiba-tiba rasa berat mahu berpisah dengannya. Aku lega dapat bertemu dengan kawan-kawanku. Tapi, entah kenapa ada bagaikan sesuatu mengusik hatiku.

"Before you go, I've something for you, bella," ujar Dheo. Lalu diserahkan satu beg kertas kepadaku.

Apa lagi yang mahu diberikan Dheo? Tak cukup lagi ke budi yang ditaburkan kepadaku?

"I don't know, Dheo." Aku bagaikan enggan. Segan untuk menerimanya.

"Please. I insist!" Dheo tetap berkeras.

Dan arahan daripada Dheo mana mampu aku menolak. Lambat-lambat aku sambut hulurannya. Hati masih tertanya-tanya, apakah ia? Tak terlalu ringan. Tak terlalu berat. Tapi aku masih enggan untuk mengintai isinya.

"What is this for? I've troubled you enough. No amount of thank you I can say to you and now you're giving me this," kataku dengan rasa bersalah sambil memandang hadiah di tanganku itu.

Dheo cuma senyum senget.

Kedengaran panggilan terakhir untuk penumpang-penumpang kereta api itu sebelum kereta api itu berlepas.

"Go, Tesoro. The train is about to depart," kata Dheo lagi. Mengingatkanku. Karang tak pasal-pasal kena tinggal lagi.

"Thank you again, Dheo. Thank you for everything." Biarlah dia dah jemu nak dengar pun, aku tetap nak ucap.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now