Usai sarapan pagi, aku hanya mengikut Dheo ke keretanya. Seperti yang dijanjikan semalam, dia bakal menghantarku ke Catania Centrale. Pagi tadi aku dah hubungi Sharifah menggunakan telefon Dheo. Katanya, dia dan Alicia pun bakal bertolak ke stesen kereta api itu.

Bila kami tiba di perkarangan rumah, aku nampak Lucca sekali lagi. Dia sedang berdiri bersebelahan dengan sebuah Maserati hitam. Tundukkan kepalanya sekali ke arahku sebagai tanda hormat bila mata kami bersabung sebelum dia membukakan pintu kereta untuk aku dan Dheo.

Lucca driver kami? Haila.. driver pun hot zaman sekarang ni!

Aku pun tak tahu apa sebenarnya kerja Lucca dengan Dheo ni. Semalam macam bodyguard. Pagi tadi dah jadi personal assistant. Sekarang pula driver. Banyak betul jawatan yang disandangnya.

Dan setelah itu, kami mulakan perjalanan. Aku dan Dheo diam di tempat duduk belakang manakala Lucca pula tenang memandu. Aku hanya membuang pandang ke luar tingkap. Menikmati pemandangan bandar Catania yang dah mencipta sejarah untukku itu. Walaupun hanya sekejap masa aku di sini, tapi pengalaman ini takkan aku lupakan.

Apatah lagi lelaki di sebelahku ini. Walaupun boleh dikira dialog di antara kami, tapi aku pasti akan kenang dia. Dia seorang yang unik. Aura dia lain macam. Kewujudannya buatkan aku rasa gerun namun pada masa yang sama aku rasa selamat dengannya. Anehkan?

Kepala ditolehkan ke arah Dheo yang sedang merenung telefon pintarnya itu. Dan Dheo pula bila terasa dirinya diperhatikan, terus berhenti jarinya yang sedang menaip sesuatu pada telefonnya itu. Toleh kepala ke arahku. Sebelah keningnya diangkat.

"Si, Tesoro? Anything you want to ask me?" Dheo memecahkan keheningan. Seperti biasa, dalam suaranya terkandung sebuah arahan.

"Are we close?" Aku main campak soalan padanya. Karang aku tak tanya, kantoi aku dok usyar dia.

Kali ini Dheo pusing ke arah tingkap. Mungkin sedang melihat persekitaran kami. Aku pula buat-buat tak nampak tulisan biru Stazione Catania Centrale yang terpampang pada dinding itu. Padahal tulisannya itu orang buta pun boleh nampak agaknya. Ah, pedulilah! Kalau dia musykil, aku cakaplah aku kenal huruf jawi je.

"Si. We're here." Dheo tetap menjawab. Dia simpan telefonnya di balik kocek seluar jeansnya.

Kami keluar dari kereta. Terasa angin agak kuat bertiup. Mungkin sebab lokasinya berhampiran dengan laut, kawasan itu agak berangin. Dan sebab masih pagi, sejuknya masih terasa. Nasib baik hoodie tebal. Terus aku eratkan hoodie itu ke tubuh.

Sekeliling kawasan itu aku pandang. Tempat yang sepatutnya aku tiba semalam. Ada dua buah bas sedang berhenti di tempatnya. Ada juga beberapa buah teksi. Tapi tempat itu tak sesak. Atau mungkin sebab masih pagi.

Aku dan Dheo meluru masuk ke arah pintu masuk. Kawasan itu tak adalah sebesar mana. Tapi bersih dan selesa. Kelihatan beberapa orang duduk di ruangan menunggu. Sedang menunggu kereta api masing-masing mungkin.

Mana Sharifah dan Alicia?

"Rissa!" Dan bagaikan tahu aku sedang mencari mereka, tiba-tiba aku dengar namaku dilaungkan.

Terus aku berpaling ke arah punca suara itu. Kelihatan Sharifah dan Alicia sedang meluru ke arahku. Dan sebaik sahaja mereka tiba di depanku, terus aku dipeluk mereka. Membebel macam mak nenek Sharifah sebab risaukan aku. Marah dan risau.

"Thank God you're fine!" Aku dengar suara Alicia tarik nafas lega.

"Kau ni macam budak-budak boleh sesat!" Bla.. bla.. bla.. Sharifah pula sambung membebel.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now