Hak Aku!

647 25 41
                                    

"Mak, hak orang mana?" Soal Rokiman, sedikit keras dan derhaka.

"Tadi...." Belum sempat Puan Siti Mariam menghabiskan kata kata, Rokiman melompat keluar melalui tingkap dan hilang entah ke mana.


*****

Seluruh kampung jadi huru hara akibat Rokiman yang mengamuk meminta haknya. Tak kira siapa, bila dan di mana mana Rokiman mengamuk meminta haknya dipulangkan. Entah berapa ramai anak anak kecil telah ditempeleng oleh Rokiman. Tak kira tua, muda, yang berjalan kaki, menunggang motosikal habis diamuk oleh Rokiman.

Ketua kampung dan ahli jawatan kuasa kampung mengadakan mesyuarat tergempar dengan tulisan besar di papan putih bertulis 'DI MANA HAK ROKIMAN?' Bendahari duduk sedikit ke belakang kerana merajuk. Ketika mahu menulis di papan putih bendahari bertanya samaada mahu menulis menggunakan tulisan Times New Roman ataupun Cambria. Setelah dijeling tajam oleh ketua kampung, bendahari merajuk.

Puan Siti Mariam menangis teresak esak mengenangkan anaknya Rokiman yang sedang naik minyak seperti seekor gajah yang mengamuk kerana habitatnya terancam.

Setelah tiga hari mesyuarat berlangsung, masalah hak Rokiman menemui jalan buntu.

Rokiman menghayun parang panjang ke kiri dan kanan sambil menjerit hak aku mana? Hak aku mana?

Tiba tiba (kalau boleh dibaca dengan nada yang terkejut) Rokiman terlihat Kadir sedang rileks bawah pokok manggis.

"Woi, Kadiaq! Hak aku mana?" Jerit Rokiman, entah mengapa Rokiman menjerit dalam loghat Kedah, tidaklah diketahui orang.

Kadir mula menggigil, melihat Rokiman meluru ke arahnya dengan parang di tangan.

"Aaa... ada, nnn... nanti, aaa... aku kkkaaa... si," huru hara Kadir menjawab, leher bajunya dicekak oleh Rokiman. Pipi Kadir ditampar berkali kali oleh Rokiman. Ahli kariah masjid mula berbisik bisik sesama sendiri menyuruh menyediakan keranda, cangkul dan penggali. Mungkin hari itu adalah hari terakhir Kadir melihat dunia.

"N... ahhh, amm... bik hak kau balik, aku pinjam kejap je, Roki," Kadir pulangkan dvd cerita Hulk kepada Rokiman. Rokiman tersenyum dan berlari riang pulang ke rumah.

Cerita PendekWhere stories live. Discover now