Roni Pergi Dating

298 10 25
                                    

Amaran: Untuk bacaan matang!

Roni mengerling jam di tangan kirinya, sudah 45 minit melepasi waktu temujanji. Tapi batang hidung kekasihnya masih juga belum kelihatan. Atas dasar cinta, Roni mengendahkan sahaja perbuatan kekasihnya itu, jika orang lain yang tidak menepati masa, Roni pasti menyumpah seranah berbakul bakul seperti rakan rakannya yang berada di satu tempat di England.

Sikit lagi, sikit je lagi nak dapat dua piala. Babi! Roni mencarut dalam hati. Sedaya upaya Roni cuba menahan amarah, namun sedikit sebanyak perangai tidak menepati janji kekasihnya itu buatkan Roni bersikap baran.

"Hai, sayang dah lama tunggu?" tanya kekasih Roni yang baru tiba di rumah makan. Tanpa sedikit pun rasa bersalah dan tersenyum girang.

"Kita putus! Kita putus! Anak anjingggggg!" Jerit Roni sambil menyepak kerusi, meja, pasu bunga dan juga sebuah van.

Bekas kekasih Roni ketawa berdekah dekah. Tehinggut hinggut tubuhnya yang dibaluti jersi pasukan bola Manchester United.

Kahkahkah! Kahkahkah! Pengarang juga ikut ketawa.

Cerita PendekWhere stories live. Discover now