Pokok Nan Sebatang

1.5K 73 51
                                    

Izinkan aku memperkenalkan diriku. Aku sebatang pokok, dan aku lahir dari keluarga pokok yang buahnya tidak boleh dimakan oleh manusia. Walaupun begitu, aku masih boleh berkhidmat kepada manusia dengan membiarkan mereka berteduh di bawah daunku yang rimbun lebat bunganya serta buahnya walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Oh, maafkan aku, itu lirik lagu, aku amat gemarkan lirik-lirik lagu yang ada menyentuh tentang bangsa pokok.

Satu hari, ketika aku sedang melayan bangsa burung yang hinggap di dahan dan makan buahku, aku didatangi oleh seorang gadis. Aku lihat dia duduk di bawahku dan termenung. Kemudian dia menjerit tak tentu hala. Sesudah itu dia menangis dan memukul tubuhku sehingga dia terlelap. Aku sebagai pokok yang adil dan tak pernah memilih kasih, aku goyangkan daun-daunku supaya gadis yang tidur di bawahku ini terasa nyaman.

Gadis itu tiba-tiba bangun, dan berdiri tegak merenung ke arahku. Kemudian dia berlari sambil menjerit, "pokokkk, esok aku akan ke mari lagi, kau tunggu aku ya, pokokkk," katanya dan hilang dari pandangan ku. Aku mengangguk-anggukkan dahanku sebagai tanda berjanji.

Hari ini sudah masuk hari kedua, gadis itu tidak juga muncul, aku tidak hairan, kerana aku kenal benar dengan bangsa manusia ini, gemar berjanji tapi tidak ditepati. Jika ketua yang memimpin bangsa manusia sering mencapati janjinya inikan pula manusia biasa, ye dak? Tapi awas! Jika tersalah eja dalam bahasa inggeris, ada sesetengah bangsa manusia akan terus menjadikannya viral di SocMed, yang buatkan aku rasa kelakar, si tukang viral itupun bangang juga eja aku jadi aq dalam bahasa melayu.

Ketika aku ketawa, aku lihat gadis itu berlari ke arahku, dan dia menangis. Bajunya koyak rabak. Setibanya di bawah ku, gadis itu menjerit semahu-mahunya. Aku meronta-ronta ingin tahu apa yang telah berlaku, namun apalah dayaku, aku hanya sepohon pokok yang tidak boleh berkata-kata apatah lagi mahu berbual mesra.

"Kau tahu, pokok, semua orang marahkan aku. Ada yang mahu sumbat aku ke dalam penjara, dan ada juga yang mahu membunuhku, pokokkk," kata gadis itu.

Ah, apa bangsa manusia ini sudah hilang akal? Mahu membunuh sesuka hati, bukankah ia sudah melanggar prinsip rukun negara? Gila, dunia ini sudah gila. Lagi-lagi mereka mahu menghukum seorang gadis. Aku rasa seperti mahu tumbang saja di atas setiap tubuh manusia-manusia durjana itu. Aku sedih dan kasihan melihat gadis itu.

"Beli rokok boleh, makan KFC boleh, bila mintak hantaran 20k terus bising. Ingat free ke nak menikah ni, bridesmaid lagi, kanopi paling kurang 10 biji, photographer mesti yang ada nama, set karaoke lagi. Ingat cukup ke 20k tu? Kalau tak mampu kumpul pinjam la dengan bank ke, Ah Long ke. Bukan aku saja-saja mintak, pokok, nanti lepas kawin aku jugak yang masak, kemas rumah dan basuh baju suami aku, anggap je la upah, tak boleh?" kata gadis tu dalam nada menengking.

Prakkk! Krakkk! Satu daripada dahanku patah dan menimpa gadis itu. Senyap.

Sejak kejadian itu, tidak ada lagi manusia mahu datang berteduh di bawahku. Pada malam harinya aku adalah tempat yang paling ditakuti oleh manusia kerana aku pokok berhantu.

Cerita PendekWhere stories live. Discover now