"Hei, relaks! Awak jangan gelabah. Nanti kita fikirkan caranya. Sekarang ni awak cuma perlu ikut saya, okey? " Dia bagaikan cuba memujuk.

Aku yang nak menangis tadi terus tak jadi. Pandang wajahnya yang dibias cahaya malam itu. Gara-gara kami berlari pecut sambil meredah hujan, ada beberapa helai rambut melekat di dahinya.

Mungkin Allah masih mahu menolongku. Sebab itu Dia hantar bantuan melalui Dheo.

"Ikut awak ke mana?"

"Tempat saya."

Aku telan liur.

"Awak kesejukan. Baju awak perlu ditukar. Saya takkan biarkan awak merayau-rayau lagi. Awak adalah tanggungjawab saya sekarang ni. Jadi, awak kena ikut saya balik!"

Aku masih ragu-ragu.

"Tapi.."

"You have no choice, Tesoro. My way or your way. Either way, you'll still come with me." Berhemah sekali cara dia mengugutku. Kecil matanya memandangku.

"Yes, I'll come with you!" Cepat-cepat aku setuju. Baik aku sendiri yang ikut secara sukarela. Aku tahu dia serius. Entah-entah belum sempat aku geleng tadi, dia dah angkut aku ke rumahnya.

Lagipun, apa lagi pilihan yang aku ada?

"Good." Dheo senyum puas hati.

"Don't worry. I'm not going to do anything to you."

Aku hanya angguk. Tapi takdelah aku percaya seratus peratus. Rela dalam terpaksa, aku bersetuju. Tak pernah buat kerja gila ikut lelaki yang aku tak pernah kenal ke rumahnya. Dalam hati banyak-banyak berdoa semoga ini adalah satu pilihan yang tepat. Aku hanya mampu tawakal kepada Allah.

---

Aku hanya kejung di hujung sofa empuk yang besar itu sambil mata melilau ke sekeliling bilik itu. Mungkin bilik bacaan sebab ada beberapa rak tinggi yang dipenuhi pelbagai jenis buku. Masih tak percaya yang aku dah ikut lelaki entah mana-mana balik ke rumahnya. Gerun. Tapi aku percaya Allah akan jaga aku.

"Chamomile tea. Is it okay with you?" Suara Dheo itu buatkan aku sedikit tersentak. Lantas tumpuanku dikalihkan ke arah pemilik wajah kacak itu.

Dheo pula ternyata dah bersedia untuk menyambut anak mataku. Tepat anak matanya menunggu jawapanku.

"Anything is fine," jawabku seraya senyum. Tetamu tak boleh nak mengada. Hanya perlu ikut tuan rumah walaupun tetamu tu kena heret balik dengan tuan rumah.

"Except alcohol." Cepat-cepat aku tambah.

"Why? Are you underage? How old are you?" Dia sedikit terkejut. Jelas kerutan di antara kening lebatnya itu. Pandang aku dari atas sampai bawah. Takut terculik budak bawah umur agaknya.

"Saya sembilan belas tahun. Saya seorang muslim dan tak boleh minum alkohol," jelasku dalam bahasa Inggeris. Manalah tahu dia tak tahu. Maklum sajalah. Dia hidup dalam kalangan Islam minoriti. Dan menjadi tugasku untuk menjelaskannya.

"Oh.. okey! Agama awak pelik." Skeptical sungguh jawapannya.

Tapi sebab aku duduk di bawah bumbung rumahnya sekarang ini, jadi aku hanya tahan rasa.

Senyum.

Lega bila perbualan kami tamat di situ selepas kedengaran pintu bilik ini diketuk dari luar. Dheo menyatakan sesuatu dalam bahasa Itali sebelum pintu itu terkuak.

Kelihatan seorang anak gadis beruniform hitam putih melangkah masuk. Mungkin orang gajinya. Tangannya sedang menatang satu dulang yang berisi dua cawan teh chamomile panas. Tanpa banyak soal, gadis itu hanya meletakkan cawan-cawan itu di atas meja kecil di depanku sebelum berlalu keluar.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now