Membahang rasa muka. Apatah lagi bila kembali terbayang adegannya dulu. Lupa pula. Dia kekasih Claudia.

"You are Claudia's boyfriend." Aku terlepas kata lagi.

Dheo geleng kepala seraya tahan senyum lucu.

"No. She's just a fling." Mudah jawapannya.

Dapat rasa percikan aura buaya darat jati business class! Ah, apa nak pelik kalau dengan rupanya sebegini? Gayanya ada sesuatu. Dia senyum atau ketawa walaupun seksi tetap aku rasa seram. Bad boy.

Alluring yet intimidating!

Aku pandang ke arah jalan besar yang menjadi tempat kami berlari tadi. Hujan masih jatuh ke bumi. Teringat balik kami masih dalam pelarian. Entah ke mana mereka sekarang ini.

"Awak tahu mereka siapa?" soalku lagi dalam Bahasa Inggeris. Pada masa yang sama cuba ubah topik.

Dheo hanya jongket bahu. Haila.. aku pun lepas berlari-lari tadi mungkin IQ kurang dua tiga angka. Mestilah dia tak kenal orang-orang jahat tu. Apa daa!

"Awak rasa mereka dah jauh?" Aku tanya lagi.

Risau kalau-kalau mereka berpatah balik. Dahlah aku hanya berdua dengan Dheo. Mereka ramai.

"Si. Saya yakin kita dah terlepas."

Giliran Dheo pula melemparkan pandangan ke arah yang aku pandang tadi. Kami kini berada di lorong kecil yang berbumbung. Melindungi kami daripada hujan. Aku rasa itu pun salah satu sebab kami berjaya meloloskan diri. Hujan menghilangkan jejak kami dan menyukarkan mereka untuk mengejar kami.

"Jom." Dia bagaikan mahu berlalu.

"Pergi mana?" soalku curiga.

Aku tahu dia dah selamatkan aku. Tapi aku tak tahu motif dia selepas ini. Buatnya dia mahu aku bayar kebaikan dia, tak ke haru? Minta duit aku masih boleh kawtim lagi. Kalau mintak body? Dahlah masa di Nottingham dulu pun dia dah tunjuk skil CPR secara vertical di depanku. Dan baru tadi mekar bunga-bunga mat romeonya. Ini namanya keluar mulut gua berhantu, terjun gaung berjin.

Aku pun tak kenal dia siapa. Muncul pula di tempat sebegini secara tiba-tiba. Apa yang dia buat sebelum itu? Aku mula syak wasangka.

"Saya cuma nak tolong awak? Awak taknak cari kawan-kawan awak ke?"

Oh..

Tiba-tiba termalu sendiri. Apatah lagi melihatkan wajahnya. Walaupun tak berperasaan tapi nampak ikhlas mahu menolong. Aku dah berburuk sangka dengannya. Masa aku tengah mengantuk ni, dia dah sorong bantal. Jangan sampai dia tarik balik.

Tapi, tak boleh salahkan aku juga. Aku hanya mahu berjaga-jaga. Muka kacak tak semestinya baik. Aku kena set dalam kepala yang tu.

"Saya tak tahu macam mana. Bateri telefon saya dah habis," ceritaku.

Mula mencari telefonku. Beg kecil yang tersilang di tubuh diselongkar. Tiada! Terus seluruh tubuhku diraba. Tapi tetap tak jumpa. Kemudian pandang ke sekeliling kami itu. Dikecilkan mataku untuk melihat di tempat yang separuh terang itu. Masih tiada rupanya. Memang sah!

Telefon aku dah hilang! Tidakkk!

"Telefon saya hilang. Macam mana saya nak hubungi mereka?" Aku mula cemas. Rasa nak menangis. Rasa gelap masa depan. Adakah aku bakal terkandas di sini selama-lamanya?

Sungguhlah hari ini hari malang sedunia. Tak putus-putus malapetaka menimpaku. Entah badi mana yang melekat kat aku ni. Agaknya banyak sangat dosaku. Huhu.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें