dw | creepy face

727 95 16
                                    

+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+

S

etelah lama berfikir jalan mana yang patut aku pilih, akhirnya aku sudah membuat keputusan. Keputusan yang aku pun tak pasti sama ada ianya akan memberi masalah ataupun tidak kepada aku. Tapi, aku cuma ada dua pilihan antara lif atau tangga. Nak atau tak, memang aku kena pilih antara salah satunya.

Jalan yang aku pilih adalah, tangga.

Sebenarnya dua dua jalan tu buatkan aku keliru. Malangnya, aku tak boleh melambatkan masa. Masa itu emas dan masa itu berjalan. Aku tak boleh bazirkan masa yang ada ni. Biarlah apa jadi pada diri aku, apa yang bakal aku tempuhi sekejap lagi. Nasib aku sudah ditentukan, aku cuma harus menjalani semuanya. Sama ada buruk atau sebaliknya.

Aku berjalan ke arah tangga yang menjadi keputusan kepada pilihan aku. Pilihan yang.. rumit. Aku menuruni anak tangga yang pertama tanpa membuat sebarang derapan bunyi yang kuat. Aku melihat ke tangga yang seterusnya dan seterusnnya pada tangga yang lain. Aku memandang ke bawah.

" banyaknya tangga. Mahu arwah aku.. " aku mengeluh berat sambil menuruni anak tangga dengan laju.

Sekejap aku menuruninya dengan perlahan, sekejap pula laju. Kalau aku penat, aku berhenti sekejap dan cuba mencari nafas dan memberi ruang kepada jantung aku untuk kembali stabil daripada terus berdegup dengan laju.

5 minit berlalu setelah penat lelah bertarung dengan tangga semata mata untuk turun. Ada satu tangga lagi yang aku kena turun dan selepas itu mungkin aku akan terlepas dari tempat ini? Dari atas tangga lagi aku sudah nampak pintu besi. Pintu yang diperbuat daripada besi? Sangat unik. Pintu itu ditutup rapat.

Aku menuruni anak tangga dengan laju sehinggalah anak tangga yang terakhir. Peluh yang membahasahi dahi aku dikesat dengan baju. Dengan nafas yang kembali stabil, aku perlahan lahan berjalan menghampiri pintu besi itu. Aku memegang tambol pintu itu dan memulasnya dengan berhati hati. Aku menjengul sedikit untuk melihat keadaan di luar.

" nampak.. agak menyeramkan. " aku menutup kembali pintu dan menyandarkan badan di dinding sambil menundukkan wajah.

Apa yang aku lihat di luar tadi memang agak mengerunkan. Keadaan yang sedikit gelap. Cuma dihiasi dengan cahaya kemerah merahan. Memang penjahat sukakan warna hitam dan merah eh? Memang menyakitkan mata. Aku kembali mengangkat wajah memandang ke hadapan yang aku sangkakan dinding tapi.. aku silap,

Aku tak tahu nak rasa gembira, sedih atau menangis terus. Rasa nak meraung pun ada. Senang cerita, semua rasa ada pada diri aku sekarang ni. Lagi lagi rasa bodoh.

Percaya atau tak, depan aku ni adalah lif. Kalau aku tahulah lif itu juga ada tingkat yang akan berhenti didalam ruang tangga yang ada pintu besi tertutup macam ni, memang daripada tadi aku guna lif tanpa berfikir panjang. Memang dah lama jugalah aku sampai.

" takpelah.. sampai dah pun. Tak guna punya lif.. " lif yang tak bersalah aku maki.

Aku tak boleh membuang masa. Kalau aku terus berada di ruang tangga ini, mati aku. Lagi lagi lif ada depan mata. Aku ulang, depan mata. Cuba kalau pintu lif tu terbuka dan lepas tu keluar salah sorang atau penjahat yang berkumpulan. Aku tak tahu nasib aku apa lepas tu.

Darkweb | btsWhere stories live. Discover now