dw | unknown place

724 93 1
                                    

+

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+

Namjoon mengerling jam tangannya. Sesekali dia menggelengkan kepala dengan perangai Taehyung. Dia kembali memandang kesemua kawannya itu yang kini mereka dan dirinya berada di dalam kafe.

" baru pukul lapan suku Taehyung. Kau pagi pagi dah ajak kitorang datang sini. " Namjoon menyisip air kopi miliknya.

Taehyung mengelus lehernya sambil tersengih sengih terhadap kata kata Namjoon.

" ah.. maaf Namjoon hyung. " Taehyung juga melalukan hal yang sama seperti Namjoon, dia menyisip air kopinya.

Manakala yang lain hanya memerhati mereka berdua lagi lagi pada Taehyung.

" Namjoon je? Kitorang tak? Bukannya Namjoon je yang kau ajak, kitorang pun sama. " Yoongi menjeling Taehyung sekilas.

Rasa nak sekeh je kepala Taehyung ni. Pelik pula dengan kawannya yang sorang ni. Bukannya mereka tak kenal Taehyung. Tapi, harini nampak berbeza dari yang sebelumnya.

Kalau nak dikatakan, dalam setahun mungkin satu atau dua kali mereka keluar seawal ini pada pagi yang sepatutnya mereka semua melekat dengan katil.

Ajakan awal awal pagi itu semuanya hanya berpunca daripada Taehyung. Nasiblah Taehyung kawan baik mereka, kalau tak, tak adanya diorang nak ikut permintaan Taehyung.

" alah Yoongi hyung ni, guraulah. Yelah yelah aku mintak maaf kat korang kalau aku ni menyusahkan. " Taehyung memalingkan wajahnya tidak mahu memandang kesemua kawannya.

Apa lagi kalau bukan merajuk.

Jimin yang sememangnya caring terhadap kawan kawannya terus mengusap belakang Taehyung. Nasib baiklah dia duduk di sebelah Taehyung, jadi dia tak perlulah berpindah kerusi.

" Yoongi hyung gurau je. Jangan ambil hati, nae? Dia tu memang dingin tapi dia baik, dia caring dalam diam. " berusaha Jimin memujuk Taehyung dan juga tidak membuatkan Yoongi terasa hati dengannya.

Mereka semua tahu sikap Yoongi yang sememangnya dingin tapi sebenarnya dia seorang yang baik. Dia ambil berat pasal kawan kawan dia. Cuma dia tak suka menunjuk sebaliknya hanya caring dalam diam.

" uhm.. yelah yelah. " Taehyung akur.

Dia kembali membetulkan posisinya dan menghadap semula semua kawan kawannya.

" Tapi kan Taehyung. Kenapa tiba tiba datang kafe pulak? Baik terus pergi rumah Jungkook. " soal Seokjin dan diterima anggukan daripada yang lain tanda setuju.

Taehyung menggaru kepalanya sebelum dia membuka mulut untuk menjawab pertanyaan Seokjin.

" aku taknak menyusahkan dia dengan Puan Jeon. Dengan pagi macam ni lagi. Sebaiknya kita singgah sini untuk minum dulu. Betul tak? " jawabnya dan diakhiri dengan soalan.

Soalannya diterima anggukan oleh mereka semua. Taehyung mengukirkan senyuman.

" kita pun dah habis minum. Elok sangatlah kita gerak sekarang. " Namjoon sekali lagi mengerling jam tangannya.

" dah jom. " kini Hoseok berdiri tidak mahu membuang masa.

Mereka semua menganggukkan kepala dan mula bangun daripada duduk lalu mengorak langkah untuk ke rumah Jungkook.

* * *

Tawanya yang kuat itu telah membuatkan tempat yang aku berada bergema. Hanya tawanya saja sudah menghiasi suasana di dalam tempat ini.

Aku pula mendengus geram. Aku masih terfikirkan hal tadi. Nampaknya betullah jawapannya darkweb. Dia tahu nama aku disebabkan barang yang aku beli daripada darkweb.

Disebabkan itu jugalah sekarang dia mentertawakan kebodohan aku. Sememangnya aku pun rasa diri aku bodoh kerana sanggup membeli dan tidak kesahkan rintangan yang akan aku hadapi pada diri aku. Yang boleh memusnahkan dan menjahanamkan hidup aku.

Semuanya bermula daripada Darkweb. Kalau aku tahu beginilah jadinya, memang aku tak akan buka atau beli apa apa benda daripada darkweb.

" a cruel person like you deserves to be thrown into hell! " aku melemparkan kata kata yang sepatutnya dilemparkan kepadanya.

Dia berhenti daripada ketawa dan mengcangkung dihadapan aku. Jarinya bermain dipipi aku. Ah! Memang jijik. Dia dah kotorkan muka aku yang suci dengan jarinya yang kotor!

" don't you dare touch my face! " aku menepis jarinya dengan memalingkan muka aku berkali kali.

Dia berhenti daripada perbuatannya dan berdiri.

" you are very clever! Yes you are right, my place is in hell. And.. you? Heaven? Hahahahaha! " dia tertawa dengan kata kata yang aku lemparkan kepadanya tadi.

Memang orang macamni tak ada hati dan perasaan. Bagilah kata kata kesat apapun, dia mesti takkan terasa walaupun sedikit.

" tell me where we are right now?! " soal aku dengan suara yang lantang dan jelas.

Dia seolah olah membuat gaya berfikir dan tersenyum sinis kepada aku.

" unknown place. "

Darkweb | btsWhere stories live. Discover now