🖋️PROLOG

19.9K 478 50
                                    

Amsterdam, 14.30 PM

Hana merenung jauh ke luar jendela. Cuaca yang dingin langsung tidak membuatkan dia rasa sejuk kerana dia selesa begitu. Lamunannya terganggu apabila menyedari kehadiran seseorang di situ.

"Dato' Mustafa sedang kritikal sekarang, Hana."

Hana memandang Cindy.

"Nampaknya masa untuk kita balik ke Malaysia dah tiba." gumam Hana perlahan. Mata dipejam rapat menikmati kepekatan malam yang tenang dan sunyi.

"I akan buat persiapan yang patut. Ini serba sedikit maklumat terbaru tentang apa yang you minta dekat i." ujar Cindy. Dia sudah lama menjadi pembantu peribadi kepada Hana. Dia tahu jatuh bangun wanita di hadapannya. Dia tahu apa yang Hana terpaksa lalui untuk menjadi seperti sekarang. Jauh beza sangat dengan Hana yang dia kenal dulu dan sekarang.

"Okey. Terima kasih, Cindy. I owe you." kata Hana dengan senyuman manis namun hanya dia tahu betapa palsunya senyumannya itu.

"No biggie. I'm your assistant after all. I keluar dulu." balas Cindy tanpa banyak soal, meninggalkan Hana untuk bersendirian.

Hana mendongak ke langit. Kelam dan gelap umpama hatinya tika ini. Bersediakah dia? setelah bertahun-tahun meninggalkan bumi Malaysia yang memahat seribu kenangan kepadanya. Dia tahu, cepat atau lambat. Dia akan kembali juga ke sana kerana dia masih punya tanggungjawab yang perlu dia laksanakan.

Dia punya hutang yang perlu dituntut, hela berat dilepaskan bersama dengan 1001 perasaan yang menghuni hatinya. Bibir diketap kuat tatkala apa yang berlaku kepadanya selama berberapa tahun lepas terimbas umpama pita rakaman. Hutang nyawa dibayar nyawa!

Dokumen yang diberikan oleh Cindy kembali dibaca penuh khusyuk tanpa meninggalkan satu pun maklumat waima sebaris. Senyum sinis terukir saat membaca isi maklumat yang dia terima. Games on!

❇️❇️❇️

Earpod dipakai sebaik sahaja kapal terbang yang dia naiki berlepas. Cindy disebelah sudah bersedia untuk tidur maklumlah perjalanan mereka akan memakan masa berjam-jam lamanya manakala suara pramugari membuat beberapa pengumaman penting sayup-sayup kedengaran.

Malas untuk mengambil perhatian dengan apa yang berlaku disekelilingnya, Hana memilih untuk melemparkan pandangan di luar jendela. Gelap! Tiada apa yang dia nampak di luar. Jauh dia termenung, dalam hati pelbagai persoalan bertandang. Tanpa sedar dia larut ke dalam memori dahulu.

6 Tahun yang lalu..

" Saya Murad Bin Hasan, merangkap peguam peribadi arwah Tan Sri Yazid dan juga Puan Sri Intan. Terlebih dahulu saya mahu memaklumkan bahawa ketika wasiat ini ditulis, Tan Sri Yazid dan juga Puan Sri Intan dalam keadaan waras  serta mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tiada unsur paksaan ke atas mereka berdua." kata Encik Murad membuka kata.

Hana hanya diam menjadi pemerhati. Dia tenang melihat reaksi muka adik-adik arwah daddy dan mummynya, termasuk sekali dengan isteri dan anak-anak mereka. Jelas sekali raut wajah yang tidak berpuas hati usai saja pembacaan wasiat. Hanya pak ngahnya saja yang diam tidak bersuara. Senang menjadi pemerhati sepertinya mungkin?

"Mana boleh macam ni! 70 peratus share syarikat dapat dekat Hana! Tak adil! kenapa bahagian anak-anak kami masing-masing cuma sikit? Bukan kalau ikut faraid Hana cuma dapat 1/2 sahaja dari harta tu sebab dia anak perempuan dan tak ada pewaris lelaki." soal Dato' Razali iaitu adik bongsu daddynya. Dia sangat tidak puas hati!

BEAUTIFUL PAIN (OG) Where stories live. Discover now