"Hyera, meh sini aku bawa kan sikit barang kau tu" Beg-beg membeli-belah yang agak banyak dibawa oleh gadis itu cuba diambilnya. Namun tangannya segera ditepis oleh siku gadis tersebut.
"Takpe la Jimin. Aku boleh angkat sendiri. Tu barang kau lagi banyak daripada aku. Sape nak tolong angkatkan pulak nanti" balas Hyera.
Jimin berdecit. "Cik Hyera, kau tu dah la baru baik sakit. Nak buat kerja-kerja berat pulak. Kang tak pasal-pasal Jungkook marah aku pulak. Barang-barang aku ni biar Jungkook je la angkatkan nanti. Hehe"
Hyera mengeluh berat sebelum menggeleng. "Ish, aku okey je la. Shushh, pergi sana. Sibuk jer" Sekali lagi Hyera menolak pertolongan Jimin itu.
Jimin mendengus kasar. "Dulu sampai sekarang sama je. Degil. Nanti kalau jadi apa-apa, aku tak nak bertanggungjawab" cebik Jimin. Tangannya disilangkan ke dada sebelum melempar pandang ke arah arah lain. Merajuk. Hyera sekadar tertawa kecil dengan gelagat kawan baiknya itu seraya menggosok kasar rambut Jimin. Membuatkan Jimin mendengus menyampah.
"Kau nak air tak? Aku belikan. Aku dahaga ni. Si Jungkook ni pun tak sampai-sampai lagi" kata Jimin.
Hyera mengangguk. "Boleh juga"
"Okey kau tunggu sini kejap. Aku belikan air" Jimin mula melangkah ke mesin air tin berdekatan meninggalkan Hyera bersendirian di tepi jalan.
Belum pun sampai beberapa minit, kedengaran bunyi nyaring motosikal dari arah bertentangan. Bunyi enjin yang agak membingitkan telinga. Hyera menoleh ke arah bunyi tersebut. Dapat dia lihat sebuah superbike berwarna hitam merah ditunggangi oleh seseorang yang berpakaian serba hitam. Wajahnya diselindungi di sebalik topi keledar bercermin gelap itu. Dan perkara terakhir yang dia perasan ialah dia memegang sebatang kayu besbol sebelum penunggang tersebut menghampirinya.
Jimin membawa dua tin minuman berkarbonat lalu menapak ke tempat Hyera. Keningnya mula bertaut tatkala mendapati Hyera tiada di sana. Baru dia perasan bahawa tempat yang sama Hyera berdiri tadi sudah dikerumuni ramai orang.
Serta-merta tin minuman tersebut terlucut dari tangannya. Sepantas kilat dia cuba berlari ke arah situasi tersebut. Tanpa mempedulikan orang di sekeliling, Jimin terus menerjah masuk ke dalam kekecohan itu.
Mulutnya di tekup. Hampir lulu jantungnya tatkala melihat Hyera terbaring kaku di atas lantai. Rambut perang milik gadis itu sudah lencun akibat darah yang berlumuran. Sementara barang-barang gadis tersebut sudah tercampak dan bertaburan di atas lantai.
"Hyera!!" jerit Jimin. Terus diribanya gadis tersebut. Rambut yang menutupi wajah pucat gadis itu diselaknya. Perlahan-lahan kepala gadis itu cuba diletakkan di atas ribanya. Hyera berdesis lemah tatkala bahu kanannya nya terasa perit.
"Maaf cik. Tolong bagi laluan" Suara seseorang yang amat dikenalinya membuatkan Jimin menoleh. Wajah terpempan lelaki itu jelas terpapar. Wajah Jimin dan Hyera dipandangnya silih berganti. Sebelum dia terduduk di sebelah jasad Hyera yang terbaring kaku itu.
"Maafkan aku, Jungkook" kata Jimin dengan nada yang bergetaran. Air mata sebaknya tidak dapat dibendung lagi dari membasahi pipinya. Begitu juga Jungkook. Wajah Jimin dipandangnya sayu sebelum menggeleng perlahan.
"Ini semua bukan salah kau Jimin" ujarnya sayu. Sebelum mengalihkan pandangan ke arah gadis kesayangannya itu. Tubuh gadis itu jelas terketar-ketar. Anak matanya yang sebelum ini bundar bertukar kuyu. Perlahan-lahan tubuh lemah gadis itu dicapainya lalu dipeluknya erat namun masih berhati-hati. Dia tidak mahu menyakitinya.
"D-Dia...t-ahh t-tahu" bisik Hyera dengan nafas yang tersekat-sekat di telinga Jungkook. Jungkook mengetap rahangnya menahan amarah. Air mata kelelakiannya semakin galak bercucuran.
"Bagaimana kau boleh jadi sebegitu kuat, Hyera. Aku tak sanggup lihat kau macam ni lagi" katanya dengan nada yang tersedu-sedan. Sedaya-upaya cuba menahan diri daripada menangis di hadapan gadis tersebut. Sungguh dirinya terasa kecil di samping gadis sekuat dan setabah Min Hyera. Bibir Hyera bergetaran sebelum air matanya jatuh dari tubir matanya. Hanya dia sahaja yang tahu, apa perasaannya ketika itu.
"Jungkook" Jimin memanggil membuatkan Jungkook menoleh. Jimin menunjukkan sesuatu yang terpapar di fon pintar miliknya. Perasaan amarah mula membara tatkala melihat nama manusia yang paling dibencinya terpapar pada log panggilan. Tanpa teragak-agak, fon Jimin terus disambar oleh Jungkook. Punat hijau ditekannya lalu diletakkan di telinganya.
"PUAS HATI KAU KAN, PEREMPUAN SUNDAL?!!!" tengkingnya sebaik sahaja panggilan itu disambungkan. Jungkook tidak peduli akan orang-orang yang mengerumuni mereka itu. Sungguh dia tidak dapat menahan sabar lagi dengan apa yang telah berlaku.
Suara tersebut ketawa sinis. "Aww kesiannya. Hero nangis. Eii tak malu ke tunang you nampak?" katanya berbaur ejekan. Menaikkan lagi kemarahan Jungkook.
"PERGI MAMPOS LAH, SIAL!! Mana kau. Baik kau keluar sekarang, pengecut! Aku nak bunuh kau!!" jerit Jungkook lagi. Jimin yang kelihatan semakin risau itu mula menenangkan Jungkook.
"Sebelum you bunuh I, I akan bunuh tunang you dulu. Lepastu you. Dan anak you. Dan seterusnya kawan-kawan you bla bla.."
"Kau nak apa, binatang?!!!" Dada Jungkook mula naik turun. Menahan gelora amarah yang semakin membuak-buak.
Kedengaran suara tersebut berdecit. "Jungkook, Jungkook. Belajar tinggi-tinggi pun still lagi bodoh. I nak you dan 'sampah-sarap' you jangan kacau I dengan Taehyung. Lagi-lagi perempuan tu. Susah sangat ke? Ke you memang nak tunang kesayangan you tu mati cepat? Disebabkan orang-orang yang keras kepala macam korang ni la, buatkan I kena masuk campur tau. Jadi, terima lah padahnya" sinis kata-katanya berbicara.
"Aku bagi last warning. Kau jangan sentuh Hyera, keluarga aku dan kawan-kawan aku. Kalau kau tak nak Taehyung kau tu merana!!" Giliran Jungkook pula membidas.
"You siapa nak bagi warning kat I? I ni Minatozaki Sana okey. Takde siapa boleh suruh I buat apa, bantah apa yang I cakap, lebih-lebih lagi mengugut I! I berhak dapat apa yang I nak. Dan kalau korang masuk campur urusan hidup I, I akan pastikan korang semua akan kena lebih teruk daripada perempuan tu. Dan ingat, ini baru sedikit"
Jungkook mengetap bibir terpempan. Matanya yang berkaca itu dipalingkan ke arah wajah gadis yang berlumuran darah di pangkuannya itu. Air mata gadis itu yang galak bercucuran itu disekanya lembut dengan ibu jarinya.
"Jungkook, kita kena bawa Hyera ke hospital. Segera. Dia dah semakin tenat" sampuk Jimin. Anak mata satu Jimin ditatapnya sebelum air mata kelelakiannya jatuh lagi membasahi pipinya yang sudah sedia lencun itu.
Sana tertawa. "Lembik rupanya si Hero ni. Tadi bukan main tengking I--"
Punat merah ditekan. Memutuskan talian tanpa sempat perempuan itu habis berbicara. Langkah yang terbaik untuk menahan tekanan. Fon tersebut diletakkan perlahan di sampingnya.
Sekali lagi wajah gadis tersebut ditatapnya sayu. Bahu Hyera terhinjut-hinjut menahan sedu. Perlahan-lahan tubuh lemahnya didakap erat. Tanpa mempedulikan bau hanyir darah yang melekat pada pakaian Hyera.
"Sayang... Saya tak kuat" bisik Jungkook perlahan di telinga Hyera diselangi dengan nyaring tangisannya.
"A-Awak...hikk kena k-kuat....."
Itulah kata-kata terakhir dari Hyera sebelum segalanya bertukar gelap dari pandangannya.
-TBC-
Author tak benci Sana🤧 Ni just ff, tkde kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah mati. Author benci diri sendiri sebab terpaksa jadikan Sana watak jahat. Jangan marah eh🥺
Btw sorry klau hambar. See you on the next part🙌
Vote anda sangat2 dihargai. Tq❤
YOU ARE READING
[C] Move On + KTH
Fanfiction"Macam mana aku nak move on daripada kau sedangkan kau asyik muncul dalam mimpi aku?" - Taehyung ㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡㅡ #MyFirstFanfiction📖 Highest Rank:- Top 10 - #twice Top 20 - #twice #1 - minatozakisana
38 ; Warning
Start from the beginning
![[C] Move On + KTH](https://img.wattpad.com/cover/114300281-64-k256015.jpg)