***

"Cikgu Iman,macam mana?"Soal Cikgu Syirah.Guru itu kelihatan asyik menyelak buku-buku kerja anak muridnya walaupun mulutnya riuh sekali berbual.

"Hmm,Iman tak boleh confirm lagilah Kak Sya.Iman kena tanya husband dulu.Takut-takut dia ada kerja ke.."Iman memuncung sedikit.Cikgu Syirah membulatkan mutnya sebelum mengeluarkan bunyi 'oh' dari mulutnya.

"Eh,Iman dah kahwin?"Sampuk Cikgu Wawa dengan riak wajah terkeju.Iman tersenyum.

"Aah,kak.Kenapa terkejut sangat?Iman nampak lonely sangat ke?Macam hopeless sangat nak kahwin."Iman bergurau.

"Ehhh,taklah.Yelah,Iman kan muda lagi. tak sangkalah kahwin dah.Inilah jodohkan.Hah,kau tengok Syirah ni.Kesian dia..tak kahwin-kahwin lagi."Cikgu Wawa berceloteh menimbulkan rengekan Cikgu Syirah.

"Eeh,Kak Wawa ni,tak baiklah...Nak buat macam mana,esok lusa nanti saya cari mat saleh ajelah,susah sangat nak sangkut kat sini.By the way,bila Iman kahwin?Hebatlah Iman,dah graduate terus ada calon.."Cikgu Syirah memalingkan wajahnya ke arah Iman sambil bertongkat dagu.

"Alhamdulillah..jodoh."Iman tersenyum simpul.'Sebab calon tu cousin?'bisik hati Iman.

"Ni ke husband Iman?"Cikgu Syira menunding ke arah foto di atas meja Iman.Iman memandang ke arah foto tersebut.Gambar keluarganya di mana Razeeq sedang tersengih seperti kerang busuk.

"Eh,tak adalah.Akak ni..kan budak muda remaja lagi tu.Tak akanlah Iman nak nikah dengan budak-budak?Yang tu...adik Iman.Baru habis SPM."

Mendengar itu, Cikgu Syirah ketawa,malu sendiri.

"Yalah,sorry.Adik Iman ke,hensem.Habis mana satu husband Iman?"Cikgu Syirah bertanya lagi.Seperti tadi,dia sentiasa riuh namun tangannya leka memegang buku-buku kerja.Namun,kali ini dia memberhentikan tangannya dan menghadap Iman,menunjukkan berianya keinginannya untuk melihat si suami kepunyaan Iman.

Iman terdiam.Seingatnya,dia tidak pernah bergambar dengan Lay.Iman sentiasa menginginkannya tetapi dia malu mahu menyatakan hasratnya.
Lay pula...hmm..faham sahaja perwatakannya itu.Dan saat ini barulah terdetik di hati Iman untuk sekurang-kurangnya mempunyai gambar Lay...?

***

Lay membelek skrin telefonnya.Ada beberapa notifications yang muncul.Lay membuka semuanya lalu memeriksanya satu persatu.

Iman yang baru selesai mandi berjalan ke arah meja belajar kegemarannya.Sambil berjalan,tangan Iman mengelap rambutnya yang masih basah.Apabila dia duduk,dia mencuri pandang ke arah Lay yang masih di sofa.Masih belum lagi menukar pakaian kerjanya.

"Boy...tak mandi lagi ke?"

Lay mendongak sebentar,memandang wajah Iman sebelum dia kembali menghadap skrin telefonnnya.Dia menggeleng kecil.

Iman memuncung.Melihatkan keadaan ini,Iman berasa sedikit geram.Geram dengan respon Lay.Disebabkan Lay yang selalu memberi respon sedemikian, suasana bilik mereka ini selalu sahaja sunyi,ibarat tiada penghuni.
Memikirkan keadaan ini,Iman berdecit kegeraman.Iman yang dilahirkan di dalam keluarga yang besar,mengakui agak canggung dengan keadaan ini pada mulanya.Namun,sekarang Iman sudah mencapai kapasitinya.Dia bukan seorang pendiam.Dia perlu menonjolkan personaliti sebenarnya.

Iman bangun membuka langkah menghampiri Lay,membatalkan hajatnya untuk menyambung pembacaannya.

Kcak!

Lay mendongak,memerhati ke arah Iman yang sedang tersengih memandang ke arahnya bersama telefon di tangannya.

"What are you doing?"Soal Lay sambil membetulkan posisi duduknya.

Can I love you,cousin?Where stories live. Discover now