Bab✓2

7.5K 131 4
                                    

Jalal yang baru bersiap menghampiri isteri nya Amina yang khusyuk menonton telivesyen.
dia mencapai kunci kereta.
Mata nya melilau seisi ruang tamu bagai mencari-cari seseorang.

"Mana kak long dan Thira?"

Tanya Jalal cuba berlagak seperti kebiasaan. Sengaja dia tanya kehadiran keduanya. padahal dalam kepalanya hanya mahu tahu dimana Athira berada. Cuma dia taknak isteri dia sampai curiga.

"Kak long dia jaga kedai. dia ada tu boleh lah saya rehat sikit bang. Athira taktau pergi mana. awal-awal lagi dah keluar"

Jalal termenung seketika mendengar jawapan isterinya. sudah seminggu memang Athira betul-betul mengelak diri dari dia. Bayang Athira pun dia susah nak nampak kebelakangan ni.

Tapi dia tahu Athira takkan berani membuka mulut apa lagi dengan maksu nya Amina. Hubungan mereka tidak begitu baik selama ini. Jadi dia gunakan kesempatan ini untuk mendekati Athira.

"Abang pergi dulu"

Jalal terus berlalu. Amina cuma terus angguk saja.

Dalam hati dia saja berani meneka-neka perubahan suami nya akhir-akhir ini.
Jika disuarakan persoalan nanti.
Risau akan jadi topik perbalahan antara mereka. Jadi dia malas mahu bertanyakan apa-apa dari suaminya.

Amina terus bangun lalu menutup tv. Jam sudah menunjukan waktu untuk dia masuk kedapur menyediakan apa yang patut.







Athira tersenyum lega bila dia sudah mendapat kerja sambilan disebuah restaurant berdekatan sahaja dengan Universiti. Lagipun dekat senang dia nak uruskan masa.

"Allhamdulilah"

Ucap Athira bersyukur segala urusan dia dipermudahkan. Dia cuma berkerja untuk jam 3:00 petang hingga 7:00 malam atau kadang mungkin akan lebih masa bergantung pada keadaan.

Pandai-pandai lah bagaimana dia nak bahagikan masa belajar dan berkerja kelak. Yang paling penting dia dapat stabil kan masa belajar dan lebih-lagi dari segi kewangan sebelum menyewa sendiri.
Hidup di bandaraya yang besar ini bukan nya mudah. Kena banyak ikthiar nak survive hidup dikota besar.

Makin tak sabar rasanya dia mahu keluar dari rumah maksu segera.

Athira rasa hidup tak tenteram sejak peristiwa tempohari. Sebelum perkara yang bukan-bukan berlaku lagi baik dia mengambil langkah berjaga-jaga dahulu. Dia tak rasa Jalal akan berhenti disitu saja.




Athira berjalan sendirian.
langkah kaki di hayun menyusuri ibu kota yang sentiasa sibuk dari pagi hingga ke waktu itu. Udara yang tak begitu segar di hirup juga untuk melapangkan dada.

Dia tekun menunggu bas untuk balik.
Namun perasaannya berlawanan seakan enggan kembali kerumah itu. Dia takut mimpi buruknya menjengah semula. Saban hari dia menahan perasaan takut itu agar tidak menguasai diri. Namun semakin lama semakin menganggu fikiran.

Lebam ditangan baru sahaja menghilang dek kerana cengkaman kasar paksu nya seminggu lalu.

Rahsia yang disimpan sendiri seakan membibitkan rasa benci pula bila dia terkenang kan perangai tak senonoh Jalal.

Dia dari dulu memang merasakan sesuatu yang tidak kena dari pandangan paksu nya. Tapi tak terfikir dek akal pula kelakuannya sampai seperti binatang.

"Nauzubillah"

Pandangannya kembali kosong. Sekosong hati nya. Sejak berpindah ke kuala lumpur dia seperti berasa di suatu tempat asing yang dia cuma ada ibu nya sahaja yang peduli.

Cuma Cinta ExpressWhere stories live. Discover now