Jadi, selagi aku belum berkahwin, aku adalah hak ayah sepenuhnya. Pedulilah kalau Shahril dengar pun. Nak merajuk, merajuklah. Memang betul kut!

"Jadi ke pergi Sicily?" soal ayah lagi. Bertanyakan tentang rancanganku.

Bila sebut pasal melancong, terus aku sengih lebar. Teruja dan tak sabar. Memang aku suka melancong dan ayah pun tak kisah sebab dia tahu aku pandai menjaga diri. Ayah percayakanku.

"Jadi. Masa summer break nanti. Sebelum Rissa balik Malaysia," ceritaku.

"Amboi.. sukanya dia! Kata rindu ayah. Ni bila ada peluang balik, dia pergi merayau dulu." Aku tahu ayah cuma bergurau. Aku cuma sengih.

Bukan dia tak tahu kenapa aku nak ke Sicily. Ni semua sebab tiket penerbangan percuma yang aku menang selepas aku masuk pertandingan melukis sempena minggu Historical Fiction dua bulan lepas. Ada dua dan aku ajak Sharifah untuk menemaniku.

Ayah tiba-tiba menguap. Mata ayah pun nampak layu benar. Aku lupa di Malaysia sudah tengah malam. Rasa bersalah pula dengan ayah. Gara-gara aku, ayah terpaksa korbankan tidur berkualitinya.

"Ayah dah menguap. Kesian ayah sebab Rissa dah kacau waktu tidur ayah. Ayah pergilah tidur," ujarku kepada ayah.

"Yalah. Jaga diri, Rissa. Belajar betul-betul. Solat dan Quran jangan pernah tinggal." Ayah tak lupa pesanan wajibnya kepadaku.

"Baiklah. InsyaAllah." Aku tak pernah lupa. Hanya itu yang aku pegang untuk mengelakkan diri daripada lalai.

"Ayah masuk tidur dulu. Assalamuaikum."

"Waalaikumussalam." Aku lambai-lambai tanganku ke arah ayah. Ayah lambai sekali sebelum ketawa kecil.

Kemudian talian kami terputus.

----

Bunyi penggera itu amat membingitkan telinga. Datang daripada telefon pintarku yang diletakkan di bawah bantal. Betul-betul bawah telinga. Gegaran dari cochlea sampai ke otak. Dan bila aku capai telefon itu, hampir terbeliak mataku melihat jam.

Kelas Proffesor Collins! Aku dah lewat!

Terus aku melompat turun daripada katil. Dan dengan larian yang boleh bikin raja pecut tertunduk malu, aku berlari ke bilik air.

Gosok gigi dan mandi ala kadar. Nak cepat punya pasal, sental badan pun aku pakai shampu. Tersalah tekan. Lantaklah, janji wangi. Dan setelah itu, aku sarung pakaian pertama yang aku capai dari dalam almariku itu. Selendang pun aku main lilit je. Nasib baik memang dah jenis kedut jadi tak payahlah aku nak gosok.

Kemudian berlari-lari keluar menuju ke stesen bas berdekatan. Bas menuju ke kampus bakal bertolak dalam beberapa minit lagi. Kalau aku tak sempat, kena menunggu lagi. Memang grenti aku akan lambat ke kelas.

Terbayang-bayang muka singa Proffessor Collins bila ada pelajar yang berani tunjuk muka lambat. Memang pantang nenek moyangnya agaknya. Sampai ke hujung semester bakal diungkit nanti. Aku tak mahu menjadi salah seorang pelajar malang itu.

Rasa macam tak cukup oksigen rasanya sebaik sahaja kaki tiba di stesen bas. Lega bila melihat masih ramai yang menunggu. Maksudnya shuttle bus belum tiba lagi. Dan nasib nampak gayanya amat menyebelahiku bila tak sampai seminit aku muncul, bas turut tiba.

Alhamdulillah.

Boleh tarik nafas lega sebaik sahaja punggung mencecah kerusi plastik itu. Selamat aku! Bersyukur kepada Allah sebab permudahkan urusan aku pagi ini walaupun agak huru-hara. Dugaan betul. Dahlah puasa. Pagi-pagi lagi dah separuh kudratku habis. Haraplah bertenaga sehingga ke maghrib.

ROSE'S [PREKUEL DHEO'S]Where stories live. Discover now