BAB 5

34 2 0
                                    

"Macam mana Ammar boleh ada kat situ kalau bukan bang ngah yang bagitau?" Soal Nayla Amani penasaran. Dua kali. Dua kali dia terserempak dengan Ammar Luthfiaz dalam keadaan yang tak disengajakan.

Satu di mahkamah dan petang tadi di pantai. Dia betul betul penasaran. Dia merasakan Ammar itu seolah-olah mengekori setiap langkahnya setiap hari.

"Manalah bang ngah tau dik. Pantai tu tempat umum. Tempat awam. Takkan lah abang nak halang dia, tak bagi dia datang semata-mata sebab adik ada kat situ." Fateh tetap tenang menghadapi situasi perangai garang adiknya tak bertempat. Tidak gentar hatinya walaupun Nayla Amani sekarang ini sedang berdiri di depannya sambil bercekak pinggang.

Air kopi disisip Fateh perlahan. "Hati kalau dah benci, macam-macam dituduhnya kita." Fateh bersuara lagi.

"Alahhh, macam orang tak tahu bang ngah tu kawan dengan Ammar." Kata Nayla Amani sambil berpeluk tubuh. Kini di sudah menghenyakkan punggung di sofa bertentang dengan abangnya setelah penat berdiri.

"Eh, mana tahu nih?" Fateh sudah kepelikan.

"Orang tengok dalam instagram lah."

"Aik, bang ngah mana ada instagram. Ayokkk, stalk Ammar diam-diam ya. Kata tak suka. Ha ha ha, tak tauuuu."

Nayla Amani terus membaling bantal kecil yang berada di sebelahnya itu terus tepat mengena muka Fateh.

"Oii, apa ni dik main kasar nampak. Ha ha ha tak tau ada budak tu stalk Ammar diam-diam." Usik Fateh lagi.

Suasana bingit di ruang tamu dengan perbalahan mulut dua beradik itu. Nayla Amani dengan mulut membebel-bebel tak henti-henti memarahi abangnya, manakala Fateh pula masih lagi dengan usikannya.

"Apa yang bising-bising ni? Hud sedang tidur tu" Puan Ainun yang entah dari mana muncul tiba-tiba sahaja datang menegur dua beradik itu.

Nayla Amani dengan muka bengangnya tidak menjawab pertanyaan Puan Ainun itu sebaliknya dia terus memandang kosong ke arah televisyen yang sedang bersiaran.

"Tak ada apalah mak. Saja usik adik, dia sta..."

"Bang ngah jangan macam-macam ya." Potong Nayla Amani sebelum abangnya Fateh menceritakan semuanya kepada Puan Ainun.

Fateh menghamburan ketawa. "Saja usik adik mak. Dia kan garang. Lagi dia marah, lagi bang ngah suka usik." Jawab Fateh sambil memandang jelingan maut yang dihadiahkan oleh Nayla Amani.

"Ish, macam-macam lah korang berdua. Riuh satu rumah, dah macam budak kecik dah ha. Nasib tak runtuh je rumah ni dengan perangai korang ni." Bebel Puan Ainun.

"Hud dah tidur tu. Tengah tidur dengan abah. Esok jam berapa nak balik ke bandar dik?"

"Tak tahu lagi mak. Tak pagi, petang lah kot. Tengoklah kalau rajin drive, pagi lah rasanya." Bukannya jauh rumahnya di kampung dengan rumah sewanya di bandar. Adalah dalam satu jam sahaja tapi dia lagi selesa duduk dekat bandar, sebab dari rumah sewanya ke tempat kerja hanya mengambil masa dalam 30 minit sahaja tapi dari rumahnya di kampung ke tempat kerja memakan masa hampir dua jam lebih. Eloklah dia tinggal sahaja di kawasan bandar daripada dia mendera diri sendiri duduk lama-lama dalam kereta.

"Ha'ah mak. Bang ngah pun lebih kurang time tu jugak kot. Ramai patient lately ni, tu yang tak boleh nak apply cuti. Nasib la kampung dekat je mak. Boleh la balik sini time weekend." Fateh menyampuk. Kerjanya dekat hospital besar memang banyak sesangat, time hujung minggu macam ni lah dia akan lari ke kampung sekejap bagi menghilangkan stress.

"Hah, elok sangatlah tu. Balik petang pun tak apa. Boleh makan tengahari dulu." Jawab Puan Ainun prihatin. Begitulah peranan seorang ibu. Walaupun anak-anak dah besar panjang, kebajikan anak-anak tetap menjadi keutamaannya.

"Boleh jugak. Mak masak ayam cili api ya. Dah lama tak makan." Fateh berdiri. Membuat sedikit regangan badan, lenguh-lenguh badan akibat duduk terlalu lama. Maklum lah dah tua, umur pun dah mencecah 30 tahun, cuma kawinnya tak lagi.

"Bang ngah ngantuk ni. Bang ngah masuk tidur dulu la." Lantas dia berlalu dari situ.

"Hmm, esok kena teman mak pergi pasar dulu la ngah cari barang nak masak ni."

"Orait." Jawab Fateh sambil berjalan. Isyarat tangan dikeluarkan menunjukkan tanda OK.

"Dah setuju?" Konsentrasi Nayla Amani yang sedang ralit menonton televisyen terganggu.

"Emm, setuju apa mak?" Pura-pura dia bertanya soalan cepumas daripada maknya itu.

"Nak kawinlah." Puan Ainun tahu Nayla Amani pura-pura bertanya. Bukan dia tidak tahu Nayla Amani memang suka berdrama.

"Entah. Adik masuk tidur dululah. Bye." Cepat-cepat sahaja dia mengangkat punggung dan berlalu dari situ. Tidak mahu situasi menjadi semakin panas. Hakikatnya bersediakah dia? Tak. Tak. Dia masih belum bersedia.

Puan Ainun mengeluh. Dia sangat berkenan dengan si Ammar tu. Dia tahu Ammar sememangnya layak dengan Nayla, anaknya. Kali ini pilihannya sangat tepat dan pasti. Ammar memang untuk Nayla. Tapi anaknya itu sedikit keras kepala. Entah macam mana lagi dia mahu memujuk anaknya itu supaya menerima Ammar untuk menjadi suaminya.

************************************

Enjoy BAB 5.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 07, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cuddle Love Where stories live. Discover now