BAB 1

43 1 0
                                    

Selendang hitam yang dipakainya sesekali di sapa angin yang menderu. Persisiran tepian koridor mahkamah syariah itu dia susuri dengan langkah yang sayu.

Tidak jauh daripadanya ada sebuah keluarga yang setia menanti 'ketibaannya'. Air mata yang ingin menitis tapi disimpan kemas di dasar kolam mata. Sudah cukuplah dia menangis lagi. Rasanya air mata yang terhambur di dalam tandas sebentar tadi sudah memadai.

"Lama sangat adik pergi tandas tadi, buat apa? Memerut ke?" Tegur Fateh atau nama manjanya bang ngah apabila setibanya Nayla Amani di hadapannya.

"Ya. Adik sakit perut. Semalam bedal sambal ayam penyet banyak sangat." Kata Nayla Amani sambil memegang perutnya.

"Kau pun dik kalau nak berduka lara, jangan lah diseksa perut tu".

Pelepap!

"Ish, apa kak long ni. Sakit bahu orang tahu tak!" Fateh menggosok-gosok bahu sebelah kirinya yang boleh tahan sakit itu akibat dipukul oleh kak long.

"Kalau ya pun nak bermadah berhelah, kita buat kat rumah boleh tak? Panas ni." Aifa, selaku kak long kepada Fateh dan Nayla sudah mengibas-ngibas tangannya, memberi isyarat bahawa dia sudah tidak tahan dengan panas terik mentari.

"Adik, biar Hud naik dengan mak je lah ya. Tengok dia dah tidur lena dah ni haa." Puan Ainun bersuara. Setia meriba Hud yang tidur pulas di ribaannya.

"Hmm, ya lah." Nayla Amani tersenyum pahit. Hud anak yang masih kecil. Masih tidak mengerti apa-apa tapi sudah di buang ayah sendiri.

Berura-ura dia mahu menapak ke arah kereta kelisa kuning miliknya, tiba-tiba sahaja bahunya di cuit dari arah belakang.

Ternyata dia terkejut dengan gerangan yang dia sudah lama tak jumpa tiba-tiba muncul. 

Ammar Luthfiaz. Insan yang mengacau bilau lenanya sejak dari dahulu lagi.

"Kau?"

"Kau nak apa lagi?" Dihadapan pintu pagar mahkamah mereka bertemu dan bertelagah.

"Hutang aku. Jangan nak nafikan hak aku." Kata si dia sambil memeluk tubuh.

Nayla Amani ternganga.

"Sampai kat sini sekali kau cari aku Mar?"

"Nope. Kau jangan salah faham. Aku bukan datang cari kau dan aku tak tahu pun kau ada kat sini. Tapi tadi tiba-tiba je aku ternampak kau. So, tak salahkan kalau aku tegur kau." Ammar Luthfiaz tersenyum menyenget.

"Okey." Jawab Nayla Amani sepatah  lalu masuk ke dalam kereta.

Ammar Luthfiaz cepat-cepat memegang pintu kereta kelisa kuning itu dari tertutup. Dia menundukkan sedikit dirinya agar sama level dengan Nayla Amani yang berada di bahagian pemandu itu.

"Well, well, well... Nampaknya kau macam liat sangat nak bayar hutang aku kan. Jangan menangis ceruk dinding ya lepas ni kalau aku gunakan cara kekerasan. Ingat tu!" 

Gedegang! Pintu kereta ditutup kasar oleh Ammar Luthfiaz dan lelaki itu terus berlalu pergi dari situ.

"Ishhh, punya kuat kau hentam pintu kereta aku, kalau tercabut macam mana? Kau nak ganti? Memang tak lah kan sebab aku pun berhutang dengan kau kot." Bebel Nayla Amani sendirian.

************************************

Amacam korang BAB 1 ni, okey tak? Saya tak nak lah taip panjang panjang setiap bab, nanti jadi merapu meraban pulak 😄.

Hope enjoy okey. 

Cuddle Love Where stories live. Discover now