BAB 2

44 1 0
                                    

5 bulan kemudian...

Nayla Amani yang sedang bergurau manja dengan Hud terkejut apabila tiba-tiba sahaja dihulur kotak cincin oleh maknya.

"Apa ni mak?" Mukanya penuh dengan tanda tanya.

"Buka lah." Jawab Puan Ainun.

"Cincin?" Tanya Nayla Amani masih lagi dengan muka penuh tanda tanyanya.

"Ya. Cincin. Ada orang datang merisik adik semalam." Hati-hati Puan Ainun menuturkan kata. Tidak mahu Nayla Amani tiba-tiba melenting. Tahu sangat dia dengan perangai Nayla Amani yang keras kepala itu.

"Adik tak nak." Nayla Amani lantas berdiri. Hud juga turut didukung sekali.

"Adik, jangan macam ni. Mak tengok lelaki tu baik je. Suka sangat dia bila mak cerita pasal adik dan Hud. Dia cakap dia kenal adik masa zaman universiti lagi." Puan Ainun juga turut sama berdiri.

"Mak, sape pun orang tu, adik tetap tak nak. Mak... adik ni janda. Janda anak sorang pulak tu. Adik baru je lima bulan bercerai, tup tup nak kawin lagi. Nanti apa kata jiran-jiran!" Nayla Amani sudah berlalu ke pintu utama rumah kayu itu. Anak tangga satu persatu diturun.

Puan Ainun memandang sayu kepada anak bongsunya itu. "Adik fikirlah masak-masak. Kalau boleh terima lah. Mak yakin lelaki tu tak sama macam ayah Hud ni."

"Semua lelaki sama je mak. Adik balik dulu lah." Tangan Puan Ainun di salam. Cepat-cepat dia berlalu ke kereta. Tidak peduli akan rengekan Hud yang tidak mahu pulang dari rumah opahnya itu.

Puan Ainun hanya memandang pemergian Nayla Amani dengan perasaan yang hampa.

-----------------------------------------------------------

Sedang Nayla Amani ralit menepuk-nepuk badan Hud untuk menidurkan anak kecil itu, telefonnya tiba-tiba berdering minta diangkat.

"Hello..." Suara serak basah disana menegur.

"Sape ni?" Nayla Amani berkerut. Entah siapa-siapa tiba-tiba datang menelefonnya.

"Haihh, takkan suara bakal suami sendiri tak kenal kot."

Nayla Amani mematikan panggilan tersebut. Entah orang gila mana tiba-tiba je call dia memalam buta ni. Kalau ada depan muka, memang biru la biji mata lelaki tu.

'Huh, tidur lagi baik.' Desis hatinya kecilnya.

-----------------------------------------------------------

Ammar Luthfiaz ketawa sendirian di atas katil.

"Nayla, Nayla. Kau memang suka kan buat aku geram dengan kau, sejak dari dulu lagi." Dia menggeleng-geleng kepalanya.

************************************

Done BAB 2. Enjoy ya uolls. Sorry la idea tak berapa nak berkembang lagi. Tu taip pendek pendek tuh.

Cuddle Love Where stories live. Discover now